Banner kat jalan berdekatan PWTC.
Kami dapat parking sebelah Hotel Seri Pacific. Itu pun lepas kereta kami masuk je dia terus tutup parking.
Lepas tu terus naik atas untuk ke surau dulu solat Asar sebelum ke ruang pameran. Ini buku yang Dania capai dulu. Dania kata buku ni orang kata best. Bila saya tanya staff sini, katanya Teme ada Meet & Greet kat lantai atas tapi dah fully booked. Bila tanya macam mana rupa Teme beliau misteri sikit kan?. Katanya pakai pelitup muka dan cermin mata. Hmmmm macam mana la nak cam kalau macam tu kan?.
Bayar dulu buku Teme Abdullah bertajuk Bayang Sofea.
Ternampak penulis Iddin Ramli. Dania yang kenal jadi ambik gambar la. Selalunya kena beli buku baru boleh ambik gambar tapi saya kata anak saudara saya minat Iddin ni (Memang anak saudara saya minat Iddin ni tapi masa pergi PBAKL awal dari kami dah ambik gambat dengan Iddin ni). Boleh ambik gambar. Orang tak ramai. Cuba kalau Teme tu memang sorry la nak bagi saje ambik gambar. Dah la kena daftar dulu. Itu sebab ramai orang nak signature Teme tu.
Lepas tu Dania cari pulak novel hasil tulisan Ain Maisarah.
Bayar kat sini.
Masa ni kami nak keluar pergi surau nak solat maghrib dan kat depan pintu tiba-tiba Ustaz Ebit Liew masuk. Terus saya kata Ustaz Ebit....ambik gambar dengan suami saya....idak la saya pulak kata nak ambik gambar dengan saya kan....
Terima kasih la Ustaz Ebit berhenti nak ambik gambar. Dania kata sebab ummi la Ustaz Ebit kena berhenti bergambar kat depan tu.....haha.....ya ramai yang ajak bergambar. Kalau takde yang mulakan dulu mungkin yang lain segan nak ajak kan.
Ni kat area mana pun tak ingat. Dania memang siap-siap dah publisher mana dia nak pergi dulu.
Lepas tu memang nak ke Karya Seni ni sebab nak beli buku dari penulis Anjell.
Dah jumpa dan terus bayar.
Lepas tu kena singgah la cafe. Penat berjalan kita minum dulu. Saya dan Dania minum air kosong je. Ada la chocolate roll dan donut nak makan share.
Hasil tangkapan Dania. Ok lah ini sahaja beli ya.....sebabnya ada 2 lagi buku tebal English yang Dania tak habis baca. Bahaya Patung Syaitan tu dapat free sebab beli 3 buku Ain Maisarah.
Kami....
Ada maskot rabbit yang besar ni tapi nampak terhuyung hayang sebab berat kot costume ni.
Ni masa kami solat Maghrib ni. Budak ni comel sangat jadi saya bagi la sikit. Terus nak bagi ibunya masa solat. Alamak....
Dania bakal jumpa penulis yang Dania ikut masa sekolah rendah lagi.....
Dah tiba dah Ain Maisarah. Seingat saya masa Dania sekolah rendah banyak buku Ain Maisarah saya beli.
Dania orang ketiga dapat jumpa penulis buku kesayangannya.
Dania masuk live Ain Maisarah la.
Setiap buku Kak Ain sign.
Sesambil dulu Kak Ain tanya Dania dari mana....
Saya siap komen lagi kat live Ain Maisarah.
Tak jauh dari tempat Meet & Greet Ain Maisarah ada booth Aisyah Hijanah. Ada satu buku dipromote tu 1 page tu ada quote 'healing' katanya....hmmm...harga buku RM30++. Kalau rasa berbaloi bole beli. Tapi.....saya rasa tak berbaloi untuk saya beli sebab saya kurang membaca buku....dan saya tak support orang yang glamour dengan content gembar gembur dengan isu kahwin dua ni.....
Pendapat masing-masing la kan....
Lalu lagi booth Ain Maisarah... Dania bergambar dengan standee Ain Maisarah. Sementara itu, Ain Maisarah tengah jumpa peminat-peminatnya tu...
Ni dekat hall lain pulak ni. Ternampak Ustaz Adnin Roslan. Nak minta la suami ambik gambar tapi memang staff tu bila tanya kalau tak beli buku boleh ambik gambar tak?. Dia kata 'tak tahulah'. Ok faham la maksudnya tu.....kena beli buku kalau nak ambik gambar. Jadi saya click click la kamera phone saya. Pun boleh.....haha. Booth Iddin Ramli tu boleh je ambik gambar walaupun tak beli buku. Ikut la booth mana kita pergi. Ada yang wajib beli buku baru boleh ambik gambar ya....
Standee Ustaz Adnin kat luar dewan.
Hubby teringin nak jumpa Ustaz ni tapi bila tiba kat booth.....staff kata Ustaz tak sihat. Tak dapat la hubby jumpa Ustaz Syihabudin.
Ini pula luar dewan kami nak gerak balik dah. Boleh terjumpa pelakon lama Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Imuda ni. Beliau juga promote buku komik dan T Shirt pelakon PMPMTT yang beliau lukis sendiri.
T Shirt yang dijual. Pelakon-pelakon pun ada yang dah meninggal dah.
Standee Ain Maisarah. Ini adalah gaya trademark Ain Maisarah. Tabik hormat....
Lalu pula pentas ada pertandingan sajak / puisi. Tetamu VVIP ialah Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari. Saya click je gambar dari sini.
Haaa tudia...agak-agak Dato' Seri tengok tak kamera saya bila gambar ni saya zoom....macam tengok kat kamera saya kan? Jelingan Dato' Seri di sebalik kamera yang berdiri di depan pentas.
Inilah warna-warni PBAKL 2024, harap dapat pergi lagi PBAKL tahun seterusnya. Ada yang pergi PBAKL juga tahun ni?.
XOXO,
Ezna
Bagusnya u dan dania rajin attend event gini👍👍👍
BalasPadamDania la dok la bising nak pergi. Dia dah alert I masa awal PBAKL lahi. Haha....
Padamank dara bungsu ciknur pegi dgn kwn2
BalasPadammama dia dah malas he hee seriau ramai2 org
dpt buku 2 je
wahh bestt kan jumpa idola penulis, kenangan dpt bergambar
Oh ada anak yang gi ya?. Masa kami pergi tu mungkin dah nak habis dah pameran jadi ok lagi crowd dia. Pergi pun hari kedua terakhir sebelum PBAKL melabuhkan tirai. Kebetulan masa gi ramai pulak terjumpa yang dikenali....
Padamsihat lagi imuda walau dia diserang gout kan kak? wah dato seri jeling ke tu eheee
BalasPadamKalau Ana perasan tengok tangannya macam bengkak. Dato' Seri menjeling rasanya tu yang akak terkejut. Haha. Bila zoom baru nampak.
PadamMeriah jugak PBAKL tahun ni. Ramai penulis & artis2 terkenal turun sekali ye.
BalasPadamYa meriah dan boleh juga terjumpa Ustaz dikenali juga.
PadamSangat runtut dan jelas. Sepertinya sekarang saya harus belajar bahasa melayu untuk mengetahui blogger" Malaysia.
BalasPadamBisa aja ngomong Bahasa Indonesia. Saya faham juga bahasanya......kerana ada menonton filem Indonesia juga.
PadamRalat tak sempat pergi PBAKL kali ni. Anak² dok mengajak tapi terikat dgn program cuti sekolah hari tu...
BalasPadamSeronoklah Dania dapat buku² idaman dan jumpa penulis favorite.
Dania dia pantang kalau ada pameran buku PH. Habis dia alertkan ummi dan ayah dia kata ada pameran buku. Sebetulnya kalau tengah mencari buku2 memang best la mencari kat sini. Selain ada tawaran harga menarik dapat juga jumpa penulisnya.
Padamramai dania dpt bergmbr tu..eh husband ezna pn....biasa la tu nk kena bli buku br bole berrgmbr kan tp tula kdg2 harga buku mahal tk berbaloi la utk bergmbr kena bli dlu melainkan kalo btul2 minat..kita xbyk la gmbr kt PBAKL sbb tk pegi...hrpkan gmbr tisya je aritu kita share :)
BalasPadamAisyah Hijanah punya buku rasa macam tak berbaloi nak beli sebabnya 1 page kata2 healing. Alamak....kata2 healing tu boleh cari je kat Internet ni. Nampak ada Tisya beli buku2 SPM.....banyak juga Tisya beli tu.
Padamtadi baru nampak mummy ayu balut buku Anjell. sama pulak taste Dania & mummy ayu
BalasPadamOh ya ke? Kena tengok la blog post MA pulak....
Padamlinda tak kenal penulis2 nie..yang tahu dulu Ahadiat Akasyah dengan Ramlee Awang Mursyid je...hihihi...lepas tu, baca je buku2 apa yang best
BalasPadamBest dalat pusing sini. Tapi tak best part kena beli buku baru dapat bergambar. Orang nak buat free marketing pun kena beli buku ke? 😆
BalasPadamSekarang ini saya tak seberapa sering beli novel Malaysia lagi, jadi tak terlalu kenal penulis2 yg sedang hype. Apalagi sejak pandemi saya absen 3 tahun full tak ke Malaysia, selalunya tiap tahun kesana.
BalasPadamTahun lalu nak ke popular Komtar, tapi dah tutup, batal beli novel.
Tapi zaman kuliah, saya sukaaaa beli novel Aisya Sofea. Dia penulis fav saya. Tak tahulah apa sekarang beliau masih aktif tak menulis?
Kalo penulis yg kakak tulis di atas, jujur saya blm tahu, belum baca bukunya juga. Teringin nak beli nanti. Tapi saya juga tak suka kalo isi buku terkait poligami. Bacanya ga sreg di hati 🤣
SA ada plan nak pi tapi banyak halangan plak masa tu...
BalasPadam