Nasib baik program Cak Lempong Dania sampai pukul 1 lebih je camtu. Lepas tu siap2 la bila balik rumah tu dan jam 3 petang kami ke Dewan Maksak di Presint 14, Putrajaya. Maksak tu apa ya?. Maksak tu ialah Majlis Kebajikan dan Sukan anggota-anggota Kerajaan. Ni majlis anak kepada jiran kawasan saya.
Luas dan cantik dewannya. Pertama kali masuk dewan ni.
Majlis bermula jam 11 pagi - 4 petang. Selalunya kalau datang lewat sikit lauk-pauk pun dah habis kan. Tapi ni lauk-pauk banyak lagi. Terlupa nak ambik gambar.....hehe lapar sangat ni....saya ambil ayam masak merah. Pulak tu bahagian kepak jenuh la nak ceraikan dari tulang tu. Kalau pakai tangan senang la sikit. Ni pakai sudu dan garfu.
Dewannya memang cantik. Lepas tu deko style Bali pulak saya rasa.
Lipstick pakai tapi hilang selepas makan. Lipstick saya warna nude.
Dah habis makan kita ambik gambar la kat sini.
Kat tengah ni ada bunga terjuntai berwarna putih.
Haa ni lah deko payung berambu-ramba tu....macam style Bali.
Saya dan Dania pakai jubah yang sama cumanya warna je berlainan. Lace pattern yang sama.
Lampu di dalam dewan.
Hubby ambik bihun sup ni share la kami bertiga. Sikit-sikit je makan.
Cendol ni Dania yang ambik dan saya merasa jugak sikit.
Cenderahati dari pihak pengantin. Pinggan kaca. Cenderahati ni diberi masa kami masuk dewan. Selalunya kalau nak balik baru dapat kan? Ni terbalik pulak. Kacang tumbuk warna purple dan coklat warna kuning tu boleh ambik je.
Kat luar dewan.
Ada dua pasang pengantin buat sekali. Adik-beradik sekali majlisnya.
Hiasan sebelum masuk dewan ni cantik.
Ibu dan anak.....tukang ambiknya hubby. Hmmmm kecik sangat gambarnya ni 😅
Ingat kot Dania tak nak ikut la kenduri ni, rupanya nak ikut jugak. Saya suruh la siap cepat sikit....kalau tak lenggang kangkung je siapnya. Kalau anak seorang ni selalunya dia nak ikut je. Kalau anak lebih dari seorang selalunya besar ni dia nak duduk rumah je tak nak ikut. Apa pun bersyukur majlis ni kami dapat pergi bertiga.
XOXO,
Ezna
Nice =D
BalasPadamBetul memang nice dewan dan dekonya.
Padami suka la deco2 bunga heheheh part nak ikut or tak tu..so far my boys ikut jer gi mana2 kenduri hahahah cuma kalau gi mall or i gi beli groceries, ariff biasanya tak berapa nak ikut sgt
BalasPadamOh ada juga yang tak ikut ya.....selalunya dah besar2 ni memang nak dok rumah je. Tapi dania seorang ni dia mau la ikut ummi dan ayah dia walau nak gi dekat je.
PadamRasa pernah lalu depan dewan nie... Sebab pergi rumah cousin dekat depan sek presint 14 tu...
BalasPadamDulu2, masa baru2 kahwin dengan suami, kenduri belah2 rumah dia, memang salam dulu dpat goodies, baru duduk makan... Kita nie jadi jakun lah sikit, sebab tempat kita, makan dulu baru salam... Kikiki
Oh ada juga ya dapat dulu goodiesnya. Ni first time cara camni. So agak tak biasa gak la. Semua yang pergi dah balik baru dapat goodies.
PadamCantik deco dewan. Makanan nampak sedap. Selalu lalu depan dewan MAKSAK.
BalasPadamOh Mulan Putrajaya juga ya.....
Padamlawa betul deko dewannya...
BalasPadamtercari2 mana gambar pengantinnya..
Takde gambar pengantin sebab masa ni mereka sibuk satu family dengan sanak saudara lagi di pelamin. Segan nak ambik gambar Anies. Tak kenal rapat dengan pengantin. Itulah tak ada gambar 2 pasang pengantin. Bayangkan berapa ramai yang ambil gambar sebab kuasa dua tu.
Padammcm sepupu ana kawen haritu 3 beradik serentak, mmg lagi teruk beraturnya nak begambar dgn pengantin tu, mujur dpt snap 1 gambar masa pengantin tgh sibuk susun atur seluruh kerabat fmily atas stage hehe
BalasPadamKalau sedara terdekat ok lagi Ana...ni tak kenal dengan pengantin. Ibu bapa pengantin je yang cam. Segan sebab berkumpul semua sedara mara depan stage. Malu....
PadamRindu nak pegi majlis kawin.
BalasPadamNampak sedap cendol tu.
Cendolnya sedap....
PadamTakyah gi bali kan?
BalasPadamTak yah. Sini naik kereta je dah tiba. Haha
PadamCantik dewannya. Sedap pulak nampak cendol tu.
BalasPadamTime cuaca kat luar ni panas memang sedap je makan cendol ni.
PadamCantik dekonya. Tak ada gambar pengantinnya. Mata fokus kat cendol. Sedap!
BalasPadamTak ada amie....masa ni sanak saudara mereka berkumpul depan pelamin. Segan pula saya nak ambik gambar dengan ramai2 tu.
PadamBestnya nengok bihun dup tu.. penuh filling dia.
BalasPadamSedap juga bihunnya.....
Padamcantik dewannya...
BalasPadamYa MA.....setuju memang cantik dewannya ni.
PadamHahahaha jauuh sangat fotonya yaaa 🤣ðŸ¤. Atau jangan2 tertekan zoom out tak 😄
BalasPadamHahaha....tak puas hati gambar yang suami kakak ambil. Hmmmmm.....
Padam