Lepas Karnival Keusahawanan, saya dan Dania singgah beli kat pekarangan Dewan Besar UPM sebab ada banyak food truck. Salah satunya yang ini. Namanya pun.....
Saya order Nasi Ayam Sambal Ijo dan Dania order Nasi Ayam Berempah. Tengahari ni kita tunjuk tunjuk je la....Setiap satunya berharga RM13.
Sementara menunggu order siap....
Food Truck ni juga ada kat Tapak Urban Street Dining kat KL nun. Kenapalah takde kat Tapak Cyberjaya.....dekat la sikit.
Lepas tu saya cakap dengan Dania kita singgah la Dewan Besar sebab ada Karnival Keterjaminan Makanan dalam tu. Simpan dulu makanan yang dibeli dan kami masuk la ke dalam. Ada 2 VIP iaitu YB Senator Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
Tengah berjalan ternampak En. Khairul. En. Khairul ni ada saya cover sebab handle student kelas Dania untuk penanaman bayam merah, kangkung atau bayam hijau. Yang Dania kena sediakan batas dan tanam bayam hijau tu selama 3 jam. Yang saya tunggu tepi dalam cuaca yang panas sangat tu sampai Dania habis kerjanya. Errr lepas tu kena jenguk pulak mencabut rumpai. Leceh....😅 tapi kenangan tu.
Saya cakap Terima Kasih En. Khairul sebab Dania dapat A. Salah satu markahnya ialah penanaman bayam hijau ni la.
YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu pun ada juga. Beliau Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Ada juga arnab comel.
Ayam pun ada tapi Dania kata ada ayam kat Fakulti Pertanian. Entah....tak nampak pulak ayamnya....
Ada burung puyuh juga tapi saya tak sure kat Ladang mana tapi Dania kata ada kat Ladang Farm Fresh.
Arnab yang comel.
Ada penanaman cili juga.
Saya panggil Dr. Anjas tapi sebenarnya beliau Professor Dr. Anjas Asmara. Selalu masa ambik Dania kat Fakulti, selalu nampak kereta Merc Prof Anjas ni. Cantik plet nombornya. Saya perkenalkan Dania dari Fakulti Pertanian jadi takut Prof pelik mana la saya tahu nama beliau. Dr. Anjas Asmara merupakan Dr Perubatan Veterinar dan ada juga PHD dalam Ruminant Production (Produksi Ruminan). Beliau mengajar student Bachelor in Animal Science kat Fakulti Pertanian.
Ini pula award yang diterima oleh salah seorang lecturer.
Dr. Ina Salwany dengan Dania.
Rasanya ini vaksin untuk ikan.
Dania bergambar dengan kawan kepada kawan dia dan pernah satu group masa Sem 1. Kena berlakon dan buat video. Nama beliau Natrah tapi Dania panggil Nat.
Natrah sukarelawan untuk bahagian arnab ni. Katanya Kolej Serumpun ada bela arnab. Rupanya arnab ini dibela untuk dijual. Student Animal Science nak belajar macam mana nak menjadi penternak dan juga usahawan tani. Selain daripada itu mereka juga mengerjakan kebun sayur-sayuran kat kolej. Ada Berita Harian cover cerita ni.
Arnab ni jenis New Zealand White.
Ada juga la penanaman sayur-sayuran....
Rasanya tanam macam ni jika kawasan penanaman tu tak luas tapi masih boleh mendapatkan hasilnya.
Tanam apa yang dimakan.....
Berdekatan dengan rumah saya ada Pusat Latihan Maybank. Saya nampak pun dah ada penanaman sayur-sayuran kat bahagian hadapan Pusat Latihan Maybank ni. Dulu kawasannya kecil tapi sekarang ni nampak tempat penanaman pun dah makin membesar.
Saya tahu pasal Karnival Keterjaminan Makanan ni sebab lecturer Dania yang promote. Dania la yang cerita kat saya.
Ada drone yang besar juga kat dewan ni.
Dekat parking kereta saya berhenti depan kereta Dr. Loh Teck Chwen, Dekan Fakulti Pertanian. Masa ni kereta saya dah jalan nak keluar parking. Saya cakap Hi Dr.....Dr cakap Hello....apa khabar?. Mesti tertanya siapakah gerangannya kan?. Hehe.....Saya memang excited kalau jumpa lecturer ke, Dr. Loh ni Dekan Fakulti Dania pun saya excited juga. Lepas tu saya jalan la.....cuma buka tingkap kereta saya....
Nak keluar UPM ni pun boleh tahan jam juga time ni sebab banyak nau Karnival agaknya yang berlangsung. Dengan ada food truck lagi jadi mungkin menarik crowd datang masuk ke UPM agaknya.
Ada karnival lagi kita pergi....hehehe.....dah Isnin - Sabtu laluan saya kat sini...
XOXO,
Ezna
Meriah betul bila byk karnival gini😁🤩
BalasPadamMeriah sampai jam pulak dalam UPM ni you....
Padamamboi nama food truck tu BAPAK AYAM hehe....menteri kami tu YB Mat Sabu ...julia aritu pegi majlis raya kt putrajaya ada wefie bersama YB juga...kita tak follow time tu
BalasPadamHahaha tu yang bebel kat penjual tu....malu-malu dia....kalau la masih kat LKIM memang menteri kita la Amy. Oh ya ke JJ wefie....bukan senang nak wefie dengan YB ni.....kalau ada event je boleh la beranikan diri.
Padampart paling seronok tak payah masak...tapi tulah, kalau selalu tunjuk2 parah jugak...hahaha
BalasPadamHaha....ni sebab jenuh akak meneman Dania dalam ni. Nak masak dah letih. Ok hari ni je kita tunjuk je. Hari lain kita masak....Hehe
PadamSeronok karnival macam ni, macam-macam ada. Tengok nasi ayam kicap macam menarik pula. Dasar Bapak Ayam betullah haha. Nama agak negatif tapi untuk marketing senang orang nak ingat nama tu.
BalasPadamNasi BA (nak sebut alahai) sedap juga. Order yang sambal ijo dan berempah dua dua sedap. Tu yg membebel cakap kenapa la nama BA ni?. Sengih2 malu la tukang sediakan makanan tu. Owner yang bagi nama.....hmmmm.....
Padamaduh geramnya tengok pokok cili tu... sayur sayur tu pun mengiurkan.
BalasPadamYa memang geram Yan. Rasa nak petik je sebenarnya....ku tahan je. Haha....
PadamRajinnya sis Ezna pegi karnival ni. Macam berminat pulak dgn penanaman hidroponik tu tapi tak yakin dgn skill berkebun saya hihi
BalasPadamActually, kalau ada karnival macam ni atau kat pameran Maha ke....Carneyz boleh dapatkan info cara-cara penjagaan. Hari tu ada terdengar dia tanam kat paip putih tu kos dia buat RM500 lepas tu dengar macam ada pengunjung yang berminat juga.
PadamMeriaaaaah memang kalo ada karnival. Saya pun selalu suka Krn banyaaak Macam2 booth yg menjual kan 😄. Kalo dah urusan jual beli, semangat langsung . Semangat membeli maksudnya 🤭
BalasPadamHehe semangat nak membeli Fanny. Kalau menjualnya susah juga sebab kena tarik orang datang.
PadamSem 2 nanti My Dania akan bercucuk tanam..kita tengok nanti kan dia nyer experience plak..best la ada karnival macam ni..SA x dan nak pi tengok..xde yang nak bawak...
BalasPadamWahhhh tengok la Dania kena tanam apa....mungkin juga jagung atau tanaman lain. Menarik sebenarnya SA......tapi penat tu memang la.....bila dapat hasil tu buat tersenyum kita.....
PadamSangat bermanfaat, teruslah konsisten
BalasPadam