Adik saya yang kerja kerajaan seorang ni selalu travel. Jadinya kali ni travelnya kat Tawau, Sabah. Terus offer nak beli tak udang harimau?. Terus saya tanpa fikir panjang ok je. Beli pun 1kg ajer dan dalam tu ada 35 ekor saiz sederhana tapi ada campur juga dengan saiz kecik.
Ni pun saya kirim jugak. Siapa pernah rasa Amplang?. Saya rasa buat pertama kali masa duduk kat satu booth ni masa pameran MAHA. Pegawai yang jaga booth tu bagi kami rasa amplang ni. Rasa dia agak tawar juga bagi saya. Keropok ikan tapi bentuk dia ala bulat-bulat gitu. Kalau kat Sabah memang ada keropok ni. Ralit makan sebenarnya.
Lepas tu saya masakkan adik saya tu makaroni goreng la boleh la anak-anak saudara saya makan.
Lepas singgah rumah adik kita minum malam dulu kat sini. Mamak ni baru first time pergi sebab nampak meriah je.
Mug dia ada tulis nama air.
Dania saje buat mata bulat camtu sebab tahu saya ambik gambar. Bukan terkejut ke apa saje je.
Order la roti bakar 1 set tapi share bertiga.
Disebabkan cahaya, gambar jadi agak blur.
Dania dan saya mencicah roti dengan teh ni.
Ramai juga makan kat sini tapi nampaknya nak bersantai dengan kawan-kawan atau family.
Dekat condo ni kat bawah ni banyak tempat makan.
Kami parking kat Valet Parking. Harganya RM2 sahaja. Kalau RM20 kami tak parking dah kat sini.
Udang harimau Sabah dah selamat dah masak lemak cili api.
Dan....ada juga masakkan nasi goreng pedas udang harimau.
Masih ada baki lagi udang harimau ni nak goreng ajer kot.
XOXO,
Ezna
Fav SA udang harimau..lagi besar lagi SA suka..selalu gak beli...
BalasPadamkalau ada kawan-kawan yang ke Sabah, memang suka bawa balik amplang. Ralit makan sambil bersembang.
BalasPadamsedapnya udg tu ;)
BalasPadamRindunya nak ke KK, boleh makan seafood fresh. Dulu masa saya masih kerja, kerap jugak outstation ke KK. Hari nak balik tu memang akan singgah pasar ikan bungkus balik udang dan ketam. Nak kata murah sangat, tak jugak tapi fresh tu confirm 😄
BalasPadamPernah makan amplang tu ..tapi dah lupa rasanya macam mana ..
BalasPadamAda banyak perasa amplang. Ada ikan, udang dan sotong. Ada yang pedas dan ada rasa original. Yang original tu biasanya rasa agak tawar.
BalasPadamnampak amplang trs teringin amplang sotong pedas weeeeee sedapnyaaa
BalasPadamDi antara banyak seafood memang udang fav saya. 😍😍👍. Kalo pulang kampung ke Sibolga puas beli udang sebab murah. Kalo jakarta tak usah tanya 🤣🤣.
BalasPadamAmplang ini sukaaa. Kalimantan juga banyak. Suami pas tugas audit ke cabang CIMB di Kalimantan, dia pasti bawa oleh2 amplang sebab tahu saya suka sangat 🤭😄
Jajan wajib kalau balik dari Sabah tu.
BalasPadamTapi tu lah.. makan space juga sebab dia gebu2, cuma ringanlah.