Selasa, Julai 23

Ramly Halal Mart bukan sekadar jual burger ajer

Kisahnya nak mencari roti burger di Ramly Halal Mart. Ada satu cawangan di Presint Diplomatik Putrajaya. 


Meriah juga barangan kat sini compare dengan saya pergi di Bandar Baru Bangi. 


Nugget Ramly pun ada. Bukan sekadar jual burger Ramly....


Deretan sos cili dan kicap pun ada tapi saya rasa jenama yang halal sahaja dijual di sini. 


Syabas Ramly...dah keluarkan jenama karipap juga. 


Roti canai, wantan....apa lagi?....


Kalau ada pau frozen ni pun menyenangkan...kalau nak bawa bekal ke kan....


Menarik pula ada getuk ubi juga dijual di sini. 


Nak fish ball ke cuttlefish ball?. Ya ke cuttlefish ball....bukan squid ball ke?. 


Ini sangat rare sebab isi kerbau. Saya pun tak pernah try lagi daging kerbau. 


Donut dan keropok ikan. 


Ramai juga yang berkunjung ke Ramly Halal Mart kat Presint Diplomatik, Putrajaya ni. 


Akhirnya kami beli fettucine dan roti burger kat sini. Boleh la datang lagi sebab nampak banyak barang yang menarik dijual kat sini. 

Ramly Halal Mart
Jalan Diplomatik 2/1, Presint Diplomatik
62050 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya

***Dania akan mengahadapi final paper Agribusiness Accounting hari ni. Moga Allah permudah buat Dania Yasmine untuk menjawab dan nampak jawapan yang betul di minda. 






XOXO,
Ezna

 

16 ulasan:

  1. Banyak choice untuk produk muslim di situ. Dulu kat area office ada Kedai Ramly ni siap ada cafe tapi sayangnya sudah tutup pula.
    Daging kerbau kisar tu macamanalah rasanya ya.. pernah terbeli bebola daging kerbau.. kurang gemar pula sebab ada bau yang tak biasa.

    Good luck Dania.. semoga Allah permudahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daging kerbau tu macam tak sanggup nak beli je.....entah la sebab tak pernah makan daging kerbau....ya ke?....ishhh seram pulak nak makan daging kerbau ni.

      Padam
  2. macam-macam dah ada laa ni kan, kalau banyak outlet pasti mudah nak dapatkan produk Ramly ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya macam2. Produk sejuk beku pun banyak. Datang sini boleh beli macam2 dan bukan sekadar burger ajer.

      Padam
  3. Oh dah ada mart sendiri ye Ramly burger ni. Mcm2 dah produk Ramly skrg ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya macam2 produk dah Carneyz. Karipap Ramly tu pun saya baru tahu.

      Padam
  4. dulu masa tinggal kat BTS selalu je pergi ke kedainya di bandar tun razak tu. dan bahaya juga bila masuk sini...daripada cuma nak beli sausage jadi macam2 pulak masuk bakul

    BalasPadam
  5. Siapaa yg tak pernah masuk outlet Ramly Burger mmg tak akan tahu berapa banyak sebenarnya produk mereka.. kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah....banyak juga sebenarnya. Ok lah juga banyak pilihan untuk produk halal ni.

      Padam
  6. mcm2 produk skarang dlm ramly mart..dlu kt sri rampai pernah bfast kt ramly kiosk sebelahnya ramly mart

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ada cafe jugak ya....tak nampak pula area sini.

      Padam
  7. byk betul variasi produknya, mcm berkenan nak try karipap dan wantan tu...all the best utk dania, moga beroleh kecemerlangan..aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye suzz, geram je I tengok....dan ternampak ada donut jugak tu. Hehe

      Padam
  8. pernah beli samosa dia.sedap juga.
    lum pernah lagi terjah kedainya .. ada nampak hari tu kat sendayan

    BalasPadam
  9. ramly ini ada beberapa produk di jual di indonesia, tapi tak banyak... pengeeeen sangat coba karipap frozennya :D.. sayang tak ada di sini... biasanya hanya roti burger dan patty burger saja.

    daging kerbau dia lebih liat sikiit drpd daging sapi... soalnya di sini ada kota di jawa tengah yang lebih suka pakai daging kerbau krn lebih banyak. biasanya dibuat sate.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...