Isnin, Julai 15

Program Sulam Pengenalan Kepada Perakaunan Pertanian | SMK Jeram

Hari ni Dania kena berkumpul di tempat tunggu bas Kolej Serumpun sebab nak naik bas menuju ke SMK Jeram. Masa yang diambil 1 jam lebih juga untuk ke sekolah tersebut. Ada program Sulam di SMK Jeram. 

Saya dan hubby tiba nak hantar Dania dekat jam 7 pagi....bas pun dah berjalan. Memang beberapa meter je kat depan bas. Sekali Dania call kawan cakap kereta ada kat belakang bas. Hehe. Tak pasal-pasal kena kejar bas pula pagi ni ya 😅. Nasib baik beberapa meter je dari kereta kami. 2 bas berhenti disebabkan Dania nak naik bas. Special pulak rasa....Lecturer...Dr. Shazrul Ekhmar pun turun bas dan cakap tak apa bas pun baru jalan lalu memberikan seat beliau kepada Dania dan duduk kat bahagian belakang. Bahagian belakang ramai pelajar lelaki kelas Dania. Memang berterima kasih kat lecturer sebab prihatin. 



Kebanyakkan gambar dari google drive ya....saya ambil untuk share dalam blog ni. 
Majlis dimulai dengan bacaan doa dari Artha Aoufa. Pelajar ni dari Acheh. Jauh belajar nak menuntut ilmu sampai ke UPM ni. 



Banyak la aktiviti yang dijalankan dengan pelajar Tingkatan 5 ni dalam subjek Perakaunan Pertanian. 


Dania kata setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.





Aktiviti ini dijalankan di dalam surau yang ada aircond. Memang selesalah anak-anak ni. 


Baju hitam hijau ni kelas Dania manakala kalau hitam semua tu kelas lain yang ambil Bacelor Sains Pengurusan Perladangan senior yang kena ambil subjek ni juga. 


Ambil gambar ni sebab nampak tangan Dania (mak ni kan tangan je pun yang nampak dah tau tangan anak dia. hehehe). Bawah sekali belah kanan ni Dania. 


Nasib baik la Dr kekalkan Dania dalam group coklat dia....setiap kumpulan kena menjual untuk subjek Perakaunan Perniagaantani. Kumpulan Dania paling awal start dan alhamdulilah dapat untung sebanyak RM300 dengan duit yg Dr bagi RM100 setiap kumpulan. Dapat la RM37.50 untuk setiap seorang group Dania yang 8 orang. Bagus juga kan...memang kena menjual betul2 tapi produk pertanian sahaja lah...

Alhamdulilah carry marks mereka juga memberangsangkan. Terima kasih Dr. Tips dia :

1. Dapat group yang boleh bekerjasama. (Bersyukur saya sem 2 ni group Dania semua memberikan kerjasama yang sangat baik). 
2. Sentiasa berinteraksi dengan lecturer. (Ada sekali tu Dania takde kemudian Dr kata oh Dania takde sebab mak dia dah ambik ya?) 😅. Lecturer pernah nampak saya ambil Dania kemudian saya dan Dania melambai lecturer. 
3. Tugasan dimulakan awal. Contohnya kalau lecturer kata dah boleh start jadi mulalah survey dan beli barang apa yang nak dijual. 


Lecturer Dania baju biru ni. Muda lagi orangnya. 


Bergambar ramai-ramai. 


Dr Shazrul Ekhmar dengan barisan pentadbir dan guru-guru SMK Jeram. Barisan belakang tu pelajar Bacelor UPM. 


Sejebat!!!



Dr tengah tandatangan sijil. 



Suka betul dengan 'is a wrap' trend ke apa ke kalau student dah selesai program. 


Masa Dania whatsapp dah nak on the way balik, saya pun bersiap-siap ke UPM. Makan dulu kat Umai @ Cafe Serumpun ni sebab bas akan berhenti kat tempat tunggu bas kat Kolej Serumpun ni. 


Nasi goreng ikan masin ni porsi dia tudiaaaa boleh share berdua. Rasanya sedap dan takdelah rasa masin ikan masin tu mendominasi. 


Saya order kat sini. 


Haaa nampak tempat tunggu bas depan tu?. Saya pilih tempat duduk paling tepi. Senang nak nampak Dania. 


Ok ada nampak bas datang...


Ok Dania dah tiba alhamdulilah. 

 

Saya siap tegur la kawan-kawan Dania yang tiba ni. Belakang ni saya panggil namanya....Adam apa khabar?. Hehe...depan2 pun saya memanggil nama...haaa ader ke Mak Mak classmate Dania yang memanggil nama semua ni?. Dania kata ummi ni macam menyambut tetamu dari luar negaralah....Welcome to Malaysia...

Apa apa jelah Dania....janji ummi bahagia.😌

Saya ingatkan perangai suka tegur kawan-kawan Dania ni berhenti kat sekolah rendah ajer tapi sampai universiti pun tetap macam ni jugak ya....😅. Pernah ada seorang pelajar india masa sekolah rendah bila masa keputusan UPSR diumumkan....dia siap bagitau ibu ayahnya this aunty that I've been telling you....Haaa harap2 cerita yang baik-baik ajer la ya....memang saya selalu tegur pun walaupun bukan sama kelas dengan Dania....


Bahagia cara kitalah....

Dania kata memang kenyang la perjalanan kali ni sebab makanan disediakan. Dah nak balik pun dapat makanan lagi. Ummi memang sediakan roti dengan telur untuk Dania kudap dalam bas. 

Setiap pelajar dapat sijil fasilitator. Alhamdulah. Ada la kenangan sepanjang belajar ni mengajar pelajar sekolah. Pengalaman berharga boleh masuk dalam resume belajar ni. Pelajar yang datang juga akan mendapat markah untuk carry marks. Dah tentu boleh bantu jugak untuk final nanti. Ada juga pelajar yang tak dapat hadir sebab balik kampung. 


***Moga Dania dapat menjawab soalan final exam Business Law dengan tenang. 😊





XOXO,
Ezna

17 ulasan:

  1. Linda sampai sudah tak igt nama... Tapi, dah cam jugak lah kawan2 anak yang mana satu.. Kdg2 tertukar, mklum lah.. Yang sekolah ramai... Kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama tu kadang2 memang terlupa jugak Linda sebab ramai kawan-kawannya. Setuju tertukar nama. hehe

      Padam
  2. All the best utk dania!! err part tegur2 kawan dania tu, u memang rare lah ezz hahaha i plak jenis susah nak ingat nama org esp nama my students sbb ramai kan, setiap sem bertukar2 students nya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. You....tapi selalunya lecturer akan ingat yang rare seperti yang paling lawa ke, paling rajin, paling rajin tak datang kelas. Hehehe. Tapi ada seorang lecturer lelaki tu memang kenal semua orang sampaikan yang 'rajin' datang kelas tu selalu ada kat kelas.

      Padam
  3. Nampak rupa Dania lebih muda dari adik2 form 5 tu 😄 all the best buat Dania, semoga dipermudahkan menjawab soalan exam hari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin gaya keanak-anakan tu kot Carneyz....tapinya bebudak ni tinggi-tinggi jugaknya. Kadang tenggelam kakak-kakak ni.

      Padam
  4. dania mcm sama baya je dgn adik-adik hehehe.. luas & selesanya surau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Surau selesa dan ada aircond jadi sejuk la juga.

      Padam
  5. Balasan
    1. Kebetulan pula kelas Dania yang terpilih. Pengalaman tu yang berharga.

      Padam
  6. menimba pengalaman dan ilmu baru secara santai lebih mudah dan menarik kan, semoga anak-anak ezna terus sukses dalam pelajaran, aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak je Ana.... :). Ilmu yang secara santai tu lagi mudah diterima kan...

      Padam
  7. bagus sgt ezna.. support all prog yg dania join. hopefully MA pun leh mcm ni jugaks..but boys lain dr girls ..kannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lelaki dan Perempuan ni lain....mungkin perempuan ni lebih express feeling dia berbanding lelaki. Anak lelaki kalau tanya boleh buat tak?....Jawapannya ok je selalunya....lebih simple.

      Padam
  8. bagus aktiviti mcm ni...belajar secara praktikal..dapat turunkan ilmu ke adik-adik..

    BalasPadam
  9. Aktiviti yang bagus. Good luck Dania untuk examnya.

    BalasPadam
  10. Baguuus juga ada pelajaran untuk menjual barang ini. Anak2 diajarkan berbisnis sedari awal.. Jadi bisa memupuk jiwa entrepreneur mereka juga kan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...