Sabtu, Julai 27

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank pula. Gaji masuk dalam akaun Ambank. Mulanya ke Ambank Bandar Baru Bangi tapi cawangan ni tak buat dah buka akaun. Kena pergi cawangan terdekat la pulak.


Kami pun bertolak la ke Shaftsbury. Ambank dulu dalam Shopping Mall Alamanda tapi sekarang dah pindah pula kat Shaftsbury ni. 

Unik pula laluan kat tengah ni.


Ummi ada je kat tepi ni tunggu Dania settle kan nak buka akaun baru. Leceh juga la sebab kali ni memang banyak yang ditanya dan walaupun surat tawaran UPM dah bawa masih lagi nak supporting docs yang lain. Nasib baik Dania bawa sekali kad MySiswa, lesen kereta pun jadi supporting docs ya. Kebetulan saya pun ada Am Wafeeq i ni jadi akaun saya pula dijadikan supporting docs untuk Dania. Sebenarnya saya dah terfikir nak bawa keputusan exam Sem 1 Dania je tapi terlupa. Pun boleh juga sebab nak mengesahkan memang kita mendaftar dan masuk belajar kat UPM la. Phewww.....kalau nak buka akaun tu bawa je supporting docs yang difikirkan relevan. 

Banyak juga soalan seperti pernah duduk ke kat US, ayah kerja apa, ibu kerja apa, ambil matrikulasi ke? tinggal dengan siapa?...semua dijawab dengan tenang la. Nak takut apa kan....


Selesai dah buka akaun di sini. Alhamdulilah. Tenang juga cawangan kat sini sebab tak ramai orang.


Lalu pula bilik-bilik meeting kat sini. Ada sedia teh kopi kat sini untuk yang meeting ni kat rak belah kiri. 


Cantik bangunan ni kita ambik gambar lagi ya. 


Arch ni cantik jadi ambik je la gambar kat sini. 


Lepas tu since Shaftsbury ni berhadapan dengan Alamanda...singgah food court Alamanda la untuk makan tengahari. Hmmmm tak masak la tengahari ni...

Seleksi mee dan bihun untuk saya dan Dania. 



Ambil gambar dulu la ya sebelum saya beli air mineral pula. 


Singgah pula Daisy. 


Dania try skirt dan baju ni. 


Akhirnya beli la untuk Dania dan bila follow IG Daisy boleh dapat diskaun 10% lagi. 


Saya suka beli baju-baju Dania kat sini sebab banyak yang cantik-cantik. Harga pula berbaloi bagi saya.


Lepas Alamanda ni nak singgah pulak......saya update lepas ni...





XOXO,
Ezna

 

15 ulasan:

  1. Complicated jugak nak bukak akaun sekarang ni ye, siap kena interview bagai & kena bawak macam-macam supporting document. Kiteorg bukak akaun junior utk Khayla di Maybank tapi dieorang cuma mintak birth cert, mykad dgn mykad parent je. Bila dah 18 tahun Maybank akan convert jadi akaun dewasa. Mungkin sbb skrg byk sangat kes keldai akaun (orang sewakan nombor akaun utk aktiviti haram) sbb tu sampai ketat mcm tu proses nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bawah 18 tahun rasanya senang sikit. Masa Dania bawah 18 tahun (ikut birthday belum lagi tapi ikut tahun dah 18 tahun) buka akaun CIMB senang je. Ya kena bawa sijil lahir dan time tu Dania bawa surat tawaran belajar juga. Takde la sangat tanya macam-macam. Mungkin lebih 18 tahun dia akan check lebih sikit kot.

      Padam
  2. hurmm zaman skrg ni complicated & nak kena bawa byk supporting docs utk buka akaun bank.. yelah faham byk kes akaun keldai dadah tp tu lah menyusahkan pula kita yg betul2 nak buka akaun hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul dia nak elakkan benda2 yang macam ni la tapi kita pulak yg susah ya....macam-macam la sekarang ni kan....

      Padam
  3. Food court Alamanda banyak choice kan, suka makan situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tu la sebabnya makan kat sini. Pilihan dia banyak kan Mulan...

      Padam
  4. Susah juga nak buka akaun bank pun ye... Padahal kita nak bagi income dekat dia, thru the saving/gaji semua tu kan dapat komisen... Tapi maybe utk precautions juga kan, ada juga kes org guna akaun bank utk perkara illegal kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ada orang bagi pinjam akaun untuk aktiviti yang haram. Tu yg banyak tanya tu dan kena banyak pula supporting docs.

      Padam
  5. Lama2 banyak la akaun bank dia.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya uncle boleh tahan gak la. Keje lepas spm kena buka akaun, dpt masuk matrikulasi kena buka akaun jugak, masuk degree kena buka akaun sebab nak dapat benefit pelajar MySiswa pastu kena buka akaun baru sebab kerjanya masuk akaun gaji kat situ. Nak kena potong mana2 yg tak guna gak la.

      Padam
  6. Ambank tak tgk offer letter keje dari FOS ker? Sbb masa my zharfan nak bukak akaun maybank ari tu, dia tgk offer letter keje jer(part time)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya kalau nak tunggu surat FOS kena ambil masa. I nak buat cepat so i bawa surat tawaran belajar Dania tu tapi kena ada supporting docs lagi. Nasib baik I pun ada akaun dengan Ambank ni jugak. Dia kata sebab ramai buka akaun dan bagi pinjam kat orang tak sepatutnya yang menjalankan aktiviti yang haram. Akhirnya dia nasihatkan adik....jangan bagi pinjam akayun kat orang ya. Nak clear nama ambil masa 7 tahun. Tudiaaa....

      Padam
  7. Aalhamdulillah
    Selesai urusan buka akaun bank

    BalasPadam
  8. Beda pula akaun bank gaji nya skr yaaa 😄. Macam Dejavu saya mendengarkan syarat2 buka rekening tuh 🤣🤣. Tp dulu yg melakukan subordinates saya, lalu saya pula yg verifikasi dan approve datanya .. 😄. JD kalo ada yg tak lengkap, memang lah minta balik segala kekurangan 🤭. Agak bersyukur dah tak melalui itu lagi 😅

    BalasPadam
  9. walaupun comlicated..alhamdulillah selesai buka akaun dania tu....kalo masuk Daisy..suka tgk pilihan bj nya...kita ada beberapa juga baju yg bli dr Daisy

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...