Jumaat, Jun 28

Berdua di depan kubur

Hari ahad 23 Jun 2024 baru-baru ni Dania ada kelas kat Fakulti. Rajin pulak lecturer nak buat kelas. Lepas hantar Dania....saya dan hubby pun nak pergi breakfast. Dania kalau kelas pagi breakfast dia memang dah sedia siap-siap dah. 



Sunyi je Fakulti tak ramai orang. Masa datang ni Dania orang kedua. 


Tajuk post ni berdua di depan kubur kan.....ada kena mengena dengan entry makan ni. Sementara itu, saya dan hubby makan nasi lemak kat warung depan kubur. Hubby punya order. Sambal agak pedas jugak. 

Nasi lemak telur mata. 


Saya punya. Kalau ikutkan saya suka lauk paru lagi tapi dah habis. Paru dia punya garing. Sedap. Akhirnya lauk sotong pun boleh jugak la. Sedap jugak. 

Nasi lemak sambal sotong. 


Beli jugak karipap 3 biji. 


Hubby lepas ni ada game bowling pulak kat Bangi Gateway mewakili pasukan surau. Nama group Abang Pencen. Kuang....kuang.....kuang.....2 orang ahli lagi dah pencen. Hubby je belum pencen. Lepas tu nama samaran pulak 'Abang Bol'. 😆 Ye lah nanti nak ada nama kat game kan....

Saya tak pergi tengok la kot sebab nak standby Dania balik kelas pulak nanti. 


 Nanti lepas ambik Dania, since hubby pun main bowling, saya dan Dania akan ke IOI City Mall. 

Oh ya Warung Depan Kubur ni beralamat di :
Lot 9043 No. 4 Batu 5 1/2 rkt Desa Putra Sg Merab
Kampung Sungai Merab Hulu
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan. 






XOXO,
Ezna

24 ulasan:

  1. tajuk tu kan. suspen je kan. hehehe..

    BalasPadam
  2. Seronok boleh buat aktiviti macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila anak dah besar boleh la buat aktiviti yang kita suka.....flexible sikit la....

      Padam
  3. sedapnya nampak nasi lemak tu. lembut je nampak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap juga nasi lemaknya. Sebenarnya suka nasi lemak yang tak lemak sangat dan nasi lemak ni sedap sebab tak la lemak sangat.

      Padam
  4. Sg Merab banyak tempat makan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya banyak Mulan. Tak cover lagi kebanyakkannya. Banyak jenis warung.

      Padam
  5. kat PD pun ada satu kedai ni..nama pun lebih kurang, nasi lemak depan kubur.. dap jugak but bila dgr nama pun..emm, serrammm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya ke MA. Kalau lalu PD kena singgah la nak try nasi lemak dia.

      Padam
  6. sedapnya kalau dapat lauk paru.. favourite Cuya tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya akak nak paru gak sebab paru dia rangup. Habis dulu yang tu....

      Padam
  7. Ala cute nya nama abg bol🤣🤣🤣🤣awalnya ur hubby join group org2 pencen tu ezz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tu yang I gelak gak tu you. Awal dia masuk gang ni....Haha padehal beberapa tahun lagi nak pencennya.....

      Padam
  8. Saspen je tajuknya hihi...
    Tak silap dekat PD pun ada nasi lemak kubur :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah PH Mummy Ayu pun kata ada. nak kena try gak nasi lemak situ. Tajuknya memang suspens. Memang depan tu kubur....

      Padam
  9. Balasan
    1. Takut kan UG tapi rasa nasi lemaknya tak setakut nama entry ni. Hehehe....

      Padam
  10. ingatkan pergi kubur, rupanya breakfast kedai makan depan kubur.. nangis saya

    BalasPadam
  11. Sedap tuuu bekpes...Gambo kuburnya mana 😂

    BalasPadam
  12. suspen betul tajuknya! tp nampak nasi lemak terus hilang suspen hehe

    BalasPadam
  13. resto chef wan pn dpn kubur jg larissss😁😁

    BalasPadam
  14. Hahahahah, tak apa click bait sikiit kak 😄. Aisssh nasi lemak. Dah rindu lagi makan itu 🤣🤣. Kemarin mau cari nasi lemak depan kubur yg sering dimakan Wak lalat, tapi tak jumpa.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...