Isnin, Jun 17

Ada peneman bila breakfast.....

Dania sebelum ke kelas dah ada dah makanan dia. Kali ni breakfast Dania nasi goreng. Kelas Dania dari Selasa - Sabtu start jam 8pm. Huhuhu.....

Saya pastikan banyak sayur-sayuran dalam ni. 



Group Dania untuk projek jual coklat tu ada 8 orang termasuk Dania jadi saya berkongsi rezeki coklat yang saya dapat dari adik saya tu. Coklat ni ada kayu dia jadi saya patahkan yang tajam tu dan letak ribbon nak bagi cantik sikit. Brand Tango ni walaupun warna dia macam brand C*****Y (brand yang kena boikot tu). Kalau tengok sekali imbas macam brand yang tu kan packaging dia....


Macam budak sekolah je sebab botol air tu sentiasa ada. 


Selalunya breakfast saya akan makan pagi dengan hubby tapi kali ni lepas Dania habis kelas, Dania yang teman ummi makan sebabnya hubby pergi scaling kat UPM ni. Tempat yang saya naik angin sikit tu la. 😅 Asyik tukar tarikh je. 


Bila hubby selesai scaling hubby nak ajak saya makan sekali la. Saya kata dah makan. Dania yang teman. Hubby cerita Dr ingatkan hubby kerja UPM. Kemain ya siap suruh set appointment sebab ada gigi hubby yang kena tampal. Kemain smooth ya. Takde tukar-tukar tarikh bagai macam saya. Saya kata amboiiii sebab lelaki ke?. Saje menyakat. 😏. Hubby kata berbaloi la sebab harga berpatutan. Kalau klinik swasta yang saya selalu pergi tu mau beratus ya. 

Boleh la set appointment lagi bila nak masuk bulan keenam untuk scaling. Dania lagi best scaling dia RM4 je sebab pelajar UPM. Rugi kalau tak gunakan kemudahan ni. 

***Selamat Hari Raya Aidiladha.....post Aidiladha selepas ni la ya...





XOXO,
Ezna

4 ulasan:

  1. dania tu dh scaling knp x senyum nmpk gigi., hehe

    BalasPadam
  2. Ya laah, kalo ada harga khusus seperti itu, saya pun akan guna juga 😄. Sebab di klinik swasta mahaal memang perawatan gigi ini

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...