Dania ni kalau ada kawan-kawan dia menjual memang dia akan support. Untung la kawan dia. Tu yang bila Dania menjual, kawan-kawan juga yang support. Saya rasa kat UPM ni memang ada subjek keusahawanan yang pelajarnya akan menjual. Mungkin sama kot dekat Universiti yang lain.
Kali ni kawan dari Fakulti Sains yang menjual. Anis menjual makanan kat Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI). Lepas kelas, saya hantar la Dania ke sini. Ni Dania dengan Anis. Kawan sekelas masa asasi yang baik dengan Dania. Ada 2 tapi seorang lagi sangat jarang jumpa sebab Kolej jauh sikit....dekat dengan Hospital Serdang....sebabnya kawan yang lagi seorang tu ambik Veterinar.
Bulat tu red velvet cookies. Saya yang tak suka red velvet ni rasa cookies dia sedap.
Ini pula namanya S'more. Nama pelik tapi rasa sedap. Kuning tu marshmallow.
Lepas tu ummi dan Dania berjalan pula ke Karnival Keusahawanan yang dibuat kat SPE (Sekolah Perniagaan dan Ekonomi) oleh budak-budak Fakulti Sains la. Kiranya Anis punya group bertempat di Kolej. Group yang lain bertempat di Fakulti. Cuaca panas oh....
Dania terjumpa kawan dia satu sekolah dulu di SMK Jalan Empat nama Iman Aimuni. Budak ni masuk taekwondo masa sekolah. Kat UPM pun wakil UPM dalam taekwondo jugak.
Bunga daripada kertas ni Dania beli.
Lilin wangi.
Gelang yang berwarna warni.
Terjumpa pula kawan sebilik masa Asasi....Elisha Hana ni yang pergi District 21 sama-sama hari tu.
Ada beberapa gerai juga kat sini. Ini untuk mereka yang mengambil subjek keusahawanan la. Macam Dania subjek perakaunan perniagaantani yang kena menjual coklat tu.
Ada Mat Salleh juga. Mungkin exchange student atau memang student UPM ni. Kelas Dania sahaja ada exchange student dari Perancis dan USA dan student luar yang belajar di sini dari Wuhan, China seorang dan dua dari Indonesia (Jakarta dan Acheh). Bila ada lecturer nak bagi contoh pasal Covid merebak dari Wuhan ni...lecturer kena minta maaf dulu sebab nak beritahu yang betul. Takut student China dari Wuhan ni terasa. Budak ni putih melepak sungguh. Kalau nampak budak ni kat Fakulti Pertanian tu boleh nampak memancar-mancar je. Stand out sebab putih bebeno. Macam exaggerate je saya kan....tapi memang ya putih....Dania kata putih pucat....
Cermin dengan hiasan tanah liat.
Dania ada beli phone case ni boleh letak bunga, sticker kucing, bling bling. Taruh la banyak mana hiasan pun harga RM15 jugak. Untung la kalau letak penuh kat phone tu.
Close up design yang boleh ditiru.....
Bunga lagi...
Dania dengan bunga yang diperbuat daripada keratas. Dania nak bagi saya tapi saya tak nak sebab Dania dia suka benda-benda macam ni.
School of Business and Economics. Dulunya kursus Dania terletak di bawah Fakulti ini kemudian ke Fakulti Pertanian.
Bangunan pun style dulu dulu la...
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi ni dah berumur 50 tahun.
Lepas dah settle membeli tu kami berjalan balik nak ke kereta. Singgah berehat jap bawah shades ni. Panas betul cuaca.
Lalu pula classmate Dania bebudak cina ni. Rajin mereka. Datang kelas selalunya awal. Tak pernah tak datang. Kalau group dengan bebudak ni memang selamat sebab mereka rajin. Saya kata nak ambik gambar. Baju merah belakang tu kata tak handsome la aunty. Haha.....macam2 peel bebudak ni.
Dari kiri David, Theang, How dan Aric.
Lepas ni kemana kita?. Kami ada terjumpa VIP kat UPM ni. Siapakah?.....lepas ni la....
Mcm2 brg2 kreatif tu yg dijual.bagus dania support kwn2👏👏👏
BalasPadambagus dania rajin support kwn2 bila buat jualan...redvelvet cookies mmg sedap ezna..dlu2 time bernas ada makmal kt UPM slalu la juga ada meeting kt Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
BalasPadamMeriah sungguh ni - ramai pengunjung dan produk jualan menarik.
BalasPadamSaya dulu Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, tapi boleh tak cam pulak bangunan tu yang mana satu 😄. 24 tahun berlalu…
Bagusnya Dania suka sokong kawan-kawan. Mesti semua senang berkawan dengan dia :)
BalasPadamteringat zaman student kat USM dulu, kami semua wajib ambik paper keusahawanan.. hujung sem kena buat jualan...
BalasPadamBagusnya selalu ada program keusahawanan mcm ni dekat UPM ye. Selain dari mengasah bakat jadi usahawan, sambil2 tu boleh menambah pendapatan student kan.
BalasPadamBagus support each other 👍
BalasPadamSeronok dapat jalan² karnival macam ni... Macam² benda boleh dilihat dan dibeli
RM3 murah la....
BalasPadamBagus ada subjek keusahawanan...nanti kelaur u ada kemahiran untuk bisnes...sama ada part time atau full time
BalasPadammasa linda amik subjek nie..buat pasal kedai penganting...fuhh..dasyat betul idea time tu...just kena present untuk pembentangan je..takdelah menjual2 masa tu
BalasPadamMeriah dan nampak semua happy seronok huhuhuu
BalasPadamDulu students di kelas saya ada beberapa dari Mongolia. Dan mereka juga outstanding di tengah students lain Krn putihnya beda 😄. Putih sangat, tapi muka mereka merah pink. Krn dingin sangat dj negara nya kan. Tapi baik2 anaknya. Dan Krn mereka juga saya JD teringin ke Mongolia. Insyaallah tahun depan.
BalasPadamDulu kami tak ada pelajaran wirausaha atau jualan seperti ini. Bagus juga kalo skr ada. Krn memang hrs dilatih kan. Tak tau lah kalo kampus adik saya yg USM. Tapi rasanya tak ada juga. Krn kalo ada seharusnya dia minta saya utk beli 🤣
pernah sekali SA pergi karnival grad kawan masa tu..macam- macam ada jual..seronok memang seronok..
BalasPadam