Selasa, Jun 11

Makan sup di Jalan Doraisamy

Dah alang-alang kat KL, jadi kami makan la kat KL. Nak makan dekat Kg. Bharu tapi parking pulak takde. Kena parking tepi-tepi yang tak proper tu risau kalau ada polis ke apa kena saman dan tak senang nak makan pulak. 

Jalan-jalan dulu di KL ni dan nampak muka Sudir di dinding di Chow Kit. Sudirman pernah buat persembahan di Chow Kit suatu ketika dulu. 



Restoran yang katanya sedap nasi kandarnya dan orang yang beratur pun panjang. 


Akhirnya hubby kata nak makan sup kambing kat Jalan Doraisamy. Saya dan Dania memang kurang sikit masakan nasi kandar ni akhirnya bersetuju sebab hubby macam teringin je. 

Berdekatan dengan kami duduk ni ada bangunan yang mempunyai lukisan yang cantik dan di belakangnya Menara Kuala Lumpur. 


Ni pula kedai yang kami makan. Sup Haji Abu. 


Close up nama kedai.


Blur pulak mee goreng Dania ni. 


Ada sebuku roti ni nak makan dengan......


Saya makan dengan sup ayam. Kaw betul sup ni. Hubby makan dengan sup kambing. 


Kami sibuk menikmati makanan kami. Lapar sebenarnya. 


Sedapnya makan sup cicah roti benggali ni. 


Malam-malam hirup sup panas-panas memang best la. 


Kat sini saya perasan ada lukisan kat kedai....


Ini pula contengan dinding di tempat kami parking. Mujur masih ada kosong kat dalam ni. 


Lepas tu lalu pula bawah Saloma Bridge ni. Cantik lampu waktu malam kat sini. 


Balik rumah membersihkan diri dulu. Tiba pun dah 11 lebih malam. Perghhh letih banyak tempat singgah. 

Dania dah puas hati la tu sebab tercapai impian Dania nak ke PBAKL. 





XOXO,
Ezna

20 ulasan:

  1. Lama betul i tak masuk KL..biasanya kalau gi KL tu, i pergi pavilion atau klcc jer pun😂😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya I pun jarang. Bila alang2 dah gi PWTC tu yang makan area ni. Kalau tak memang tak la you. Asyik ulang tempat sama je.

      Padam
  2. Lama betul i tak masuk KL..biasanya kalau gi KL tu, i pergi pavilion atau klcc jer pun😂😂😂

    BalasPadam
  3. kampung baru bab parking leceh...dlu2 pernh mkn kt doraisamy ni zaman remaja....restoran kudu tu femes...pernah mkn tp kita ni tk minat juga nasi kandar tp husband suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya la payah betul nak parking. Pusing2 eh takde kosong jugak. Lepas tu jauh dah malas nak patah balik. Peminat nasi kandar je boleh singgah Kudu tu. Kita dan Dania memang tak minat. Haha.

      Padam
  4. lama dah tak kesini. dulu masa kami berdua, bertiga rajin ke sini. lepas tu ada construction kat seberang jalan dan dia punya habuk tu, nak makan pun risau. lama-lama terus dilupakan sup doraisamy ni

    BalasPadam
  5. waahhh since 1969! cantiknya view saloma bridge malam-malam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama dah wujudnya tapi hubby tahu tempat ni. Isteri dia je tak tahu. Malam2 Saloma Bridge ni lawa la berwarna warni.

      Padam
  6. lapang nya jalan raya tu...
    linda dulu2 tak reti makan roti dengan sup..skang, dah pandai...kikiki

    BalasPadam
  7. roti cicah sup! memang sedappppp!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Nak nak kalau cuaca kat luar sejuk je.....hirup sup panas2 pulak....memang sedap.

      Padam
  8. Banyak tempat menarik. Kenapa kawasan ni penuh dengan lukisan?

    BalasPadam
  9. Sambil makan sambil layan view panorama KL yg cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali ke KL. Jarang juga masuk ibu kota ni kalau tak ada apa2....sebab tak suka kesesakan....

      Padam
  10. Saya sukaaa sup mamak begini. Apalagi makan pakai roti. Dulu sempat aneh, tapi lama2 enak juga. Biasa makan pakai roti kalo cream soup kan. Kalo soup cair kita biasa makan dengan nasi. Tapi tak apa kalo sedap 😄. Tuhlaah nanti nak juga ajak papa makan yg begini. Tp mungkin pilih ayam lah, Krn papa pantang kambing.

    BalasPadam
  11. Sup kambing dan sup ayam kampung kat sini sedap...lama x layan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...