Me sangat teruja kerana berpeluang beraya di rumah Wardina. Rasa macam bertuah sangat. Waktu yang diberikan ialah dalam 1pm - 3pm. Kami dah tiba awal kat kawasan rumah Wardina tapi singgah mamak dulu minum dan makan sikit untuk lapik perut. Order rojak ajer. Lepas solat kat surau baru gerak ke rumah Wardina.
Terpegun dengan meja berpulau dan dapur kering konsep terbuka ini. Putih temanya. Bunga kuning tu sedondon dengan warna kabinet dapur Wardina.
Ni ruang makan. Ruang makan yang terhad ini nampak luas dengan penggunaan meja makan berwarna putih dan berbentuk bulat. Ditambah ada cermin yang membuatkan ilusi tampak luas. Hubby me baju merah tu :-) Hubby Mira baju biru gelap. Hubby cerita kat me suami Wardina pun sangat friendly dan berilmu. Actually keluarga Wardina ni memang suka membaca.Ruang atas rumah Wardina dipenuhi dengan buku.
Dania sibuk main-main dengan kawan-kawan kat luar rumah. :-)
Nampak santai kan ruang kat luar ni. Petang-petang duduk ngeteh kat sini pun syiok....
Kat depan ni siap ada gelongsor dan buaian lagi. Dania dan kengkawan sibuk berkumpul kat atas gelongsor tu.
Masa ni Wardina tengah cerita pasal beliau pergi kat Gaza.
Lepas makan dan berborak, di hujung tu Wardina bawak tour ke rumahnya. Area ni ruang tamu. Selalu kalau ada wartawan mereka akan duduk kat sini. Suka pulak me kat meja bulat tu.
yang ni bilik air kat bilik tetamu. Macam konsep hotel kan?
Bilik tetamu kat sini lah.
Peti ais Electrolux. Besar sungguh peti ais ni. Ada tempat nak ambik air kat situ.
Yang ni ruang solat. Ruang solat ni sangat besar. Wardina kata aktiviti usrah pun diadakan kat sini. Tangga untuk naik ke tingkat atas pun kat ruang ni.
Day bed kat ruang atas ada nama semua ahli keluarga kat kusyen. Me suka konsep ni :-)
Anak kedua Wardina, Azra Sareera beraktiviti di bilik aktiviti.
Bilik Amna. Sukanya konsep pink ni. Nampak feminin. Katil ni bukan poster bed tapi ada fabrik ni letak kat siling.
Bilik Azra pula. Konsep yang sama tapi katil yang berbeza :-)
Ni bilik Imran.
Cantiknya bidai roman dengan corak kereta. Sesuai untuk anak lelaki cilik yang sedang membesar.
Ni bilik Wardina. Belakang katil Wardina tempah kayu yang diletakkan fabrik. Penggunaan fabrik berkilat nampak mewah.
Wardrobe Wardina dengan konsep terbuka.
Bath tub yang boleh masuk cahaya. Menarik kan?
Antara makanan sedap yang dihidangkan. Me tak tau apa namanya ni tapi memang sedap. Wardina siap tapau setiap seorang pemenang lagi. Thanks Wardina.
Setiap seorang dapat membawa pulang 1 bekas made in Italy lagi tu yang ada cookies dan seterika wap dari Electrolux. Kalau ikutkan hadiahnya beraya di rumah Wardina ajer. Syukur alhamdulilah. Tu wakil dari pihak Electrolux. Namanya Ms Angel. She is so sweet like an angel......seindah namanya. :-) She is very friendly too.
Pemenang dan staff Electrolux bergambar bersama Wardina. Staff Electrolux memang semuanya sangat friendly.
Photo me bersama Wardina dan Mira. Wardina bagi me bukan sahaja cantik tapi berilmu. Me suka saat Wardina berkongsi mengenai ilmu parenting. :-). Kain cotton baju kurung me all the way dari Vietnam. Thanks to my sis Eja yang bagi buah tangan :-)
Rumah 2 tingkat Wardina yang mempunyai laman yang sangat luas.
Thanks Electrolux dan Wardina kerana memilih me sebagai salah seorang dari 4 pemenang. Berkunjung ke kediamannya memang mengujakan. Nak nak me memang minat Wardina dan me tau lantai, langsir, dapur dari jenama apa sampai Wardina pun kata wahhhh you tau ye?. Peminat u la katakan :-) Hehe....
bestnyer ..jelous tau..hihihihi -CT
BalasPadamsubhanallah..idola sungguh..berilmu, cantek, p[andai hias umah..untung sis dpt peluang nih :)
BalasPadambestnya dapat pegi rumah wardina. btw, rumah wardina nampak cantik dan kemas.. laman pun luas.. boleh anak2 main kat situ, takpayah p playgorund.. hihih
BalasPadamsgt besar halaman rumahnya :)
BalasPadamBestnyer..
BalasPadamRumah Wardina memang besar dan cantik sangat ;)
Suka gak tengok meja bulat kat ruang tamu tu, cantik :D
bestnye...cantik rumah wardina...cute ada bantal tulis nama masing2
BalasPadamCantiknya rumah dia. Patut ambil gambar mini library kat rumah dia...nak tengok sebab teringin nak buat mini library juga di rumah.
BalasPadamsimple je umah wardina. kemas gitu.
BalasPadamjempu follow www.ddiamondvitshop.blogspot.com
cantiknya rumah wardina
BalasPadamBeruntungnya dapat pi rumah Wardina.
BalasPadamNina memang minat ngan dia sejak spanar jaya. Dia cantik!
Bestnya! Kenapa kakak cx tak pernah nak cerita ada pecah perut sunday dkt putrajaya? Hahahah dulu pernah sarapnjuga dkt area² tasik putrajaya tu. Cafe apa entah lupa nama. Hahha tatapi menariklah makanan dia. Macam² ada. Boleh pilih semua yg kita nak kan? Dahlah murah. View pon cantik. Seronoknya!!
BalasPadam