Jumaat, Jun 7

Berdua di Cafe Nanas Montel

Kemudian, lepas ke Pasar Borong Selangor....kita singgah area MAEPS, Serdang la pulak sebab nak singgah Cafe Nanas Montel. Nama cafe pun.....

Order la 1 bungkus nasi lemak kat sini. Makan punya makan tiba-tiba takde selera jadi hubby tukang makan la. Hehe....biasa buat kerja camni....



Tempat makan kat sini di bawah pokok yang rendang tapi batang dia takde la besar2. Idak takut juga nak duduk bawah pokok ni. Seronok makan kat sini dengan kadang2 dengar bunyi burung bersiul, tepi tasik, kehijauan sana sini.

Kalau tengok kat belakang tempat Dania dan kawan sebilik dulu menginap selepas habis paper last asasi. Tempatnya macam Kontena. Nafas Cube nama diberi. Booking 1 Kontena family dan duduk 6 orang. Ada 1 katil queen dan 2 katil single. Jenuh berhimpit la tapi nasib baik semua kecik2. 


Order juga popia nanas. 


Kami berdua je lah. Anakanda dah siap dah sarapannya tu. Ayah dia teringat kat Dania jadi belikan jugak jus nanas. Satu ni saya punya. Hubby order air panas. Bagus betul phone hubby ni. Guna phone hubby ambik gambar semua sebab sendiri punya phone tertinggal kat rumah....haihhhh.....tapi.....errr muka nampak pakai setepek foundation ya....padehal pakai bedak debu biasa je. Filter kuat phone ni....lipstick tu je warna nak sama dengan lipstick yang dipakai. 


Close up Popia Nanas. Ada juga karipap nanas tapi dah habis pulak. 


Cafe Nanas Montel 
Jalan Teknologi, 
43400 Serdang,
Selangor. 

Hari ni memang hari yang produktif sungguh. Ada 2 tempat nak singgah lepas ambik Dania dari Uni ni. 





XOXO,
Ezna

 

4 ulasan:

  1. Comel nama kafe-nya. Dah dekat dengan rumah ni. InshaAllah bebila bolehlah singgah ^^

    BalasPadam
  2. Nmpk cozy la ambience natural gini..i likeeee

    BalasPadam
  3. Kenapa montel? 😌

    Duduk makan kat bawah pohon yang rendang memang best.

    BalasPadam
  4. Hahahaha saya tak terlalu suka juga kalo hp banyak filter. Nampak beda betul rupa. Takutnya saat ketemu asli , tak mengenali pula 😅

    Popiahnya nampak sedaaaap 🤤. Saya sukaaaa sangat popiah goreng seperti itu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...