Khamis, Jun 6

Bahagia seorang isteri kerana ...............

Dania ada kokurikulum hari sabtu. Kemudian kokurikulum Cak Lempongnya lecturer buat 2 sesi sekaligus jadinya jam 8.00 pagi - 1.30 petang. Kalau sesi biasa sampai jam 11 pagi je. Saya dah siapkan bekal Dania wrap dan nanti break nanti boleh makan spaghetti. Spaghetti dah tak nampak sebab saya tabur daun sup banyak. Spaghetti ni pulak jenis Angel Hair yang nipis tu. Bab makanan Dania dah tak payah membeli dah. 



Bye Dania.....jumpa 1.30 petang nanti. 


Gambar Dania main Cak Lempong ummi yang mintak. Errr ada nampak Cak Lempong tak? 😅. Tak puas hati langsung gambar yang Dania ambik ni. 😅


Lepas tu kat jalan belakang UPM ni boleh tembus ke Pasar Borong Selangor kat Seri Kembangan. Bagi saya harga kat sini berbaloi berbanding Pasar Tani. Kalau nak beli sikit2 better kat Pasar Tani la. Ni stok untuk 1 bulan atau kurang la. 


Lalu kat bahagian ketam ni. Yg mana jantan yang mana betina?
Coklat kusam ni yang betina dan yang kebiruan ni ketam jantan. 


Nak kenal ketam jantan dan yang betina ni senang je. Pusingkan ketam ke bahagian belakang. Kalau macam tudung periuk lebar ni ketam betina. Kalau corak memanjang tu ketam jantan. Kenapa nak pilih ketam betina?. Lazimnya ketam betina ni isi dia lebih banyak daripada ketam jantan. 

Dapat sesuatu?. Chewahhh macam pakar motivasi pulak....


Pilih sotong pulak. Panjangnya sotong yang suami pegang ni. 


Ada sotong bersaiz kecil dan saiz panjang. Kami beli yang saiz panjang ni 2 ekor. Boleh buat 4 hidangan jugak la. 


Pisang ni pun beli. Awal-awal dah cakap dengan hubby nak buat cekodok. 


Beli juga cili api dan cili merah. 


Ni beli ikan ni 6 ekor. 


Tadi yang dibeli sotong kurus tinggi. Tiba kat sini ternampak sotong gebu ni pulak. Kena survey-survey juga dan boleh la untuk tawar harga. 


Beli juga udang kat sini. 


Top up sedia ada bawang putih dan bawang merah juga bawang holland. 


Sepapan petai ni berharga RM2 ya. Saya tengok je petai ni dan hubby pun beli la 3 papan. Total RM6. Nampak ada jugak tempoyak kat situ tapi tak beli lah. 


Bahagia seorang isteri kerana hubby membelikannya petai. Haha.....petai pun boleh buat isteri bahagia apa....lepas membeli belah settle kami nak minum la pulak....kami singgah yang berdekatan dengan UPM je....kat mana tu? Lepas ni ya....





XOXO,
Ezna

 

16 ulasan:

  1. Rajin Ezna beli barang basah di Pasar Borong. Lama saya tak pergi pasar borong, biasa ke kedai runcit atau pasar malam sahaja takpun ke Pasaraya NSK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasar Borong ni dekat dengan UPM dan banyak juga boleh jimat kat sini. Kalau ada yang tak cukup pergi berdekatan je selalunya kedai acheh je.

      Padam
  2. seronoknya pergi pasar borong...membeli belah stok barang basah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok Linda tapi kena plan apa nak dibeli. Kalau tak.....yang takde dalam list pun beli.

      Padam
  3. pasar tani pasti mahal dr pasar borong...meriah tu mcm2 nk beli kan ...husband aritu pi pasar borong sgor dpt bli brg2 basah murah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Amy, gi Pasar Borong ni cam murah sikit tapi kalau nak beli sikit2 yang takde tu beli kedai berdekatan je. Alang2 banyak lauk basah dah habis kita restock.

      Padam
  4. wah..uniknya main cak lempong..best
    seronoknya gi pasar tani, semua nampak fresh2 belaka...memang bahagia sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah Dania join kokurikulum Cak Lempong tapi ehhh gambar ni yang dibagi. Haha....Cak lempongnya takde....seronok Pasar Borong ni MA. Macam2 ada tapi beli ikut list la.....idak pasti tersasar....

      Padam
  5. waahhh ketam sotong & sayuran tu aummmm!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....tapi beli sikit2 la idak la sampai banyak nau sotong dan ketam tu....kalau dah habis boleh top up lagi.

      Padam
  6. Comel je boleh imagine Dania main cak lemoung.
    Betul kadang harga pasar tani tak murah mana,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu kami beli kat Pasar Tani atau Pasar Malam je...sekali bila membeli kat Pasar Borong ni eh....macam ada beza harganya....

      Dania main Cak lempong...ummi suruh tunjuk la Cak Lempongnya...ni apooo?....Badan sekerat je. Huhuhu....

      Padam
  7. Suka tengok sayur, ikan, sotong, ketam semua segar2. Adoi, kalau dekat dgn rumah teringin gak nak singgah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geram2 tengoknya Carneyz. Tu bila beli stick dengan apa yang kita nak beli je....errr petai tu tak masuk list....

      Padam
  8. Sedapnya ketam🤤🤤🤤🤤 i dan hubby both tak mkn petai😂😂😂 tp kalau pergi pasar, suka jugak lah beli sayur2 dan brg2 fresh gini

    BalasPadam
  9. Saya jugaaaa suka petai 😍😍😍😍👍. Issh dibuat sambal petai pasti best. Sayangnya di rumah hanya saya yg suka lainny tak nak. Jadi kalau masak, tak payah banyak sangat 😄.

    Kepiting itu saya suka, tp tak pandai masaknya 😅. Jadi drpd failed, dah mahal pula, better beli jadi lah 😅

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...