Saya tengok persembahan Dania dari Dania tadika dengan persembahan masa majlis graduasi, sekolah rendah dengan main melodian untuk Hari Penyampaian Hadiah masa Darjah 5, menari tarian Arab untuk dinner Darjah 6, persembahan kuda kepang masa Tingkatan 2 dan kali ni berpeluang tengok Dania main gendang untuk persembahan Cak Lempong peringkat Universiti. Alhamdulilah. Teringat masa Dania buat persembahan subjek sejarah untuk kuda kepang. Saya datang sebelah pagi, lepas tu kawan-kawan sekelas Dania ajak saya datang sebelah petang pulak.
Kalau kat Malaysia dikenali dengan nama Cak Lempong, di Indonesia dikenali dengan nama Talempong. Kita kan serumpun. Nama pun lebih kurang ajer.
Pagi yang indah, hubby drop saya dan Dania kat Pusat Kokurikulum kat UPM ni. Hubby nak berbasikal di Maeps tu.
Luas bangunannya ni. Ada banyak kelas kat sini. Selain dari Pusat Kokurikulum, masa final exam ada jugak diadakan di sini. Ni coming soon bulan Julai nanti, final exam Dania untuk 2 paper akan diadakan di sini.
Dah nampak dah Cak Lempong disusun kat sini.
Close up Cak Lempong.
Ada 5 set Cak Lempong kat sini.
Kerusi yang ada 3 kat tengah tu tempat Dania akan duduk nanti. Dania duduk paling tengah.
Peserta disediakan makanan pagi ni dan tengahari. Dania tengah makan nasi lemak di sebalik tangga ni. Haha ada mamarazzi ya.
Program hari ni ialah Melody Hunt. Setiap kokurikulum ini kena mengadakan program. Ini program kokurikulum Cak Lempong Dania la. Lepas mengadakan program kena buat Post Mortem program pulak.
Tunggu ketibaan perasmi.
Pelajar yang buat persembahan pembukaan kena pakai kain batik.
Mereka akan berlatih dulu.
Entah apa yang kawan Dania ni cakap ni....
Anak ummi dah bersedia....
Baju yang ditempah untuk program hari ini. Simple ajer.
Sebelum ni ada saya ada mintak gambar Dania dengan Cak Lempong tapi nampak badan je. Cak Lempongnya tak masuk frame 😆. Ada nampak Cak Lempong tak? 😅.
Bila saya ada kat sini puas hati dapat gambar yang saya nak. Cak Lempong pun nampak.
Saya pilih tempat betul-betul kat tempat duduk Dania. Senang nak buat video nanti.
Mereka main lagu Jong Jong Inai. Masa ni praktis sebelum perasmi sampai. Belah kanan sekali tu International Student dari China yang ambil kursus Statistics di UPM ni. Saya dah interview dah. Hehe.
Selesai je habis mereka praktis ni saya duduk sekejap dan whatsapp hubby saya nak balik dah. Sekali.....alamak perasmi pun sampai dan saya kena menyanyikan lagu Negaraku dan lagu UPM Putra Gemilang. Kena la minta hubby tunggu pulak. 😅
Lepas tu hubby dan saya makan kat satu cafe yang baru jumpa kat dalam UPM ni. Kebetulan hubby kata dia dari Maeps untuk berbasikal. Ternampak secara tak sengaja masa nak ambik saya.
Cak Lempong ni dan Gamelan ni ada persamaan juga cumanya ada juga beberapa perbezaan seperti :
1. Cak Lempong ni lebih kecil daripada Gamelan dan lebih ringan. Gamelan pula alatannya berat.
2. Cak Lempong boleh dimainkan secara berdiri dan duduk manakala Gamelan dimainkan secara duduk sahaja.
3. Muzik gamelan dilaraskan mengikut pentatonic scale iaitu ada 5 not muzik. Cak Lempong pula dilaraskan mengikut chromatic scale iaitu scale yang lengkap mempunyai 12 nada bunyi.
4. Gamelan boleh mainkan lagu yang terhad sahaja kerana hanya ada 5 nada manakala Cak Lempong boleh memainkan kebanyakkan lagu seperti Blackpink ke BTS ke.....disebabkan dia ada banyak nada.
Haaa dah tahu kan perbezaan Cak Lempong dan Gamelan kan?. Selalunya kalau majlis Graduasi tu kumpulan Gamelan yang mainkan.
Selagi saya ada peluang tengok semua persembahan Dania saya akan tengok. Bukan selalu pun Dania buat persembahan.....
XOXO,
Ezna
bgs dania join persembahan cak lempong...bkn senang nk main ketuk2 kalo tk kena cara
BalasPadamDania sengaja tak nak main Cak Lempong sebab kena ingat/hafal nak ketuk apa jadi main gendang je. Sama je ketukannya jadi senang sikit. Hehe.
PadamWaaa i ingatkan sama jer dgn gamelan..rupa2nya lain yer..menarik la aktiviti yg dania join ni👍
BalasPadamBunyinya sama juga Suzz tapi banyak juga perbezaannya. 2 sem ajer kena join kokurikulum. Year 2 ke atas dah tak payah join kokurikulum dah. Lega....
PadamSamalah kita pun tak pernah dgr lagi.. dulu ada org kata jangan main malam malam huhu..
BalasPadamMungkin ada berhantu juga alat muzik ni kan?....seram pulak mendengarnya.
PadamSerba boleh Dania ni 👍
BalasPadamPH tak reti beza dua ni tapi masa Convo dulu diorang main gamelan. Rasa special sangat naik pentas terima scroll diiringi muzik klasik...
Ya Convo selalunya gamelan. Betul....masa ambil scroll kat Uni dulu diiringi muzik gamelan masa Diploma dan Ijazah.
Padamterbaiklah dania!
BalasPadamsy mula kenal caklempong ni ms study dulu. kebetulan roommate ni budak gamelan... dia buat show merata smpi ke indonesia...
Wahhh jauhnya buat show. Menariknya...
PadamSuka dengar irama caklempong ni. Bertuah dapat belajar peralatan muzik tradisional ni.
BalasPadamYa memang masa Dania nak join Cak Lempong ni tinggal 1 je kosong. Kebetulan ada rezeki Dania masuk kokurikulum ni.
PadamSerba-serbi boleh Dania ye. Bagus dia rajin & aktif join benda2 mcm ni 😊
BalasPadamWajib join Carneyz cumanya nak buat persembahan tu yang Dania volunteer nak buat.
PadamOh JD paham dengan beda nya. Selama ini saya lebih tahu gamelan. Krn gamelan yg paling sering dimainkan di sini. Apalagi kalo ada acara2 resmi dan event di kota2 Jawa. Talempong pernah dengar, tapi memang Krn jarang, JD baru sekali ini lihat bentuknya 😅
BalasPadamYa inilah rupa Talempong atau Cak Lempong. Nama di Indonesia dan Malaysia ada perkataan 'Pong'. Kakak pun baru pertama kali melihat Cak Lempong ni live depan mata.
Padam