Khamis, Jun 20

Mencari paste gochujang

Bila teringin nak makan Korea. To be exact nak makan Tteokbokki (Rice Cake). Nak masak Tteokbokki ni perlu paste gochujang dalam resipinya. Nak mencari paste gochujang tu satu hal sebab saya ada cari kat satu pasaraya tu kat bahagian sos takde pulak. 



Sampai kena tengok internet sebab nak tengok packaging paste gochujang ni. Dah jumpa kat Tesco IOI City Mall. 


Boleh juga pilih sos yang ni. Akhirnya saya pilih yang paste bekas merah. Ada sijil halal dari Indonesia. 


Masa ni Dania ikut ke IOI City Mall lepas kelas. Rasanya petang tu dah takde kelas tu yang ummi ajak sekali ke IOI City Mall tu. Dania kalau bab berjalan memang dia suka. 😊.

Makan kat 4 Fingers sebab ada kupon 10% off. 


Dua beranak di 4 Fingers. 


Kimchi tu saya tak suka sangat jadi pass ke Dania je. Ayam dia sedap sebab tanpa tulang dan crunchy. 


Makan tengahari kat luar, makan malam ni saya masak la. Tteokbokki dah siap. 


Menu di bawah pulak terjadi hari yang lain pulak. 

Since ada lagi Tteokbokki tu saya masukkan dalam ketam bercili. Sedap juga. 


Hari lain pulak saya menggunakan paste Guchujang tu untuk ayam goreng Korea dengan paste Gochujang. Ayam ni saya goreng garing dulu dengan tepung. Dania kata sedap la ummi. Yayyyy kembang ummi dia....😁

 

Kalau tak masak paste Gochujang tu bila pulak nak habisnya kan. Jadi kena cari menu berasaskan paste Gochujang la. 

Teringin nak makan Tteokbokki dah ✅





XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. nieyl pun suka makan Tteokbokki, tapi kalau makan xleh banyak sgt, cepat kenyang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh sama la kita ya cumanya bila makan lenguh mulut nak mengunyah kan....

      Padam
  2. Selalu lalu kedai 4 jari ni... tapi lom pernah singgah... takpe, one day

    BalasPadam
  3. errr i nak sebut pun tak reti laaa mknn tu ezz heheheh bagusnya u suka mknn korea...i tak berapa suka laaaa tp my boys semua suka mknn korea dan jepun

    BalasPadam
  4. lamanyaaa x mkn kat 4 fingers.... last mkn sempena mggu terakhir ex staff sblm.puasa hari tu...

    BalasPadam
  5. Saya waktu itu beli paste gochujang Krn nak buat bibimbap. Tapi tak lihat pula yg saya beli tak halal, ada alkohol 😅. Terpaksa lah saya tawarkan ke teman2 non muslim yg nak, free , bayar delivery saja. Dan akhirnya beli lagi gochujang lain yg halal 🤭

    BalasPadam
  6. Sedap pulak ayam gochujang tu.. nak try lah cari paste tu.
    Tteokbokki ni saya takleh makan banyak, rasa cam terlebih kenyal. Jenuh nak kunyah huhu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...