Jumaat, Jun 28

Kisah gelang pusaka mama

Ada seorang adik saya terjumpa gelang Mama yang disimpan. Disebabkan ini gelang pusaka jadinya kena buat pembahagian la. Saya la selalunya yang ditugaskan. Ada 2 gelang. Satu berbatu hijau (mungkin jade) dan satu lagi design pintal. Design pintal ni memang design evergreen ni. 

Nak jual memang la sayang tapi untuk bagi adil kena bahagi nanti. Akhirnya gelang berbatu tu dijual sebabnya mutu dia 750 dan ada 4 batu jadinya boleh dibahagikan kepada semua adik beradik. 1 batu dah hilang. Lagi satu ni saya rasa kena berkorban sikit untuk saya beli sebab sayang rasanya....

Actually kedua-dua emas ni dah di check di satu kedai emas untuk menentukan emas mutu yang mana. 



Nak jual emas ni kena ada resit pembelian. Mana la nak ada resitnya. Tuan punya barangan kemas ni pun dah tiada lagi. Akhirnya setelah saya google....ternampak satu tempat menjual emas ni iaitu Jewel Cafe. Boleh terima jika tiada resit. 

Emas ni setelah saya menanggalkan semua batu. Batu yang putih bila saya cuba tanggalkan dia jadi ala debu pulak dah. 



Masa ni cubaan saya menanggalkan batu hijau ni berjaya. 


Ada juga check kat Sri Anggun ni tapi dia ambil rendah untuk emas mutu 750. 


Pergi Jewel Cafe ni nak check la ketulenan emas ni. Ada juga test ketumpatan juga. 


Masa menunggu tu kita boleh pilih nak minum air sejuk atau panas. Free ajer. 


Saya memilih untuk minum air apple ni. 


Akhirnya selesai la penjualan di Jewels Cafe untuk emas yang berbatu tu dan saya pula telah mendapat modal membeli emas mama yang lagi satu setelah menjual gelang emas Dania (yang Oro Italia tu) dan menjual beberapa gold bar di Public Gold. Sayang sebenarnya nak jual gold bar pun....tapi fikir-fikir balik takpelah.....

Selesai semua pembahagian kepada adik beradik. Alhamdulilah. Dania dapat gelang saya. Disebabkan tangan Dania kecik lagi dari tangan saya....dah kena pergi Habib untuk memotong. Ni juga gelang Habib tapi bukan jenis Oro Italia. Design yang ni pun saya pilih design lama iaitu pattern sauh cumanya diberi nafas baru oleh Habib ni dengan ada ukiran kecil kat gelang ni yang membuatkan ia berkilat. Nanti post potong gelang ni entry yang lain la sebab ada insiden jugak kat situ 😏.


Saya pula memakai gelang mama saya....tak besar dan tak kecik. Masih ada ruang gelang tangan ni bergerak. Design evergreen jenis pintal. Mutunya atas sikit pada 916 iaitu 950. Mulanya adik saya yang nak beli gelang ni tapi tak jadi....akhirnya saya yang jadi pemiliknya....alhamdulilah.....😩


Alhamdulilah....semangat mama sentiasa ada dengan saya....agak-agak kalau adik-adik rindu boleh la tengok gelang ni. Batu-batu berwarna hijau tu boleh la dijadikan loket atau buah charm ke atau buah untuk cincin ke.....setiap orang dapat satu....alhamdulilah....

Dalam dunia ni kita kena berkorban sesuatu untuk mendapatkan sesuatu....
 




XOXO,
Ezna

17 ulasan:

  1. Kalau saya pun sama, sayang nak let go gelang kepunyaan mak bila fikirkan gelang tu pernah di pergelangan tangan mak. Syukur sis Ezna dapat kumpul modal beli bahagian faraid gelang tu dari adik-beradik. Boleh simpan buat jadi pusaka, nanti turun ke Dania dan lepas tu ke anak Dania pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul....plannya gitu la Carneyz....cuma gelang berbatu tu je jual dan batu2 tu dibahagi kepada semua adik beradik.

      Padam
  2. Alhamdulillah smooth semua nya, cantik gelang mama tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah Mulan.....design evergreen yang orang lama-lama pakai.

      Padam
  3. perhiasan design lama tu la buat kita rasa menggamit memori

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebab sekarang ni design terkini. Nak jumpa design lama-lama tu kena mencari.

      Padam
  4. Alhamdulillah. Selesai urusan hal gelang pusaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Boleh menghela nafas lega dah.....

      Padam
  5. betull sayang kan.. MA pun ada sebentuk cincin peninggalan arwah nenek...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. Selesai semuanya.. Risau bab2 pusaka nie..

    BalasPadam
  7. best decision lah u beli gelang tu ezz...mama u akan sentiasa dekat di hati u... gelang yg berbatu tu hampir sama dgn gelang my mom yg dia bagi kat i...ada jer ni i kdg2 pakai jugak...memang rasanya emas 750 jugak...

    BalasPadam
  8. Cantik nya lahaiii gelang berbatu jade tu. Dari dulu memang suka tengok orang pakai tapi bila pergi kedai emas tak nampak lah pula.
    oo.. certain kedai emas perlukan surat belian eh untuk kita jual. Tapi kalau trade-in tak ada masalah lah kan.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah..ada kenangan arwah mama.bila pakai macam satu aura meresap dalam diri kita.aura semangat dan kasih sayang ibu kita

    BalasPadam
  10. Orang dulu memang ramai yang suka buat gelang atau loket batu jade tu. Arwah mak saya pun ada , memang cantik berseri.

    BalasPadam
  11. Macam SA, arwah mak dah tinggal pesan kat SA, jaga semua barang kemas dia dan SA dipertanggungjawabkan untuk pegang dan simpan..Abah suruh jual dan bahagi sama rata antara kami adik2 perempuan tapi SA masih pegang kata2 arwah Mak Pah, dia amanahkan SA untuk jaga..better SA jaga la...kalau adik2 nak pakai boleh je mintak kat SA dan nanti diorang pulangkan semula kepada SA

    BalasPadam
  12. tak ramai org kita buat perhiasan guna batu jade ni. mrk prefer berlian pd hal jade pn cantik je kannn

    BalasPadam
  13. Setuju kak. Apalagi ini perhiasan orangtua sendiri kan. Tak apa berkorban sedikit. Cantiiiiik gelang pintal itu. Saya tak suka pakai perhiasan sebenarnya. Kecuali bentuknya simple dan evergreen. Lebih suka membeli gold bar . Makanya sehari2 saya hanya pakai cincin nikah saja 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...