Rabu, Jun 5

Tapak Urban Street Dining di Cyberjaya

Ada satu malam tu kami nak makan kat luar. Tak ingat sebelum ke sini ke mana kami tuju dulu. Akhirnya kami ke sini. Mungkin ada la sebabnya kami menuju ke sini. 



Terlebih cahaya jadi kat dalam phone jadi macam ni. Dania dah tahu dah tu nak order apa....


Air Ribena ni lama dah tak minum. Dulu masa kecik2 selalu juga. Ni air ribena soda laici. Zaman sekarang kalau ais tak banyak tak sah kan?. Nak jimatkan air yang dia masukkan dalam bekas ni. 


Ada yang datang jual buah pulak. 


Dania suka buah tembikai susu ni tapi 1 bekas ni harganya hmmmmm.......


Dania order mee sedap dengan ayam. 


Hubby order mee goreng style mamak. Ok jugak la rasanya. 


Saya order kat food truck yang ni....Api Pizza. 


Tinggal cuma crust yang nipis je tapi sebab teringin lama dah nak makan pizza jadi saya order yang ni. Ada daging, ada cendawan dan sedikit daun selasih. Sedap juga la pizza ni tapi harganya je tak sedap. Pizza ni boleh share lagi haa.....bukan saya seorang yang menghabiskannya. Ok dah tak kempunan dah. Memang dah lama tak makan Pizza Hut dan Dominos tu. 


Gambar kami sebelum makan. Hehe....
Bagi saya makan kat Tapak Urban Street Dining ni walaupun kat food truck dengan makan dalam bekas plastik camtu je....harga kat sini bagi saya mahal jugak. Kalau makan selalu memang boleh kopak la. Sesekali tu boleh gagahkan lagi. 


Tak jauh dari tempat kami.....ada seseorang yang saya familiar sangat. Eh kenapa familiar sangat ni?. Beliau tengah makan aiskrim. Bila kebetulan lalu tepi kami.....saya panggil la Abang Lin....(sebutan Len). Haa sah la sepupu saya ni. Aiskrim punya mahal. Kon camtu je RM15. Ish ish....sepupu saya kata nak tak nak kena habiskan. 


Sepupu saya ni bernama Saiful Azlin kebetulan bercuti ke Cyberjaya melawat anak-anak yang tinggal di sini. Abang Lin dan isteri Kak Zuraidah ni tinggal kat Segamat. Baru hari ni saya tahu rupanya Kak Zuraidah isteri Abang Lin ni senior lecturer kat UITM Segamat ajar subjek Finance. Sebelum ni saya tahu lecturer je. Kalau UITM Segamat tu ada la kawan batch Dania ambil Perakaunan tapi saya rasa Kak Zuraidah ni ajar subjek Finance untuk student Diploma di Fakulti Pengurusan Perniagaan. 

Macam saya dulu Diploma Pengajian Perniagaan ada la ambil subjek ni. Selain daripada tu Pengajian Bank, Analisis Pelaburan dan yang sewaktu dengannya. Lecturer saya dulu dah la kecik, suara pun kecik. Mengajar kat student depan je kot. Tona suara boleh buat saya mengantuk. Alahai.....subjek Finance ni la....😅. Kenangan masa belajar dulu. 


 Agaknya tu lah sebabnya saya ke sini.....nak ditakdirkan berjumpa dengan sepupu saya agaknya. Dulu masa kecik kami main masak2 la, kahwin2 la. Haha.....ni yang adik saya cerita zaman dulu-dulu lah. Adik bawah saya sebaya dengan adik Abang Lin ni. Kalau sepupu saya boleh la panggil Abang tapi kalau orang biasa saya segan sikit. Sepupu ni dari kecik saya panggil gelaran Abang jadi dah tak segan sangat la. 





XOXO,
Ezna

5 ulasan:

  1. menarik plak psl kisah lecturer u yg kecik dan suara kecik dan u jd mengantuk tu heheh risau plak i kalau my students mengantuk time i ngajar tp memang ada punnn dan biasanya i will notice and will try to do something laaa cthnya pause jap dan selit citer etc..students mengantuk kalau subject heavy/dry dan lecturer tak reti nak bg jd interesting (i pun tak reti sgt laaaa)

    BalasPadam
    Balasan
    1. I tak rasa you ajar suara you slow Suzz. Lecturer I ni lelaki dan memang petite je orangnya. Suara? Ok belakang2 tu memang tak dengar sangat.....maybe student you tu mengantuk sebab malam tu stay up atau sejenis yang kalau kelas petang je mengantuk. Ada juga lecturer I yang bila nampak ramai je mengantuk akan suruh bangun dan buat exercise. Lepas tu semua segar balik dah. Ada juga lecturer I yang tanya soalan dari depan sampai belakang. Maknanya 1 kelas kena menjawab soalan dia jadi bila jawapannya seakan-akan sama....masing2 student tergelak.....pun ada.

      Lecturer ada bermacam cara mengajar....tapi bila suara kuat dan suka menanya soalan.....memang student akan alert. Sebab ada 2 way communication. Kalau kelas Allahyarham Prof Izzi....memang mata tak mengantuk sebab Prof akan melompat, mengenakan orang, buat lawak, dan sesiapa yang lalu depan kelas kena stop dan kena tegur....err yang ni pengajaran cara pelik pulak Suzz....

      Padam
  2. Tak perasan pula tapak ni masa kat Cyberjaya hujung minggu baru ni.

    BalasPadam
  3. mmg kalo mkn kt tapak urban mcm ni mmg mahal harganya tp sesekali lepak okla

    BalasPadam
  4. Tak sangka2 bisa ketemu di sana ya kak 😄.

    Makanan model food truck begini memang biasanya mahal. Apalagi kalo lokasi dia di premium area . Di sini pun begitu. Kalo di kawasan tertentu murah, tapi masih segitiga emas area, hajaaab harganya 🤣🤣

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...