Selasa, Jun 18

Kisah mengintai lembu korban dan makan-makan

Lembu korban dah tiba.....kemudian kami pun datang la nak tengok lembu yang bakal dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha. Insya Allah inilah lembu kami tahun ni. 1 lembu ada 7 bahagian. 1 bahagian di atas nama saya. (Insya Allah rotate setiap tahun nama bahagian ni...saya...hubby....Dania kalau ada rezeki lagi). 

 

Lepas tu kami makan dulu kat Salam Noodle yang terletak di Putrajaya. 


Order dumpling ayam. Akhirnya ada beberapa yang kami tapau ajer. 


Mee dengan kuah kari kambing pilihan Dania dan ayahnya. 


Salam Noodle ni takde bihun hanya ada mee je jadi saya mee dengan isi sayur-sayuran seperti lobak merah, timun, pak choy dan cendawan. 


Menu di Salam Noodle. Halal ya....masakan cina muslim. 


Nak rasa yang ni tapi dah ada orang borong. 


Kami ada round juga area Nilai sebelum singgah rumah adik di Cyberjaya sebab adik saya kat Kelana Jaya kirimkan ini untuk saya. Alhamdulilah. Dapat la 1 ketupat palas frozen dan rendang ayam. Alhamdulilah. Settle dah Hari Raya Aidiladha. Adik saya suruh pilih nak rendang ayam @ daging dendeng. Disebabkan saya akan dapat daging korban nanti....jadi pilih renang ayam je la. 


Alhamdulilah untuk rezeki hari ini. 😊

7 ulasan:

  1. Salam aidiladha kak..
    Alhamdulillah, rezeki tahun ni...InsyaÁllah semoga setiap tahun ada rezeki untuk korban..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidiladha Nieyl. Aamiin untuk doanya. Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki.....

      Padam
  2. Selamat Hari Raya kak sekluarga... Moga diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidiladha. Aamiin untuk doanya. Terima kasih. Moga doa ini dibalikkan juga buat Hanni.

      Padam
  3. baru semalam terbaca kat FB... resto2 chinese food halal yg sedap. salam noodle ni salah satu yg best... sy x penah try lg

    BalasPadam
  4. Ya ampuuuun kalo dekat salam noodle ini, saya visit pasti 😅. Paling sukaaa kalo makan noodle ala Chinese begini. Lebih cocok buat saya

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...