Khamis, Jun 13

Mengintai Ozel

Ni apa hal nak mengintai ni kan? Silap-silap mata kena ketumbit ni. Eh tak la baru-baru ni saya saje-saje berjalan ke kedai Ozel ni. Dah lama tahu kewujudannya tapi tak pernah gi pun. 

Kali ni saya mengintai di Ozel. 



Banyak seleksi kerongsang yang boleh buat terapi untuk mata. Haha.....tapi bukan untuk poket.....


Macam-macam bentuk dari kecil.....


Cantiknya....memang bling bling pun kerongsangnya dengan pilihan pelbagai warna. 


Kerongsang ni menarik perhatian saya. Manis je....


Kalau live lagi cantik sebab boleh tengok kilauan tu. 


Boleh buat rambang mata ni....


Cantiknya semua ni....


Ozel....


Kedai dari arah depan....lagi puas hati datang sini beli dari tengok kat website sebab boleh tengok besar kerongsang ni sebab dalam website tak boleh tengok size yang sebenar. 


Cantik juga dijadikan hadiah untuk adik-beradik, teman-teman dan sesiapa sahajalah. Untuk diri sendiri pun apa salahnya. Tq Suzz. Dah ada 2 kerongsang pemberian Suzz dari Ozel ni. Oh ya ada kad waranti lagi kalau batu2 jatuh. Boleh hantar ke sini. 

Ni alamat Ozel yang saya pergi tu : 
 51-G, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor. 





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. Memang laah brooches begini selalunya bikin kalap nak beli 😄. Apalagi kalo cantik warnanya kan. Dan bling2 pula. Kalo pakai hijab, pastilah biasa koleksi juga. Dulu saya pun banyak, tapi setelah resign banyak juga saya bagi2 ke orang Krn tak pakai hijab lagi. Sekarang nak pakai lagi, baru mulai beli brooch baru 🤭🤣.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Fanny sekarang ni kena beli koleksi brooch la.....

      Padam
  2. kerongsang dgn perempuan berpisah tiada..wah ada bentuk kasut & handbag

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya comel betul design bag la, kasut tumit tinggi.....

      Padam
  3. Wah...menarik ni...Ozel ni mmg harga sedikit keras..pakai pun kena hati- hati..syg wooo...mahal..walau ada warranty...tetap kena jaga baik- baik..SA blom ada koleksi Ozel ni lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul SA....harganya memang mahal sikit bagi saya.....

      Padam
  4. yang bestnya ozel ni, pin dia tajam. batu dia pun tahan. tak mudah tanggal. Kalau pakai yang 2 singgit tu, habis tertarik tudung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Yan setuju juga pasal tertarik tudung tu. Pernah je pakai brooch murah sikit tu. Kalau tudung tu jenis lembut siap berlubang lagi. Adehhhh sayangnya.

      Padam
  5. i ada byk jugaklah collection ozel ni ;) suka gilir2 pakai

    BalasPadam
  6. Cantik2...MA pun ada 2 koleksi dr Ozei ni..hadiah dr kawan..bling bling gitu kann

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...