Setiap kokurikulum kena mengadakan satu program jadinya Kokurikulum Usahawan Siswa ni kena menjual. Kebetulan kawan sebilik masa asasi, Corina ni ada membuka booth jadinya biasalah Dania ni memang dia akan support kawan-kawan. Kami ke sini selepas Dania selesai Kokurikulum Cak Lempong.
Program Cak Lempong nanti akan berlangsung pada 22 Jun 2024 nanti. Program Melody Hunt : Cak Lempong Workshop & Explorace.
Ini adalah jualan dari booth Corina. Corina dan group dia menjual Nachos dan juga Fries.
Serius nampaknya Corina. Hehe.
Kali ni Corina dah senyum dah. Corina dah biasa dengan Aunty Ezna ni....asal ada je bergambar....kalau bergambar je Aunty Ezna la tu. 😅
Corina tengah siapkan Nachos Dania.
Jom bergambar satu group jom. Masa ni makanan saya dan Dania dah siap dah.
Singgah pula beli air kat sini. Panas sangat cuaca jadi beli la air yang sejuk sikit. Saya beli air soda herbs ni.
Makan la dalam kereta fries ni. Fries ni ada sos cili dan mayo. Harganya RM2.
Ini pula Nachos Cheese. Cheese tu cair dengan torch api tu. Ini tinggal sikit sebab Dania dah makan kebanyakannya. Baru la saya nak ambik gambar.
Masa ni crowd tak ramai lagi sebab hari sabtu selalunya pelajar ada kokurikulum. Mungkin menjelang tengahari ramai la....
Boleh la lapik perut sementara hubby tapau Nasi Ayam Melaka kat PJ. Nak beli pun kena tunggu selesai kereta oren kami kena servis. Ada kereta ni nak kena la servis kereta kan....Kereta kami ni servis setiap 10,000km sekali. Selalunya dalam setahun tu satu kali je servis atau 1 tahun lebih sikit baru servis. Kalau cover tempat dekat-dekat je.
Dah selesai servis barulah hubby pergi membeli tapi on the way balik jam la pulak LDP hari Sabtu ni jadi lambat lagi la kami nak makan....Nasib baik dah lapik perut ya....
XOXO,
Ezna
Ramai pelaris tu.... laku lah nampaknya
BalasPadamMoga laku la hari tu UG.
PadamWah..seronok nya..bagusnya ada even mcm ni
BalasPadamSeronok juga MA. Event kat Uni ni macam-macam.
PadamKeta u memang tak travel jauh2 la yer..keta i ni memang heavy travel so service setiap 3 bln ni💸💸💸
BalasPadamAh ah Suzz sebab kereta I kecik je jadi kereta jalan dekat2 ajer. Pernah la balik Kedah pakai kereta ni tapi sekali je kot sebab nak test. Tapi....kereta brand I ni memang service dia setiap 10,000km sekali service. Kereta yang SUV/MPV lagi satu brand yang tu service setiap 5000km sekali service.
PadamSaya sukaaa kalo ada event jualan seperti ini..langsung semangat juga nak beli2 😄😄. Apalagi kalo banyak makanan yg dijual ðŸ¤ðŸ¤¤
BalasPadam