Khamis, Jun 6

Alang alang menghantar coklat......

Dania untuk subjek Agribusiness Accounting kena menjual apa2 berkaitan Pertanian dan kumpulan Dania menjual coklat Beryl's. Nanti kena sediakan buku jurnal dan catatan yang berkaitan. Memang wajib menjual jadi ada kelas Dania yang menjual chocotub, kerepek, sandwich etc.

Tugas Dania kena order coklat yang dibeli dan menyimpan coklat yang dibeli kat peti ais rumah saya. Setiap ahli kumpulan ada tugas masing-masing. Lecturer akan memberi RM100 dan setiap kumpulan kena kembangkan la perniagaan masing-masing. Dania pun ada promote kat kawan-kawan sekelas dulu masa asasi, kawan sebilik, aunty Dania (adik-adik saya) dan kawan baik Dania Zalilah masa sekolah menengah. Zalilah membeli 2 pek. 1 pek ni ada 10 biji berharga RM7. Jadi, alang alang menghantar 2 pek coklat ni....ada lagi makanan nak bagi kat Zalilah.  Kumpulan Dania dapat capai RM200++ keuntungan menjual coklat Beryl's ni. Alhamdulilah. Tak kisah la untung banyak mana supaya nanti dapat lebih la markah sebab berjaya kembangkan jualan. 

Dah selesai dah menjual 'Coklat Anak Abah' ni. 



Jagung yang dipetik sehari sebelum saya jadikan......


Cucur jagung. Zalilah suka cucur jagung yang saya buat ni. Hehe....tapi sungguh....Zalilah kata cucur jagung Aunty Ezna sedap. Saya masukkan cili merah, bawang holland sikit, serbuk kunyit sikit, bawang kecik, daun bawang dan garam secukup rasa serta tepung gandum dan air. 

Zalilah rasa masa saya tapaukan untuk Dania masa sekolah dulu. Buat lebih dan kebetulan masa tu baru balik Cameron Highland. Jagung yang kami beli tu manis. Semenjak itu kalau saya letak kat story IG....pernah la Zalilah komen teringat kat cucur jagung aunty. 

Inilah kejadiannya. Saya potong2 kecik supaya Zalilah senang makan. 


Special ni tau hantar coklat takde caj penghantaran. Dalam paper bag ni sekali dengan cucur jagung. 


Singgah sekejap je. Zalilah bercuti sebelum masuk balik Unisel. Rasanya dah masuk dah ni. 


 Selagi mana kita boleh happykan orang lain dengan benda kecik kita buat.....kita buatlah....
Selamat makan ya....





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. memang nampak sgt sedap la cucur jagung u tu ezz!! i pun terliur hahahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dania pun suka cucur jagung jugak....I rasa macam biasa je Suzz....Hehe....kesian pulak you terliur....

      Padam
  2. wahhhhh untung tu siap dpt cucur jagung! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 in 1 lagi Zalilah dapat. Rezeki Zalilah....

      Padam
  3. Well done Dania & team 👍
    Kdg kecik bagi kita tapi besar maknanya utk si penerima...
    Tapi sebenarnya kita yg lebih bahagia kan, bila kita bahagiakan org lain :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....rasa bahagia je. Benda kecik je kita buat tu.....

      Padam
  4. alhamdulillah...rezeki Zalilah dapat makan jujur jagung...anak-anak linda tak suka sangat jujur jagung nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu kita buat cucur yang anak2 suka la....banyak jenis cucur lagi....

      Padam
    2. a ah..linda selalu buat cucur biasa je...tu pun bawang merah kena racik halus2...ikan bilis letak sikit ja..yang tu pun kadang2 dipilih-pilih...hahaha

      Padam
  5. sedapny cucur jagung..beli choc dpt cucur sekali... alhamdulillah

    BalasPadam
  6. Sedaaaaap pasti bakwan jagung 🤤🤤😍👍. Makan dengan sambal kacang kalo disini kak. 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...