Sabtu, Jun 15

Hadiah Hari Jadi baru dapat….

Hari ni dari tengahari kami keluar rumah. Ada la tempat kami gi ni. Dalam pada tu adik cakap dah tiba depan rumah saya. Saya pulak tak ada kat rumah. Akhirnya dari tempat saya gi tu bertolak la ke rumah adik saya di Cyberjaya. Kenapa beriya adik saya datang rumah ya? Dia nak sampaikan ni....

Hadiah terlambat Hari Jadi saya bulan Mei nun. Ni dah bulan Jun. Dia baru balik dari rumah adik di Kelana Jaya. Lepas tu ke rumah saya....kami berdua lahir bulan Mei. Nasib la ya...bila tiba bulan Mei adik saya ni siapkan identical hadiah. Hehe. 



Pemberian adik lagi.....jeruk madu pak ali sebab adik saya outstation ke Pulau Pinang, pencil case dari Acheh, brooch dari Acheh, Kopi dan Key Chain juga dari Acheh. Ni beli masa adik saya dan family bercuti ke Acheh, 0.5g dari Public Gold (Paling saya suka...hehehe) dan bouquet of chocolate. Sebenarnya ada lagi....

Pencil case tu akhirnya saya bagi kat Dania sebab banyak pulak hadiah ummi ni. 


Lepas tu singgah solat kat Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya. Nak tunjuk sejadah yang adik saya ni bagi masa pergi haji. Siap ada nama saya dan telekung dan sejadah muka ni 1 set ni pun adik saya ni jugak yang bagi masa puasa tahun ni. Pun ada nama kat telekung. Alhamdulilah atas segala rezeki ini. Jangan lupa bersyukur kepada Allah yang memberikan rezeki....


Suka solat kat Masjid ni kalau ke Cyberjaya sebab sangat selesa, luas dan masjid yang cantik. Tengok la kubahnya pun cantik. 


Lepas tu round pula kat Putrajaya sehingga singgah solat dulu kat Masjid Besi, Putrajaya. 


Kemudian kami ke Food Valet di Putrajaya ni. Petang dekat nak kol 6 ni kurang sikit orang berbanding kami pernah datang waktu malam. Sampai keluar balik sebab tak ada parking. Itu pun 2 kali jugak pusingnya. 


Konsep kat sini ala Kontena. 


Bergambar berdua sementara hubby tengah round nak beli apa. Kita jadi Queen dan Princess kat sini. 😅


Ini juga hadiah yang adik saya bagi. Konon nak merasa la kat food court ni. Dania paling teruja sebab Kek Happy 🐝lated Birthday ni perisa Red Velvet. Ummi yang menangis 😭. Saya tak suka perisa ni dan atasnya ni cream cheese. Huhuhu....Dania punya senyum.....haha.....

Perisa pilihan saya butter cake. Huhuhu.....tapi....saya makan je dah adik yang bagi. Paling makan Dania la. Hubby pun kurang juga perisa ni. 


Saya pula jalan-jalan nak makan apa ya?.


Tak terasa pula nak makan sate. 


Akhirnya kontena ni pilihan saya. Teka saya nak makan apa?....


Saya suka konsep beraneka juadah ni. 


Saya pilih bihun sup utara.....ada cili kicap juga nak bagi kawww rasanaya. 


Ada juga tempat duduk bahagian atas. 


Nampak Dania punya pun menarik....Yee Mee ayam. 


ABC ni saya share ajer.....


Air kosong Dania. Nak cut sugar tu....


Ni hubby punya teh tarik. 


Hubby dia suka mee lagi dari bihun jadi mee mamak la pilihannya. 


Ternampak burung kakaktua ni terbang. 


Tak nampak dengan jelas warnanya tapi berwarna-warni. Saya rasa ada tuannya kat padang sebelah ni sebab saya dengar dia tiup wisel. Burung akan terbang balik ke tuannya. Menarik perhatian kami yang makan kat sini. 


Lepas makan-makan kami pun pulang. Kiranya early dinner la hari ni. Alhamdulilah. 

Oh ya Food Valet Putrajaya ni beralamat di :

Presint 4,
62000 Putrajaya

Kalau type di Maps ke Google ke Waze ke pastikan Food Valet Putrajaya ya sebab Food Valet ni juga ada branch di Food Valet Sg. Ramal Dalam, Kajang.  





XOXO,
Ezna





 

14 ulasan:

  1. Food Valet Sg Ramal Dalam tu saya suka beli Sate Baung :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke Syazni? Nanti boleh la try kat FV Sg, Ramal. Nampaknya tempat makan kita ni sama juga ya....

      Padam
  2. Alhamdulillah..meriah and mcm2 hadiah dpt...best best....
    Bab makan tu pun..best nya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sebab ada yang bagi.....makanan ni sampai confuse nak order apa sebab banyak juga pilihan.

      Padam
  3. Bestnya dpt mcm2 hadiah besday tu ezz🤩😍🥰

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dapat hadiah lagi.
    Nak try pergi Food Valet lah nanti, nampak sedap2.

    BalasPadam
  5. Meriahnya hadiah birthday. Btw happy birthday sis!

    BalasPadam
  6. Dah lama tak jalan2 kat Putrajaya. Lain kali kalau singgah rumah adik boleh la ajak dia ke sini.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, dikelilingi orang tersayang..Best kan dapat Macam Macam hadiah...

    BalasPadam
  8. Eh, btw..Happy Belated Birthday ❤️❤️❤️

    BalasPadam
  9. Kita sama kak, tak suka red velvet. Ntah kenapa dari dulu tak cocok dengan rasa kue ini. Krn manis sangaaat kali ya. Saya belum ketemu red Velvet yg less sugar 😅. Makan sedikit saja dah eneg 🤭.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...