Video atas ni hiasan je bila Dania berjalan kaki nak ke tempat amali, ada kambing yang dilepaskan meragut rumput. Anak kambing tu melompat kat Dania ingatkan Dania bawa makanan. Hehe....sampai terjilat tangan Dania. Dania kata lepas kambing tu rasa tak ada makanan, kambing tu pun jalan. Hehe. Ummi kambing tu tengok je anak dia melompat ya?....
Ok ni nak cerita ada seorang kawan Dania meluahkan ketidakpuasan hatinya kat saya. Cerita detailnya tak boleh la saya cerita cumanya boleh la ambil point untuk dijadikan sempadan kan.
Bila kita ni ditakdirkan ada rezeki belajar di luar negara....kita punya mental ni kenalah kental dan kuat kan. Kita kena tabah menghadapi rintangan yang mendatang.
Point yang saya dapat ialah :
1. Kena banyak meminta pada Allah. Doa banyak2. Bila kita sentiasa dekat kepadaNYA, maka Allah akan memudahkan semua urusan kita. Kita nak sekeliling kita mudah tapi kita sendiri tak meminta kepadaNYA.
2. Tidak mengharap kepada manusia. Allah yang pegang hati semua manusia. Saya pernah ke kuliah Dhuha Ustazah Asma Harun. Ustazah cakap kalau la suami kita jauh daripada kita...tak ada rasa sayang dah....kita doa kepadaNYA kerana hati kita semua Allah yang pegang. Ni kes ada orang tanyakan Ustazah kerana suami yang tanya tu ada perempuan lain. Jadi Ustazah kata berdoa.....jadi ini juga yang saya berikan kata-kata kat kawan Dania ni. Jangan harap kepada manusia sebab manusia ni akan mati, harapkan kepada Allah. Manusia ni pun tak boleh berikan apa yang kita nak.
3. Sentiasalah hormat kepada pensyarah / guru ni kerana kalau kita tak hormat atau selalulah ada je yang tak kena... takut2 ilmu yang kita dapat tu tak berkat. Bila ilmu tak berkat, susah la kita nak faham ilmu yang disampaikan. Mungkin kita tak perform dalam pelajaran.
4. Sentiasalah merendah diri. Jangan la selalu ingat kita ni betul je. Semua orang kat sekeliling kita je yang salah. Bab ni lecturer Dania ada bagi tahu jangan nak salahkan orang lain. Cuba tengok diri kita tu macam mana dulu.
5. Kadang-kadang kalau belajar kat negara luar tu, yang buat dipinggirkan mungkin kerana masalah bahasa. Jadi cubalah belajar bahasa ibunda negara tersebut. Contohnya ada pelajar yang belajar di Korea...walaupun 'English Track'...kadang2 lecturer mengajar dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Korea. Kalau tak tahu bahasa korea...kita pun susah nak faham apa yang diajar kan?. Ni memang saya dapat tahu dari pelajar yang belajar di Korea sendiri. Mungkin the best thing to do is to just ask. Kena banyak bertanya dan jangan diam. Kalau diam, kita akan ketinggalan la untuk subjek tersebut. Bukan hanya di kampus, tapi kalau kita nak membeli di luar pun kadang mereka lebih bercakap dalam bahasa ibunda.
6. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Bila berada kat tempat baru, kita kena pandai menyesuaikan diri dengan adat dan budaya negara tersebut. Kira Malaysia ni kuranglah racism ni. Cuba pergi kat negara lain contohnya Korea....mereka akan pandang rendah kat orang Asia ni. Bukan semua tapi ada. Lagi satu kalau kita memandu kat negara Brunei....kita tak akan mendengar bunyi hon. Kerana apa?. Ini bukan budaya yang biasa di Brunei. Mereka tak suka membunyikan hon tapi akan menggunakan isyarat tangan atau lambaian ketika di jalan raya. Ada juga negara yang maksudnya 'tidak' atau 'no' jika angguk....negara yang dimaksudkan iaitu Bulgaria, Greece, Iran dan Turki. Menggeleng pula bermaksud 'ya' atau 'yes'. Jadi kalau pergi negara tersebut kena ikutlah adat dan budaya negara mereka kan....haaa ada contoh lagi...lecturer saya dulu pergilah kat rumah kawan mat salleh dia kat US. Kawannya tanya coffee or tea?. Lecturer saya kata It's ok....macam nak kata tak payah susah2 la. Lecturer saya nak buat ala ala kat Malaysia ni. Akhirnya kawan dia kata ok...tak buat la air. Lecturer saya kata dia haus. 😅. Mat Salleh ni straight forward. Mana tau bunga2 ni. Hehe.
7. Jadi seorang manusia yang kuat. Lagi2 kalau seorang lelaki kerana lelaki nanti yang akan memimpin wanita. Nak ke menantu kita yang lelaki yang jenis lembik, suka mengadu domba?...mesti nak yang kuat....bila ada badai melanda dalam rumahtangga tu dia sebagai nakhoda kapal kan....takkan nak bawa sama2 isi kapal tu tenggelam?. Takkan nak give up. Haaa dah saya cakap pasal rumahtangga pulak 😅. Betul tak?.
Akhirnya saya cakap kat kawan Dania tu....bukan nak bagi nasihat yang bukan-bukan tapi point of view dari seorang ibu.....saya tak nak campur la urusan yang melibatkan lecturer ke orang atas ke....nak dengar masalah ok....tapi solution saya tetap la berbaliklah kepada agama.....dah terasa macam ustazah pulak tapi saya bagi nasihat pun berdasarkan pengalaman saya jugak.
Kawan Dania ni orang luar negara. Jadi saya berbahasa Inggeris la ya...berbelit dah lidah rasanya nak memberitahu sesuatu ayat tu pun. Bukan over the phone tapi DM kat IG je. Apa yang baik....kita kongsikan je la...nak tak nak berubah tu hak dia kan....ada juga saya cakap bila dia pilih untuk defer....tolong reflect diri masa defer ni.
Ada yang jadi a shoulder to cry on jugak ke?. Tapi realitinya bukan senang ya sebab kadang kita pun turut risau dengan berita yang disampaikan walaupun hakikatnya kita ni pendengar je.
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.