Jumaat, Jun 21

Lewat sikit hari ni…..

Biasalah manusia ni kan....ada masa terlambat pulak. Hari ni Dania terlambat ke kelas sampai je kelas tengah berehat lepas tu lecturer nampak Dania tiba-tiba kata eh.....mungkin maksudnya eh tadi takde....sekarang ada.....😅. Lecturer ni lelaki tapi cepat kenal student dia dengan nama sekali. Hari ni kebetulan ada briefing aktiviti 'Sulam'. Aktiviti ni mereka kena ke sekolah di Jeram untuk mengajar student Tingkatan 5 Perakaunan. Dijadualkan mereka ke Jeram tu masa study week. Satu hari je la diantara 1 Julai 2024 - 7 Julai 2024. Kata Dania kelas Dania terpilih untuk aktiviti ni. Patut pergi awal lagi tapi sekolah tu ada exam pulak. Dania kata Dania bertugas sebagai kakak fasilitator. 

Dania nak menyimpan dulu alat-alat solek dia....bedak etc....haihhhh la...ni pun ambik masa jugak......Dania punya motto 'Better Late Than Never', kalau saya la terbalik....'Better Never Than Late'. (ni ditambah ya. Takde pun ayat ni. Kalau saya la dah lambat memang tak datang la kelas....kisah dulu ya sebab selalunya lecturer garang😅  tak pun kena tutup pintu. Tak boleh masuk kelas dah). 



Sementara itu....hubby ajak minum pagi dulu. Saya tiba la kat rumah. Ingat kot hubby ada kat rumah....rupanya dah ada kat LC (Line Clear) Putrajaya. Lepas tu terus ke LC Putrajaya dan order siap2 air dan roti tampal. 

Saya tiba tu roti tampal dan air dah siap. Hari ni hubby pakai baju batik sebab hari khamis. 


Tunggu hubby gerak dulu sebelum saya pun balik. 


Saya dapat parking kat sini. Selalunya area Presint Diplomatik ni cukup payah dapat parking. Memanjang je penuh. 


Elok je kat rumah jap....dah nak kuar balik ambik Dania pulak. Begitulah rutin hari bekerja.....tapi....saya menyukainya....😊





XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. Saya macam sis Ezna jugak kadang2, kalau dah lambat sangat mmg saya tak turun kelas melainkan ada alasan munasabah hehe.

    BalasPadam
  2. wah penuh jugak jadual u ezz ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadual I ikut jadual Dania.....malam ni pulak ada training untuk Cak Lempong. So, nak kena hantar ke main campus la malam ni.

      Padam
  3. alamak.. MA pun sama mcm Ezna & Carneyz kot... kalau lambat tu memang emmm..

    BalasPadam
  4. Sempat lagi berdating tu hihi 😁
    Kita dulu kalau lambat malu nak masuk kelas hihi ... Tapi skrg mostly lecturers sporting, jenis cool je. Kadang boleh jadi kawan tu yg seronok tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dating tu sempat lagi selitnya sebelum hubby masuk kerja. Lecturer sekarang kebanyakkan tak macam dulu dah. Huiiiii lecturer saya ada yang garang sangat....

      Padam
  5. kita sama ezna...kalo dh lambat ...mmg bye2 la tk pi trus haha

    BalasPadam
  6. Saya suka jadual pack, minda akan sentiasa aktif berfikir what next...lepas ni buat apa dan seterusnya.

    BalasPadam
  7. Saya dulu termasuk student patuh, tak pernah telat 🤣. Krn waktu itu tak nak bagi kesan Indonesian student suka telat, atau sering failed. Jadi betul2 fokus belajar, fokus kuliah, demi cepat lulus 😄. Jadi lecturers dah tahu kalo saya memang serius saat belajar 🤭😄. Padahal zaman sekolah nakal jugak. Adalah absen tak nak masuk kelas sesekali.

    Itu bedanya kalo sekolah di negara sendiri, dan sekolah di negara orang 🤣. Di negara orang, berubah jadi baik 🤭

    BalasPadam
  8. Wahhh... very energetic. Tak terikat dengan jadual ofis 9-5
    Boleh plan waktu sendiri.
    Seronoklah macam ni sebab still bekerja sebagai peneman anak.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...