Isnin, Jun 24

Mencari sesuatu di Zus Coffee

Dania kata nak mencari air di Zus Coffee ni tapi kat Zus Coffee Presint Diplomatik, Putrajaya tak ada. 



Ada iklan kucing ni kat Zus. Adoiii Zus pun buat kucing pulak. Dah la Dania pencinta kucing. 

Credit : Zus Coffee

Ada beberapa jenis air Matcha Neko ni. Neko ni kalau bahasa Jepun maksudnya 'kucing'. 

Credit : Zus Coffee

Perasa Matcha Strawberry ni nampak menarik. 

Credit : Zus Coffee

Bukan hari yang sama tapi hari lain, pergi pulak cari kat Zus Coffee kat Condo Sunway Gandaria kat Bangi ni. Gigih mencari air yang Dania nak. Kali ni saya parking tepi je. Kalau nak parking dalam bangunan rasa tak berbaloi je sebab sekejap ajer. 

Dah kena tegur suruh alehkan kenderaan. Sebenarnya dia nak suruh parking jugak. Nasib baik Dania datang dah lepas tu. 

Nak beli sangat air ni sebab ada pemegang air ni gambar kucing comel. 😅. Hmmmm punya saya ingatkan cup tu ada gambar kucing. Rupanya pemegang air tu je sebab tak nak bagi tangan kita sejuk. 


 Siapa yang dah rasa air ni? Sedap tak?





XOXO,
Ezna

22 ulasan:

  1. My daugther pun suka matcha..Dia x bleh nmpk ni =D

    BalasPadam
  2. MA x minum green tea... tapi geng kat opis ni memang fav dia.. memang comel cup holder kucing tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak cari air ni semata-mata cup holder ni MA. Sampai Zus No. 2 la baru jumpa.

      Padam
  3. saya tak suka matcha... tapi suka la neko tu...

    BalasPadam
  4. ala cutenya holder tu hehehe yg penting gmbr kucing!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz sebab ada gambar kucing, pusing2 mencari air ni.....

      Padam
  5. Comel je cup holder tu gambar cat ye. Lama tak masuk Zus macam memanggil2 je ni 😬

    BalasPadam
  6. Saya tak terlalu suka matcha, tapiiii matcha tambah 1 shot espresso memang sedaaap. Itu saya suka 😄😄. Dulu sering beli di strbx matcha dengan espresso. Tapi sejak boikot, tak ada lagi ketemu kedai kopi yg bisa buat matcha + espresso sedap. Tapi tak apa.. terkadang minum espresso buat saya tak bisa tidur 😄.

    Nanti nak coba yg zus Ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maknanya Fanny kena minum Matcha yang dicampur air lain la ya.....kakak memang tak suka Matcha ni tapi bila minum yang Dania punya air ni sedap sebab Dania punya air Matcha + Strawberry. Espresso jangan minum waktu malam Fanny.

      Padam
  7. Kalau dah minat, layankan je lah.
    Mujur banyak branch Zus Coffee ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya lah nasib baik branch dia banyak. Takde kat sini try pulak tempat yang lain.

      Padam
  8. peminat macha pasti suka...kita tk bole minum apa2 related matcha ...opismates ada bli aritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun tak suka Matcha jugak tapi air yang Dania order ni sedap pulak Amy....maknanya kena campur dengan air lain maru boleh minum agaknya....

      Padam
  9. Sebab nak pemegang gambar kucing jer.. akhirnya dpt jugak hahaha.. tak apa la anak kan layan jer la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya sebab kucing punya pasal je. Nasib baik dapat...kalau tak dapat mau asyik cakap je....kalau tak cari....tak sampai hati pulak....anak pulak bukannya ramai....seorang ni ajer. Entertain je la permintaannya kalau benda tu tak mahal sangat. Kalau mahal memang tak layan la jawabnya....

      Padam
  10. kat X entah kenapa ramai nau yg nak beanja minum air ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sedap sangat ke? Sis rasa ok je lah....kalau matcha saje sis tak suka. Ni campur strawberry ok lah.

      Padam
  11. Bila sis Ezna post pasal ZUS Coffee ni baru teringat ex-boss ada hantar birthday gift card utk ZUS Coffee. Kalau lalu ZUS boleh la try minuman matcha ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa nasib baik ingatkan ya Carneyz. Cuba try sebab ada macam2 seleksi ni.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...