Selasa, Jun 4

Kisah di Universiti

Masa ni Dania nak present untuk subjek Academic Interaction and Presentation. Pakai elok la baju pastel ni dengan tudung warna senada. Baju siap gosok tapi kedut sebabnya Dania pangku beg tu. Jadi tersenget pulak kainnya. Saya suruh betulkan sebelum masuk kelas. 



Ni muka lepas ambik. Alhamdulilah lepas habis presentation, Sir Hazel Adria announce Dania jadi best presenter dengan seorang lagi student. Ada la seramai 20 orang lebih camtu present hari yang sama. Ada chance la carry marks tinggi. So far carry marks Dania untuk English ni memberangsangkan. Alhamdulilah. Tunggu 1 lagi je final presentation dengan group. 


Ni pula masa nak test 2 Agribusiness Accounting. Tengah sebu2 perut sebab takut sangat. Padehal dah belajar tu. 


Ni masa ambik balik. Hehe macam excited je ummi datang. Siap berlari lagi 😅. Test macam mana?....hmmm ada yang tak confident....hmmm ummi dengar nak happy ke nak takut ni?. 


Ummi ajak minum petang kat He & She. Terasa macam nak makan pastries je dan nak bersantai. Akhirnya....taraaa......minum petang mom and daughter. Hehe. 


Ambik gambar dulu ya. 


Salted egg croissant saya ni dalamnya ada salted egg juga. Dania kata sedap. Saya rasa pun sedap jugak. Kek Dania je saya tak berkenan sebab kek Red Velvet. Saya rasa sikit je. 


Ini pula masa saya rasa nak makan Yee Mee kat Umai @ Serumpun, UPM. Order la egg Yee Mee ni. 


Dania order makanan Chinese Muslim. Nama dia Cold Mee. Ada potongan nipis lobak merah dan ayam. Ada juga serbuk cili. Mee ni memang sejuk pun. Bila gabung semuanya sedap pulak rasa mee ni. 


Terjumpa ex classmate Dania masa Asasi dulu Kelas K18, Dini namanya. Dini ni apply Pendidikan tapi takde rezeki. Dapat Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Actually masa time Dania dulu Pengarah Asasi tak menggalakkan ambik course di Program Bahasa ni sebab student Asasi yang masuk sini dari kelas Sains Tulen. Mereka menggalakkan masuk ke bidang Sains. Kalau apply pun katanya chances nak dapat tu slim sebab bagi peluang kat student Sastera apply course ni tapi Dini ni dapat je. Dini cakap tak minat dah nak ambik yang berkaitan Sains. Takpelah dah dapat dan tak minat sains dah jadi bila dapat tu ok lah kan. Lawa budaknya....hidung mancung, berkulit cerah dan ada lesung pipit pulak. Kulit pun licin je....Dania kata Dini ni pakai lipstick yang light je selalu masa kat kelas. Tak pakai make up pun lawa. Memang natural beauty la bagi saya. 

Sempat juga Dini bersalaman dengan saya dan Dania sebelum naik bas nak ke kelas. Dini cakap dah lambat nak ke kelas tapi masih ada masa nak bersalaman dengan saya dan Dania. Moga Dini berjaya dalam pelajaran Dini ya....tak kisah la line mana yang kita pilih. Dania kata cam tudung Dini ni sebab pernah pakai masa aktiviti amali Pertanian. 


Gitulah kisah saya kalau Dania ada kelas. Laluan saya dalam UPM ni je. Hehe. Kadang kalau kawan Dania yang cam kereta saya ni akan lambai2 la saya. Kadang saya straight je. Takde masa tengok kanan dan kiri sebab bawa kereta kan. Unless la kawasan tu boleh bawa slow2. Tak banyak kereta. Tapi....kadang2 bila orang lambai....eh siapa pulak yang melambai tu?. Nak nak kalau jauh kita pun mata kena kecik besar kecik besar tak cam jugak siapa yang melambai 😆. Tapi.....aunty Ezna tak sombong tau.....





XOXO,
Ezna

 

7 ulasan:

  1. Congrats dania dpt best presenter.keep it up!memang lawa betul dini🥰dlm kelas i pun ada student yg muka lawa2..i suka tgk sbb cantikkkkk boleh jd model pun those yg lawa2 ni😁🤩

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..suka tgk relationship mother - daughter you berdua.....closed sgt..

    BalasPadam
  3. anak dengan mak dah macam best friend je.. ngeteh sama sama.. riadah sama sama...bestnyaa..

    BalasPadam
  4. bestnyaaa la hai mak & anak mcm adik kakak aje ngeteh sesama hehehe

    BalasPadam
  5. seronoknya bonding macam nie..harap2 linda pun dapat bonding kuat macam nie dengan anak-anak..aamin

    BalasPadam
  6. Kita sama, tak suka red velvet 😄😄. Maniiis sangat kue itu hahahaha. Makan satu suap dah cukup 😅.

    Selalu sukaaa lihat kakak dan Dania kalo sedang berdua. Harap2 saya bisa sedekat itu juga dengan anak 🤗

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tahniah Dania! Sebak plak bila tengok anak sebesar Dania. Soon anak Syaza pula camni :') Selalu ajak dia dating lepas balik sekolah. Dalam masa sama Mak dia nak melantak hahaha

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...