Hari Rabu baru ni lepas kelas je nak ke IOI City Mall sebab saya nak mencari sunscreen yang dah habis. Macam-macam jenis kat Watson ni ha...
Kelas petang Dania tak ada sebab lecturer menunaikan haji. Silibus semua lecturer dah cover. Dania cerita ada minta tolong lecturer Dr. Hanna tu mendoakan Dania kat tanah suci (Dr. ada offer kalau nak minta mendoakan). Tak lama kemudian Dr. Hanna balas kata saya dah doakan untuk awak. Terima kasih Dr. Hanna....💜.
Akhirnya saya pilih yang ni. Sebijik macam Dania punya sebab bila pakai tak rasa berminyak kat muka.
Banyak juga produk dengan harga member special ni.
Lepas tu jalan punya jalan, tersinggah kat Petsmore ni. Ala comelnya awak....
Dalam comel-comel pun saya rasa geli jugak sebab sejenis tikus kan hamster ni.
Kalau keluar ni memang makan terus la kat luar. Malam je nanti ummi masak.
Kami minum kat A&W dan tapau burger kat sini.
Kemudian, masa nak balik tu saya lalu betul2 sebelah lecturer Dania yang ajar masa Sem 1. Saya yakin tu la lecturer Dania bila tiba-tiba Dania takde kat sebelah saya. Boleh dia lalu jalan lain. Bila tengok Dania dia senyum. Dia ingat saya tak cam lecturer tu? Tak pernah jumpa cuma tengok gambar kat website UPM je.
Ni haa lecturernya.....Dr. Nik Iskandar Putra yang ajar Dania subjek Introduction to Food Science. In fact ada 3 lecturer dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan yang mengajar subjek ni masa Sem 1. Dr. Nik ni sangat punctual ya. Kalau lambat datang dari beliau kena kunci pintu. Masa Dania email semua lecturer lepas dapat result Sem 1 tu nak ucapkan terima kasih tu Dr. Nik diantara yang membalas terawal email Dania. Dania cakap masa melontarkan bahasa pun ada gaya, cara berpakaian pun ada gaya.
Credit : Google
Saya minta Dania berdiri kat sini sebab saya rasa latar belakang ni cantik. Tak nak la ambik latar belakang je. Kena ada subjek kat depan. 😉
You are my sunshine...my only sunshine....you make me happy....🎹🎹
Lepas ni nak kena singgah Fakulti Ekologi Manusia, UPM pulak sebab phone case yang Dania tempah masa Karnival Keusahawanan dah siap. Ambil masa nak siap sebab student ni kena pergi makmal nak buat semua tempahan ni.
Phone case comel ni berharga RM15 dan boleh letak aksesori apa2 pun. Nak banyak ke nak sikit ke tetap harganya RM15. Dania pilih kata-kata, sticker kucing hitam, bunga kering dan bentuk cengkerang berkilat.
Kena lalu di bawah pepohon yang rendang di UPM on the way nak balik rumah.
Balik, barulah makan Chicken Burger ni. Nak order Fish Burger dah takde dalam menu....hmmm..tapinya kertas pembalut Fish Sandwich. Patty Chicken ni tebal jugak.
Ni lah sebabnya Dania pilih sticker kucing warna hitam untuk phone casing. Sempena kucing hitam yang Dania suka yang selalu datang rumah ni. 😅
Ezna
Sy pakai sunscreen biore yg kaler biru tu sis...Nice phone casing =D
BalasPadamOh ye ke? Sis guna lain mulanya lepas tu kali ni tukar produk yang sebijik anak sis pakai.
Padamcutenya phone casing tu ada meow hehehhe
BalasPadamDania punya hal la ni Suzz. Suka sangat dengan meow ni sampai letak kat phone pun warna yang sama. Hehe.
Padamyg Aqua tu sy penah try yg tube kuning. agak cair tp ada spf50. sesuai sgt kalau nak g tepi pantai or island hopping
BalasPadamYa agak cair tapi ada SPF50. Rasanya ok lagi dari brand sebelum ni. Bila pakai rasa kulit berminyak sikit. Pakai yang ni rasa ringan dan tak berminyak.
PadamSunscreen ini dah tak bisa nak lepas kan 😅. Hari2 harus pakai. Dulu saya sukaaa sangat L'oreal punya, tapi Krn boikot, cari baru lah 🤭. Untungnya produk lokal Indonesia banyak, dan ada 1 yg cocok buat kulit saya. Dah lah apalagi , pakai itu. Krn produk lokal harga pun JD tak semahal yg punya luar.
BalasPadamAnnessa itu baguuus sangat, tp Krn produk Jepang, mahaaal sangat 😅😅. Tak nak lah.