***Dedikasi buat semua peminat Teme Abdullah.
Masa 1 Jun 2024, kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Pertama sekali Dania pilih novel Bayang Sofea. Dania kata ramai kata novel ni best. Lepas tu tanya la staff kat situ Teme ada kat PBAKL ke? Staff jaga situ kata ada di mana Teme kat lantai atas. Ada Meet and Greet tapi dah full la slot dia. Bila saya tanya macam mana rupanya? Katanya pakai cermin mata dan pakai pelitup muka. Macam Alan Walker la ni cumanya Alan Walker tak pakai cermin mata jadi kalau jumpa mana-mana mungkin kenal dari bentuk mata. Teme Abdullah ni?. Susah nak kenal kalau jumpa kat mana-mana pun.
Pada 3 Jun 2024, kebetulan Teme Abdullah dijadualkan datang ke Popular di IOI City Mall. Ada rezeki boleh la jumpa TAPI......ada tapi ya....tiket nak meet and greet Teme Abdullah dah taken sebanyak 200 slot. Free je kena daftar melalui google form. Saya dan Dania tiba di IOI City Mall jam 10.40 pagi macam tu. Masa naik escalator dari parking bersama-sama dengan staff untuk event Teme ni jadi macam2 saya tanya. Haha....
Meet and Greet bermula jam 11 pagi tapi.....crowd dia punya panjang macam ni ya.....percaya tak?....
Saya dapat shot paling dekat sebab yang jaga pintu masuk tu staff yang naik dengan saya kat escalator. Hehe. Saya kata dik boleh tepi sikit tak nak ambil gambar ni. Terjengket-jengket la saya ambil gambar Teme.
Masa ni memang ramai yang ambik gambar depan ni. Mulanya saya tak perasan penulis dah ada tapi tanya-tanya yang mengambil gambar kat sini rupanya Teme dah tiba. Awal tibanya dari dijadualkan.
Ini pula di sebalik cermin ya. Figura Teme dari arah belakang.
Lagi gambar. Kat belakang ni pun ramai yang menunggu di sebalik cermin ni.
Dania punya idea untuk ambik gambar. Ummi pun ambik gambar gaya ni. Lepas tu terdengar ada yang cakap eiii creative la aunty tu ambik gambar macam tu. Lepas tu dia pun ambik gambar gaya gini jugak. Hehe.
Kemudian, saya dan Dania beli dan makan la snek untuk lapik perut dulu....makan kat tepi kolam dalam IOI City Mall tu.
Lepas makan, kami naik lagi. Haha....saya snap lagi gambar kat depan pintu masuk Popular ni haa.....depan ni ada beberapa orang yang kawal ya.
Terjengket-jengket saya. Kali ni takde sesiapa kat depan ni. Mungkin disuruh mengosongkan area sini tapi saya selamba ambil gambar seberapa snap dari phone yang boleh. 😅. Dania tunggu tepi je....idak la seberani ummi ni haa.....untuk anak apa sahaja tapi yang baik-baik ajer tau.
Ada Teme melambai tak dapat captured dalam ni samada saya terkedu atau bila time snap tu tak tangkap bab melambai tu. Maklumlah saya juga memegang novel Bayang Sofea ni.
Sesekali membetulkan pelitup muka. Mungkin juga nak menyembunyikan wajah tak nak terlalu reveal atau nak menyembunyikan telinga.
Mesin scan ni kacau je jadi tak nampak la secara jelas ya....
Gambar last dah sebelum balik. Ok puas hati tak Dania?. Ummi buat untuk Dania ya....tiba-tiba terngiang-ngiang lagu Apa Saja nyanyian KRU.
Sesekali melayan minat anak.....sebenarnya Dania tak baca lagi novel ni setakat hari ni sebab sibuk menyiapkan tugasan universiti. Tunggu masa yang sesuai....sekejap je tu. 4 novel Inggeris yang tebal yang dibeli masa 'Serigala Besar yang Jahat' dah habis baca 2 dah. Memang Dania ni minat membaca la. Tak sia-sia ummi belikan buku masa Dania kecik2. Kecik dalam umur setahun lebih....bermula dengan flash card. Sampai ke besar ni minat membaca.
Siapakah seorang Teme Abdullah? Berpenampilan memakai pelitup muka dan bercermin mata...kat dalam IG ke TT ke tak nampak muka pun....Boleh click sini.
Ada peminat Teme Abdullah kat sini?
Ezna
saya minat juga Teme... Tapi lagi minat Ramlee Awang Murshid
BalasPadamOh....pernah dengar nama penulis ni. Boleh dikatakan dikenali jugak ni.
Padamsebenarnya Teme classmates saya *lariiiiiiii* :P
BalasPadamEhhhh ya ke?.
PadamRamai betul peminat dia kan... Mungkin dia rahsiakan wajahnya so org lagi teruja nak bertemu kot hehe...
BalasPadamKalau baca sebab dia nak review ikhlas dari pembaca dia. Teme tu sebutan Teme bahasa Kelantan. Kalau tahu dia Teme sure orang review yang baik2 ajer....ada lagi sebabnya.....ada kat click post bawah sekali.
Padamkita baru tau psl Teme ni bila baca kt IG ada yg share...sblum tu tnya tisya juga....tk sangka ramai peminat..untungla ezna dpt snap gmbr dekat2 tu walaupun terjengket2 ye hehe
BalasPadamRamai betul peminatnya Amy. Buku kalau beli online dah sold out. Nasib baik Dania cari buku ni dulu kat PBAKL. Tapi tu la beli banyak novelnya nak Final Exam bulan 7 ni Amy....hehehe.....
PadamTisya pun minat ya? Terjengket-jengket tu harus....haha....
Saya salah seorang peminat Teme. Cuma beli 3 buah buku je. Masa awal-awal beliau menjadi penulis. Sekarang sambung ke anak pula. Hihihi. Sayangnya anak-anak saya terlepas pandang nak isi Google Form tu ha. Konon nak beli buku "Bayang Sofea" yang kebetulan release pada bulan lahir anak-anak saya. Dan... kebetulan pula nama anak saya Sofea. Nak bagi hadiah kononya... sekali, maknya bizi... terlupa habisss... beginilah nasib si peminat Teme. Terima kasih snap gambar :D
BalasPadamOh oklah....dedikasi post ni untuk peminatnya....kalau dekat google form tu katanya cepat je penuh. Bayang Sofea pula kalau kat page Teme tu macam kata dah sold out. Mungkin akan diulang cetak pulak. Kalau kat Popular atau kedai buku lain mungkin ada.
PadamSetakat yang boleh zoom je phone ni....Nasib baik besar dan sharp jugak gambarnya....click pun laju-laju je.
Gigih sis =)
BalasPadamItulahnya.....tak sangka la pulak.....anak yang minat tu dok tepi je....dia tahu ummi dia mesti gigih snap2 berbanding dia. Haha....
PadamKenapa yaa beberapa public figure ini menyembunyikan wajah mereka. Apa nak kasih kesan misterius kepada fans 😄.
BalasPadamPenasaran nak baca bukunya. Judul buku dia mengingatkan saya dengan salah satu penulis Malaysia yg dulu zaman kuliah saya sering beli buku dia, Aisya Sofea.
Wahhh Aisya Sofea ya kakak tahu penulisnya tapi tak pernah baca bukunya...hehe.....Ya lah public figure ni pingin kehidupan yang tenang tenang aja. Mungkin yang sorokkan muka ni bila pergi mana-mana tidak ada sesiapa yang tahu keberadaannya. Kalau fans tahu mukanya pasti diikut....mungkin ya?
PadamMcm ada gak ternmpk org share2 kisah teme ni kat newsfeed...org msia ker ni ezz? Unik dan kreatif la pakai topeng tak bg nmpk full pic hehe
BalasPadamOrang Malaysia ni Suzz. Dia kerja arkitek kat firm di London katanya. Sebelum tu study kat UK. Balik Malaysia nak ke PBAKL meet and greet. Pernah katanya terjumpa Khairul Aming kat negeri kelahirannya. I suspect terjumpa kat Kelantan la kot (Ni hanya andaian sebab takde pulak diceritakan negeri mana). Lepas tu nama Teme tu loghat Kelantan yang bermaksud Teman. Lain2 macam misteri je I rasa.
PadamSemakin meminati… puaslah dok ingat dia ni pompuan
BalasPadamYa betul ada juga orang ingatkan dia ni perempuan. Dah namanya misteri jadi kita berteka-teki je la sehingga dia tunjuk diri dia tapi mata + mulut + telinga pun ditutupnya.
PadamMemang misteri. Cuma tak boleh lawan ke-misteri-an Hlovate. Sampai ke sudah orang tak tahu even jantina dia. Apa lagi umur. Meet and greet? Jauh sekali. Sayang sebab belum ada buku terbaru dari dia :(
BalasPadamTudia lagi misteri tu....lelaki ke perempuan ke?
Padamlinda memang jenis membaca je..takde sampai minat...sama macam pelakon jugak...tak igt pun nama..lagi2 yang baru2 nie
BalasPadamYg ni fenomena sungguh. Mungkin sebab tak tunjuk muka jadi orang lagi nak tahu siapa gerangannya....
PadamHalo permisi saya dari indonesia tersesat disini hehe
BalasPadamSilakan berkunjung ke blog ni. Terima kasih sebab sudah mampir....
Padam