Sabtu, Jun 15

The Aesop Women’s Library

Bila Dania dah alertkan saya sehari sebelum. Dania bab-bab ni memang pantas kalau membabitkan novel ni. Memang kaki baca buku. Kalau dah IOI City Mall tempat event ni memang saya tak cakap No la....Ada 27 tajuk buku untuk dipilih secara percuma dan ada tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. 

Barisan nak beratur pun kosong jadi kami boleh masuk ajer. Kita akan diberikan nombor dan nombor tersebut kena bagi balik bila kita dah keluar. Crowd tak ramai sangat la. Time kami datang tu jam 3 petang hari jumaat. 

Oh ya bermula dari 14 Jun 2024 - 16 Jun 2024 event The Aesop Women's Library ni yang bertempat di Aesop IOI City Mall atau Aesop TRX. Tanpa pembelian pun boleh mendapatkan buku secara komplimentari. Ya tak payah membeli apa-apa produk Aesop pun. 



Dania membelek buku mana nak diambil. Memang boleh ambil mana-mana buku ya. Percuma ajer. 


Ini salah satu judul yang ada. Dania perasan pulak tu publisher dia Iman. Ye lah baru habis baca buku Teme Abdullah la katakan. 😅Penulis kat sini semuanya wanita yang datang dari pelbagai latar belakang. 


No ni la yang kami dapat tu. Nanti jangan lupa bagi balik kat staff Aesop masa keluar. 


Tak habis lagi mencari. Dania memang dah tau satu buku yang nak dicari cuma satu buku lagi tak tahu. Since ummi tak membaca....Dania je la ambik bahagian ummi. 😊


Buku ni saje saya tengok-tengok kat dalam. Macam mana nak merancang kewangan. 


Cantik betul cara susun buku kat rak ni mengikut warna. Kemas je nampak. 


Tadi Dania kat rak warna merah jambu, lepas tu tengok kat rak berwarna biru. Kali ni Aesop berubah wajah. Instead of display barangan Aesop, mereka display buku-buku pula. Macam kedai buku nampaknya tapi bukan. Sebelum ni pun dah pernah buat kat 1 Utama tak silap saya lah. 


Tengok lagi sebelum ke kaunter untuk check out. 


Setiap buku akan di cop 'Aesop'. 


Sempat lagi saya mencuba sabun balm Aesop. Bau refreshing limau. Dania kata bau dia sedap. 


Puas hati Dania dapat novel dia terutamanya 'Duet Me Not' oleh Lilian Li yang Dania dengar review macam best. Buku lagi satu King of The Sea oleh Dina Zaman.  Buku Duet Me Not kata staff Aesop dah makin menyusut bukunya bila staff tanya Dania nak cari buku apa....Mungkin ramai yang ambil buku ni kot. 


Puas hati anak....mestilah puas hati umminya. 


 Kalau nak tahu lebih lanjut tentang The Aesop Women's Library boleh la click sini 

1. Sinopsis 'Duet Me Not' oleh Lilian Li 


2. Sinopsis 'King of the Sea' oleh Dina Zaman


Jom ke The Aesop Women's Library jika anda kaki baca novel....





XOXO,
Ezna






4 ulasan:

  1. Ala jauh la pulak ...
    Bagus Dania rajin membaca... Keep it up girl 👍
    Sy suka baca tulisan Dina Zaman, dulu dia menulis di paper The Star ke NST, tak ingat tapi Sy suka baca column dia

    BalasPadam
  2. Bestnya..leh geng ngan MA but MA baca malay novel jer

    BalasPadam
  3. Waaa bestnya dpt buku2 tu foc😁😁😁

    BalasPadam
  4. Kalo kesana nanti yg saya nak novel bahasa Malaysia. Krn memang tujuannya utk refresh dan macam nostalgia baca buku2 Malaysia 😄. Kalo novel BHS inggris memang saya tak cari Krn di JKT juga ada. Nantilah nak main ke popular utk cari buku 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...