Dania ada kelas di kabin (berdekatan perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM). Kelas Dania jam 2 petang jadi saya drop Dania sebelum jam 2 petang.
Mula-mula hujan tak lebat sekali bila tiba kat Perkhidmatan Pergigian di PKU UPM ni hujan sangatlah lebatnya.
Sempat saya baca whatsapp. Apa? Appointment saya jam 6 Jun hari ini ditunda lagi?. Mesej tiba jam 2.02 petang dan appointment saya jam 2.30 petang??? Friendly reminder sehari sebelum pun saya dapat mengatakan appointment saya jam 2.30 petang 6 Jun 2024 padehal sebelum itu appointment saya sepatutnya bertarikh 7 Jun 2024, jam 10.45 pagi.
Kronologi kisah hari ni....(1 bulan saya set appointment ya)
13 Mei 2024 - Set appointment melalui whatsapp.
13 Mei 2024 - Dapat tarikh 12 Jun 2024, 9.30 pagi.
27 Mei 2024 - Dapat tarikh 7 Jun 2024, 10.45 pagi pulak sebab Dr ada dental Workshop pada 12 Jun 2024
5 Jun 2024 - Dapat whatsapp friendly reminder kata esoknya 6 Jun 2024, 2.30 petang ada appointment padehal sebelum ni 7 Jun 2024. Friendly reminder dihantar sehari sebelum.
6 Jun 2024 - Datang awal ke UPM sebab nak hantar Dania ke Kabin UPM (Berdekatan Perpustakaan Sultan Abdul Samad) kelas Dania kat situ. Hujan turun dengan lebat. Tiba PKU 2.10 petang sebab kena tiba 10 minit awal sebelum appointment jadi kena tiba sebelum jam 2.20 petang. Kira saya tiba awal la kan?. Check whatsapp. Aikkkk?? Appointment dijadualkan jam 2.30 postponed lagi? Hantar whatsapp jam 2.02 petang hari appointment. You tak rasa ke time tu I dalam perjalanan ke sini? Keluar rumah pun dalam 1.45 petang camtu. Kisahnya sebab kerusi pergigian untuk patient tu rosak tapi bagi saya bagilah ample time kan....sampai 4 kali ni dok tunda.....
Muka saya dah masam dah ni…pot pet jugak kata 4 kali ditukar tarikh. Ini tak boleh jadi kan? Takkan saya nak mengalah je kemudian balik. Appointment nanti entah bila pulak atau kena postponed lagi. π
Saya diminta untuk isi details semua dalam form dan saya disuruh tunggu di depan bilik No 2 / No. 4. Saya akan dipanggil diantara 2 bilik ni. Nasib baik appointment hari ni tidak ditangguhkan. Fikir-fikir balik ingat orang awam macam saya ni tak ada kerja lain selain dari menunggu appointment gigi ajer ke? Banyak lagi benda nak kena buat....π
Saya tunggu depan bilik ni tetapi saya dipanggil di bilik rawatan No. 4. Eh boleh pun buat rawatan....
Selesai scaling dalam 20 minit camtu atau lebih. Lepas saya, ada seorang pelajar yang datang. Bukan sesak pun.
Tunggu nak bayar perkhidmatan scaling gigi tadi kat sini.
Inilah harga rawatannya. Bagi saya berbaloi dengan harganya. Servis dari Dr Munirah pun bagus sebab awal-awal saya cakap saya takut. Haha....
Harga Dania scaling kat sini RM4 sahaja.....rugi kalau tak gunakan perkhidmatan kat sini untuk pelajar / staff. Orang awam macam saya kena RM80 (Scaling RM70 dan konsultansi Dr. Gigi RM10). Masih berbaloi berbanding klinik swasta ya.
Bahagian bawah tu kalau sakit selain pergigian la....demam ke, sakit telinga ke etc....
Parking depan Bahagian Perkhidmatan Pergigian ni tak banyak tapi mujur ada parking untuk saya. Kalau tidak saya kena parking kat bahagian bawah la. Dah la hujan lebat. Bila selesai barulah hujan berhenti.
Perkhidmatan Dr bagi saya cemerlang. Dr. Munirah ni baik dan lembut orangnya. TETAPI....saya bukan la orang awam yang boleh dibuat macam bola ikut suka hati kan......kalau sekali tukar tarikh boleh la....INI.....4 kali ya......4 kali. Nasib baik saya idak la mengamuk dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Itu bukan saya tetapi kena check betul-betul perkhidmatan yang diberikan. UPM ni pun laluan saya setiap hari Isnin - Sabtu. π. Orang awam pun anak saya kat sini.....ya belajar kat UPM ni.
Mungkin boleh diperbaiki lagi bab appointment ni. Bukan suka hati nak awal, nak lambat, nak tunda.....boleh?????. Kalau Dr ada hal kena workshop ke apa saya tak kisah. Takkan nak suruh yang set appointment tu scaling gigi saya pulak kan?. Marah nampak.....memang saya marah pun π.
Masalahnya….hubby saya takde masalah pun dengan appointment dia….takde pulak diawalkan, dilambatkan, ditunda….
Apa pun....gigi saya dah bebas dari karang gigi....
Orang awam yang kecewa dengan perkhidmatan pergigian UPM,
Eznaπ
aduhai sampai 4 kali ditunda.. dah lah tu waktu dah dekat sgt pon baru nak wassap tunda lagi.. kalau Ana pon mmg jadi baran cmtu herghh~
BalasPadamYa Ana...boleh jadi Hulk kat situ.....haha...tapi muka je ada sedikit masam. Bahasa pun elok je.....masih menjaga tutur kata cuma bising sikit je...Haha
PadamSgt berbaloi rate nya tu..if kat uia, hanya utk staff, tak cover dependants..dulu2 cover actually..
BalasPadamYalaah kak, 4x di reschedule memang buat emosi. Dikira kita tak sibuk apa.. dia reschedule jdwal, itu artinya kan kita juga ganti jadwal kita. Kalo ada yg penting macam mana..
BalasPadamBoleh sangat komplain utk yg begini. Saya pun akan komplain kalo dibegitukan.