Rabu, Jun 19

Aktiviti Aidiladha dan berdua naik motor kapcai

Solat Aidiladha di surau berdekatan rumah kami ni dijadualkan jam 8 pagi. Hubby pergi surau dulu. Saya dan Dania pergi kemudian. Mata Dania payah nak besar lagi tu 😅



Sementara menunggu nak solat sunat....


Selalunya ada makanan disediakan selepas solat tapi disebabkan korban nanti dijadualkan hari yang sama jadinya tak ada makanan ya. Balik rumah sendiri baru makan. 


Cuaca pagi ni sangat baik. 


Ambik gambar meow yang Dania suka ni la. Dia suka tidur kat atas kereta oren saya. Tak kat sini kat spoiler kereta pulak. 


Ni dah bertukar uniform ni. Moh la kita ke tempat lembu sebab nak tengok lembu kami tu. 


Perkara pertama nak kena tumbangkan lembu dulu. Part ni selalunya kena main tarik tali dengan lembu. Bukan senang ya...ada lembu kat sini dah jatuh bangun balik 2-3 kali. 


JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) pun ada. Apatah lagi memang HQ dia kat kawasan kami ni. 


Setelah lembu siap disembelih, kami pun nak balik. Tahun ni ada petugas yang dah ditentukan untuk setiap lembu. Hubby pula tak tulis nama sebab dok ingatkan macam tahun lepas. Boleh menolong untuk lembu bahagian kita. Tahun ni dah tukar t&c. Kena daftar nak jadi sukarelawan. Apa nak dibuat. Tahun ni tengok je la. 

Masa ni saya nak check balik semula nama saya kat Lembu nombor berapa. Ya betul lembu nombor 13. Kenal pula pakcik surau dengan saya.....dia kata isteri Hasbullah. Hehe. 


Sempat tu ambik gambar masa motor ni berjalan. Jalan pun lengang dengan kereta. Angin bertiup boleh tahan kuat juga. Kena pastikan tudung, baju elok semuanya ya. 


Tiba dah home sweet home. Dania tak ikut la sebab kalau nak ikut....hubby kena ambik la Dania pulak. 


Sarapan kami pagi ini. Rendang ayam yang adik saya bagi. 


Ketupat palas....


Dalam jam 11 pagi, hubby ke tempat collection daging lembu. Kami ambik bahagian lembu kami. Dapat 2kg daging dan 1kg tulang. 

Sebelum hubby balik, saya dan Dania dah sediakan bahan-bahan. Elok je hubby balik dengan daging dah boleh mulakan masak sup tulang. Ada campur juga daging sikit walau nak masak sup tulang. 


Masuk dalam Noxxa selama 45 minit. 


Memang lembut elok je daging lembu kat tulang ni. Senang je bercerai dari tulang. Nak makan pun senang. Alhamdulilah. 

Ada rezeki lagi insya allah tahun depan boleh buat lagi.....






XOXO,
Ezna



 

14 ulasan:

  1. Samalah kita, dapat je daging korban tu terus masak sup... Daging fresh, sedap je... Manis² rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila terus buat dagingnya memang manis kan PH. Alhamdulilah. Moga ada rezeki untuk buat lagi tahun hadapan....Moga allah permudah....

      Padam
  2. wow.. siap ada JPAM.. hebat..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah selesai semua nya. Ada Noxxa memang senang kan.

    Taqabbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidil Adha. Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam
  4. sedapnya sup ;) kat kelantan, acara sembelih lembu tu utk family gathering...so biasanya sekor lembu utk one family/big family/extended family ;)

    BalasPadam
  5. kami sejak lps pkp dah x dpt daa nak tgk sembelihan korban sbb semua korban buat kat rumah sembelihan. dah siap sembelih baru hntr ke masjid utk dilapah...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... Tahniah akak untuk ibadah korban tahun ini.. Semoga dipermudahkan urusan kita untuk ibadah korban tahun depan...
    Linda dapat sikit bahagian korban, sepupu2 belah suami buat.. Sedapnya dapat makan daging fresh, selalu beli yang frozen je..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, selesai dah ibadah korban. Guna pressure cooker jadi mudah dan cepat nak masak sup tulang dan daging. Nampak sedap sup tulang, tapi kena pantang dulu makan daging ni sampai next check up.

    BalasPadam
  8. Sedapnya dapat jamah daging segar. Paling best part masak sup tulang...semerbak aromanya!

    BalasPadam
  9. Sedap tu sup tulang. Lagi-lagi daging fresh. Pasti lembut.
    Ritu husband dapat sup gearbox dari surau. Rasa kuah je sebab masih kenyang makan macam-macam hari pertama. Simpan masuk freezer. Malam tadi baru panaskan semula.

    BalasPadam
  10. Waah sedaaap kak 😍😍😍👍. Saya walo ikut kurban, tapi tahun ini tak dapat bagian. Staff mesjid kata banyak Orang2 yg tak mampu, antri tahun ini nak ambil daging. Jadi suami pun ikhlas kan bagian kami utk mereka saja. Lagipula saya tak pandai masak kambing 🤣🤣🤣. Ayam boleh lah, kambing nanti dulu hahahaha.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...