Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, November 30

Kidz Vs Food Launch di Kidzania Kuala Lumpur

Kidzania Kuala Lumpur dengan kerjasama Panasonic Cooking dengan kolaborasi bersama chef-chef selebriti, penulis buku dan artis seni hiasan makanan antarabangsa, melancarkan program Kidz Vs Food yang bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mula memasak. 

Nak tau apa aktiviti yang ada untuk segmen ini : 

***Pop-up Kitchen
***Food Science
***Food Art 
***Professional Workshops 

Mereka yang terlibat dalam bengkel dan program yang diadakan ialah Dato' Fazley Yaakob, Abang Brian, Samantha Lee artis makanan antarabangsa, penulis buku masakan Mohana Gill dan chef cilik yang berbakat besar berumur  7 tahun bernama Leah Choy daripada ' Chef Leah with a big heart '. 

Saya tiba awal juga kat lokasi lepas ambik Dania kat Sekolah Kebangsaan jadi saya collect wrist band dan terus masuk. Kejap je la saya tengok Dania main.


Lepas photo ni saya biar Dania main sendiri. Ramai bebudak ni datang ikut rombongan sekolah. Kebetulan Dania datang dengan baju sekolah jadi ala ala datang dengan rombongan sekolah la. 


Venue media launch dalam Kidzania jugak jadi saya tak perlu risau Dania main sendiri, 



Sebelum start media launch saya sibuk la sselfie ngan Abang Brian Masterchef Malaysia ni tapi ni saya letak gambar Dania masa dah habis event. 


Selfie dulu dengan Dato' Fazley yang sibuk tengah prepare bahan memasak. 


Majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada emcee hari tu Adik Gelson Eng dari Kidzania CongreZZ Kid. 


Bersama Mayor of Kidzania Kuala Lumpur, Encik Shahrul Nizar Ahmad. 


Beliau ialah Chef Leah yang berumur 7 Tahun. 


 Group photo bersama wakil Panasonic, Vitagen, Sushi King, Lifebuoy, Beryl's dan Young Chef Academy. 


 Dr Fazley ada menunjukkan recipe beliau dengan menggunakan barangan daripada Panasonic.  


 Sesi soal jawab bersama Abang Brian dan Dato' Dr Fazley Yaakob.  


  Nak tahu lebih lanjut boleh click sini kalau nak tau tentang jadual Kidz Vs FoodZania Kuala Lumpur. 

Masa pergi media launch tu Kidzania bertemakan Halloween jadi banyak la replika hantu. 




Jom le ke Kidzania cuti sekolah ni. 

Monday, November 28

Pengisytiharan PSRA 2016

Dup dab dup dab ummi Dania pagi ni sebab petang nanti akan ada perisytiharan PSRA kat Sekolah Rendah Agama. Lepas ambik Dania kat Sekolah Kebangsaan, siap mandi dan solat kat Masjid berdekatan. Makan pun dalam kereta ajer sementara nak sampai Masjid. 

Saya orang pertama tiba kat lokasi sebab takkan saya nak balik pulak sebab lokasi sekolah agama ke rumah agak jauh. 


Kanan sekali tu ustazah kelas Dania. Dari jauh pun lain je rupa ustazah ni kalau saya bertentang mata. Mungkin dari gerak muka nak bagitau result Dania agaknya. 


Ni peratus lulus keseluruhan. 


Part ni suspen. Kat mana la kedudukan Dania nanti. 


Mumtaz tu memang cemerlang lah. Kedua cemerlang Jaiyid Jiddan dan diikuti oleh Jaiyid, Maqbul dan Musaadah. Kalau Musaadah tu kira gagal. 


Barisan Mumtaz Sekolah Menengah Agama Bandar Kinrara 5. Dania kata dari 30 orang mumtaz tu, seorang ajer kelas lain. Selebihnya kelas Dania. Memang kelas Dania ni power sungguh ni. Bayangkan nak kena score kat UPSR, nak kena score jugak kat PSRA di mana markah score PSRA ni ialah 90 markah ke atas baru dapat Mumtaz. 


Dania dapat Jaiyid Jiddan akhirnya. Menangis jugak Dania walaupun Jaiyid Jiddan. Walaubagaimanapun Jaiyid Jiddan bagi ummi dah bagus sangat sebab terkejar-kejar dengan 2 sekolah. Nak bahagikan masa belajar untuk cover 2 sekolah punya subject bukan benda yang mudah. Agaknya kalau ummi lah mampu ke nak tempuh tu?. Susah jugak kan?

***Akhlak & Sirah - Mumtaz
***Bahasa Arab - Jaiyid Jiddan
***Jawi, Imlak & Khat - Mumtaz
***Tauhid & Fekah - Jaiyid Jiddan
***Tajwid - Mumtaz
***Ujian Tilawah Hafazan - Jaiyid Jiddan

Keseluruhan : Jaiyid Jiddan

Anyway, tahniah Dania....moga yang terbaik buatmu sayang....jangan sedih-sedih ya. 

Thursday, November 17

Perisytiharan UPSR

Walaupun lama tak menulis, masih lagi saya ingat pagi sebelum perisytiharan UPSR ni. Pepagi sebelum 7.20 pagi, Dania dah tiba kat sekolah. Saya terus pergi breakfast dulu. Ye la nak tunggu jam 10 pagi lambat la pulak. Lepas breakfast saya ke sekolah terus. Ambik tempat depan kemudian duduk la saya sorang2 situ sehingga semua tempat dipenuhi ibu bapa. 


Tengok tulisan kat stage pon dup dap dup dap...


Mereka berita kawan baik Dania ni. 
Nadia, Dania, Amylia 


Intro dari Puan GB...saya dah tau keputusan Dania seawal 10.15 pagi sebab saya hantar sms. Saya dah tak sabar nak tunggu. Penantian itu satu penyiksaan. Saya dapat tahu terus whatsapp suami. Dania berjaya memperolehi 3A 3B. Apa nak dikata lagi. Tahun mereka ni hanya 4000++ murid sahaja seluruh Malaysia memperolehi 6A. Masa tulis ni ok lah. Masa on the day saya menangis teruk betul. Kawan saya Naterah tenangkan saya. Sampai nak termuntah tau. Baru saya tahu kalau stress memang terasa nak termuntah. Ish Ish. Nak tak nak kena face juga. Result Dania tak pernah serendah 3A 3B masa exam percubaan. Paling rendah 5A 1B. Yang takde anak UPSR dok la pom pang kat facebook seolah olah tahu situasi anak2 UPSR tahun ni. Tahun ni memang gred naik sehingga 90% padahal Kementerian umumkan tak akan naikkan gred. Kesian cikgu2, anak2 dan ibu bapa. Kena main ke kena tipu ke rasa angin semua ada. 


Barisan guru2 ni nampak ke senyum tapi sebenarnya mereka tunggu anak2 ni bawah stage. Kalau perempuan memang cikgu2 ni akan peluk anak murid sambil menangis bersama. Ada cikgu kata tak sampai hati tengok anak2 murid yang hebat2 depan dia menangis. Ada yang menangis tak berhenti. Saya pun turut peluk juga anak murid perempuan. 


Kath ni baru lepas menjalani pembedahan ni. Beliau ahli gimnas wakil Malaysia. 


 Dania nampak tenang je ambik slip tapi sebenarnya ummi dah tau awal. Bila cakap dengan Dania ummi tak menangis pun. Guru Penolong Kanan tengok saya tu. Result anak beliau sama dengan Dania. 


Cium tangan Puan GB elok2.  


  Mereka lagi...kali ni muka selepas menangis. Dania tu memang frust sangat sangat tu. Senyum pun tak ikhlas je anak ummi ni. 


Gambar terakhir dengan cikgu kelas Dania. Banyak diam dan senyum ajer cikgu Siti Rozila ni. Bersungguh sehabis daya cikgu dan Dania ulangkaji. Tambahan pula cikgu ni cikgu tuition Matematik Dania. 


Sijil2 bagai ambik kat kelas masing2. Kebetulan kelas Dania kat depan stage. 


Ok takpe Dania. Apa yang Dania dapat tu bersyukur la sebab Dania masih boleh apply mana2 kalau ada rezeki. Tetiba Kerajaan turunkan gred ke 3A3B boleh mohon sekolah berasrama penuh. 

Till then....daa.....kita cuba Sekolah Menengah pula. 

Monday, November 7

Birthday terakhir di sekolah rendah 2016

Since dah last dah sambut birthday kat Sekolah Kebangsaan, saya pun rasa nak buat la something. Gigih order kek dari mak kawan Dania. 

Tema : Rainbow
Kek : Vanilla
Krim : Vanilla 

Brings back the memories makan kek klasik macam ni. Inilah hasilnya. Tq Erni...siap ada rama-rama lagi. Simbolik kepada Dania bagaikan rama-rama yang akan terbang meneroka dunia yang baru tahun hadapan. Gulp....dah nak sekolah menengah dah tahun depan.  


Dah pakat2 dengan Cikgu kelas Dania nak buat birthday party jadi cikgu dapatkan kebenaran dari guru besar dan guru penolong kanan. GPK pun anak beliau kat kelas Dania ni jugak, Nak bawak chicken muffin, goodie bag, vitagen, pinggan kertas, kek saya contact ajer cikgu kelas Dania. Ha kauuu zass terus bebudak lelaki ni tolong. Lega aunty Ezna  Goodie bag saya tolong le cikgu susun kat sebelah. Senang nanti bila nak agih2 ambik je sendiri. 


Goodie bag isi ni. 


Happy nampaknya anak ummi bila kawan2 nyanyi lagu Happy Birthday dan Allah selamatkan kamu. 


Boys kelas Dania tak duduk diam ni. Jap ke kanan jap ke kiri. Ada yang main2 kat belakang lagi tu 


Dania is 12 today. Alhamdulilah. Seorang yang mendengar kata tetapi kadang2 degil juga. Kena bagitau kenapa tak boleh kalau ada yang ummi dan ayah kata tak boleh, bersemangat dalam pelajaran, setia dengan kawan, sensitif (yang ni kadang2 kena marah dengan ummi sebab sensitif sangat), rajin bercerita dengan ummi dari A-Z dan banyak lagi la yang positif. Moga Dania menjadi anak yang solehah. Moga berjaya dunia dan akhirat. 


Vitagen Vitagen mari mari mari...


Cikgu kelas Dania yang gigih memotong kek. Cikgu kelas juga yang ajar Dania tuition Matematik. Terima kasih Cikgu Siti Rozila. Terima kasih di atas semua jasa2 cikgu. 


Semua ni gambar kawan2 Dania. Nak buat kenang-kenangan. 


Gathi kat depan ni memang vegetarian. Tak boleh makan cheese, telur, ayam. Jadi memang tak makan chicken muffin yang saya beli. Akhirnya saya tapau crispy fries dari Pizza Hut alang alang saya tapau pizza sebab nak jamu cikgu sekolah. Kesian pulak Gathi cuma minum Vitagen ajer. Tak sampai hati saya. 



Yang pakai cermin mata ni memang wakil Wilayah Persekutuan untuk acara berenang berirama. Ala ala gimnastik tapi dalam air. Kawan tadika Dania jugak ni. 


Ni geng pengawas sekolah ni. 


Yang tersenyum belah kanan tu sama sekolah dengan Dania masa tadika. 



Gigih la ummi pi beli chicken muffin pepagi ni semuanya sebab nak buat special sikit tahun akhir kat Sekolah Rendah. Idak la ummi rasa nak bergoodie bag bila dah masuk sekolah menengah nanti. Kenangan kan?....

Ni hadiah birthday Dania ni. Subang emas. Sebetulnya Dania punya sebelah subang yang Dania pakai dah hilang skru belakang jadinya trade in yang tu ajer lepas tu tukar la dengan subang emas kuning rama2 ni. Sayap tu disadur warna chrome. Badan warna emas. Jadinya tambah sikit ajer. RM190/g harga emas sekarang ni. Hadiah dah dapat hari sabtu lagi. Early birthday present. Subang pun kecik ajer. 


Friday, November 4

Seven Eleven is around the corner

Ada apa dengan 7-11? Dania's birthday is approaching soon. Kejap je nak 12 tahun anak ummi ni. Nak kena buat i.c. nanti. 

Ok...ni ada few goodies yang saya dan Dania pilih untuk masukkan dalam goodie bag Dania. Vitagen tak masuk dalam photo ni. Goodie paper bag tu beli kat Daiso ajer. RM5.30 ada pack of 10. Nak bagi kat kelas Dania ajer ni. Ada 35 orang. Masuk Dania 36 orang murid. Saya dah tempah kek dah untuk dimakan dalam kelas (tempah kat Erni..kawan saya yang anaknya pun sekolah sini jugak), Actually tak boleh makan dalam kelas tapi since dah habis belajar dan buku teks pun dah bagi dan saya pun dah siap mintak izin guru kelas. Ok lah kan....silap haribulan ada achik yang bawak kamera gedabak pulak nanti. Hehe....Last birthday party tahun ni kat sekolah rendah. Next year dah masuk sekolah menengah la pulak. 



Can't wait for Dania's Dinner for year 6 nanti. Tema Arabian Night dengan VIP : Datuk Rizalman Ibrahim. Saya jadi photographer nanti Insya Allah. Saya volunteer je pun. Kalau saya yang jadi photographer, dah tentulah saya boleh ambik gambar Dania banyak...banyak...banyak....kalau orang lain yang jadi photographer confirm Dania masuk sipi sipi je dalam album.