Rabu, Jun 26

Terjumpa cafe baru....

Lepas hubby ambik saya, saya tinggalkan Dania sebab nak kena stay sampai habis program. Dijangka jam 5 petang nanti habisnya. 

Kami singgah di Haura Cafe. Tak pernah sedar ada cafe ni. Ni kebetulan hubby lalu sini nak ambik saya tadi ternampak cafe ni. Cafe kalau dalam UPM ni selalunya harganya memang harga student. Tak kiralah orang luar makan pun tetap harga student jugak. 



Disebabkan ni kali pertama....dok sibuk tengok la apa yang ada kat sini. 


Mee dan nasi lemak pun ada. 


Ada nasi goreng, nasi lemak bungkus dan makaroni goreng. 


Mee ada, kuay tiaw ada....eh eh banyaknya menu dia ya....


Luas jugak la cafe dia. Nampak yang ramai makan kat sini family. Maybe melawat anak kat UPM ni. 


Gambar berdua je la. Hubby makan pek yang saya dapat masa tengah tunggu Dania. Ada student approach saya pass kan pek nasi lemak dan satu mineral water. Terkejut la saya.....dia kata tak apa sebab memang banyak lebih. Saya makan makaroni dan hubby ada la ambik kuih-muih sikit. 


Lepas makan kena letak kat sini ya....


Kat UPM hari ni macam2 program. Agak busy jugak sebabnya hari sabtu ni hari kokurikulum untuk pelajar UPM. Kokurikulum kena ambil masa Year 1 sahaja. Alhamdulilah Year 2 Dania dah tak payah ambik kokurikulum dah. Kalau join Palapes @ Rotu tu sepanjang belajar tu kena ambil kokurikulum ni. Kawan Dania baru je berhenti sebabnya kata kacau pelajaran dia dan ada sekali tu lepas latihan Palapes....dia demam seminggu. Tudiaaa mungkin penat sangat kot. 


Nak balik kena lalu jambatan ni. Hubby kata buruk tak maintain. Saya kata jambatan ni yang ada pelajar nampak Kak Ponti....dekat2 dengan jambatan ni ada pokok yang besar. Rasanya pokok yang dah lama. 

Hubby pulak cerita ada tempat tunggu bas kat situ. Hubby terjatuh basikal depan tunggu bas tu yang masa tu punya ramai orang. Hubby cerita dengan muka tebal angkat basikal dan terus kayuh. Tak pandang kiri kanan dah. Masa ni hubby ambil Diploma di UPM ni sebelum sambung Ijazah di UTM pulak. Sekarang Diploma semua di UPM Bintulu. Kat UPM Serdang ni hanya ada Asasi, Ijazah, Masters dan PHD. 


 Tunggu Dania call kata dah habis baru saya gerak ke UPM semula. 
Petang ni ada kenduri kahwin dan malamnya ada owner warung buat open house warung dia mungkin sempena Raya Haji kot....





XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. Syoknya kafe ni banyak pilihan menu dan harga pun harga student. Untung siapa yg duduk dekat2 area situ kan, boleh cari port makan yg harganya berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah harga student Carneyz jadi alhamdulilah sangat berpatutan.

      Padam
  2. ooo i baru tahu ur hubby study kat upm yer dulu hehehh ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah you Diploma Sains Komputer kat UPM ni sebelum sambung Ijazah kat UTM pulak.

      Padam
  3. Whoaaa..saya suka cafe student..Harga student so jimat! ❤️❤️ Tak pernah Masuk UPM~

    BalasPadam
  4. Betul cafe di uni memang harga student dan sedap, sebab pernah rasa di few uni. Tak mengecewakan.

    BalasPadam
  5. wahhhhh best betul menu banyak & nampak selesa kemas bersih

    BalasPadam
  6. eh ehh ni haura cafe caw upm ke? kat sg petani pun ada haura cafe jg hehehe

    BalasPadam
  7. Banyaknya pilihan makanan.
    Cafe student memang best. Harga pun sangatlah berpatutan.

    BalasPadam
  8. Seronoklah jadi student dapat menu yang macam-macam.
    Rasa kat mana-mana sekolah/kolej mereka sudah dididik untuk letak pinggan cawan etc di tempat yang disediakan.
    Bagus macam ini.

    BalasPadam
  9. bagusnya ada restoran mcm ni...

    BalasPadam
  10. Paling suka jajan di kantin atau cafe dekat kampus Krn memang biasanya harga murah 😄👍. Dulu pun seriiing main ke USM hanya utk makan di canteen student nya atau cafe2 di sekitar situ 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...