Exam Dania dijadualkan jam 11.30 pagi. Ok la time ni jalan pun clear nak ke Fakulti. Kalau pagi nak kena bersaing dengan orang nak pergi kerja dan pergi sekolah. Dania tiba di Fakulti Pertanian tu 22 minit awal.
Dania dalam kereta tengah serius ni. Mengingat apa yang telah dibaca. Nota-nota ditulis atas test pad yang dilipat. Sebijik macam saya ni dulu-dulu. Nota pulak kena berwarna-warni. Hehe...
Saya masa ambik gambar ni kat lampu merah ya. Hehe sempat lagi.
Ummi.....jalan....lampu dah hijau. Eiii buat ummi panik je la.
All the best buat anak ummi ya.....
Peperiksaan yang mengambil masa 2 jam ni sure Dania akan lapar ni jadi saya sediakan sandwich telur. Tak tolak ya....memang lapar nampaknya tu. Ini masa ambik Dania selepas exam.
Dania bagi gambar ni. Suasana dalam dewan peperiksaan auditorium. Barisan ni Dania duduk paling belakang dan tepi sekali. Kanan Dania tak ada orang. Memang best juga duduk paling belakang ni. 2 depan Dania tu pelajar pertukaran bernama Lillian dari USA.
Dania cerita 2 student pertukaran pelajar dari France dan USA keluar awal. Boleh buat atau sebaliknya?. Mungkin juga mereka ni scorer. Dania cerita jawab soalan dan habis menjawab 30 minit sebelum habis masa tapi tak nak keluar awal. Kawan depan Dania ni pulak lepas habis kertas diambil tanya Dania....siap semua ke?....Dania kata siap tapi kawan depan ni tak sempat nak jawab satu lagi soalan.....bab ni kan bagi saya kena peruntukkan masa untuk menjawab soalan dan tak boleh drag untuk jawab satu soalan tu. Kena pandai juga bahagikan masa supaya dapat menjawab semua soalan.
Dania kata soalan ada 5 dan setiap satu 20 markah. Pengsan dengarnya....kalau tertinggal satu soalan dah tentu hilang 20 markah tu. Lembutkan hati lecturer nak bagi markah untuk kawan Dania ni dan Dania....
Tak apa lah nak buat macam mana kan? Concentrate untuk next exam pulak iaitu Business Law. Ni pun Dania sedikit takut tapi sempat juga Dania kirim doa kat Dr Hana di tanah suci (Dr. Hana offer sesiapa yang nak kirim doa). Dr. Hana siap balas lagi kat Dania kata doa dah dibaca.....Terima kasih Dr....moga haji mabrur untuk Dr (Dah selesai dah haji saat post ni ditulis).....
Seronok juga dapat anak yang boleh bercerita semua kat ummi dia ni haa.....boleh la saya share kat blog....
Moga yang terbaik buat Dania. 💘
XOXO,
Ezna
all the best dania! insya Allah ok tu :) boleh score..aamiin!!
BalasPadamAamiin. Thanks Suzz....I doakan Zharfan pun boleh score dalam final examnya juga....aamiin....
PadamGood Luck Dania...
BalasPadamThanks SA. Moga yang terbaik juga buat Dania untuk Sem 2 nanti....aamiin....
Padamall the best Dania , cantik nya
BalasPadamThanks Ana....Hadza Min Fadhli Rabbi...
PadamGut Luck D..!
BalasPadamall the best dania💪💪💪💪
BalasPadamGood luck Dania!
BalasPadamSayangnya kalau hilang 20 markah tu :(
Hopefully markah² part lain dapatlah cover juga kan
all the best dania...
BalasPadamdania beruntung sangat, kak ezna pun beruntung sangat...dapat hantar dan ambil anak...seronok Linda tengok...
all the best dania
BalasPadam