Isnin, Jun 3

Ada apa dengan Öbalab?

Dania ada cerita dekat saya yang dia ada makan satu kek yang sedap yang dibeli kat mesin gedegang kat Fakulti Pertanian. Orang panggil mesin gedegang ni vending machine dalam bahasa biasanya. Dania kata nak beli bagi ummi rasa. Kawan dia boleh dikatakan setiap hari beli kek ni. Bila petang je, selalu kek ni habis kat vending machine tu cerita Dania. Sedap sangat ke?. 

Lepas kelas, Dania belikan ummi kek ni untuk ummi rasa. Harganya RM3.20 satu ni. 

Kek ni kat tengah memang macam ada potongan jadi bahagi dua. Kesian pulak tengok Dania tengok saya makan pulak. Hehe. Mak mak selalu macam ni la mesti share jugak dengan anak kan walaupun anak tu kata tu kita yang punya. 


Rasanya lembut, sedap jugak. Teksturnya memang lembut. Kek span agaknya ni sebab bukan tekstur macam kek butter biasa tu keras sikit. Ni fluffy je....

Terima kasih anak ummi......moga murah rezeki lagi berkongsi dengan ummi. 





XOXO,
Ezna


9 ulasan:

  1. Mesin gedegang ye haha...
    Bagus Dania, sentiasa ingat Umminya 👍
    Angah pun sama juga perangai mcm Kak Dania, makan sedap je mesti nak bg Umminya rasa. Kdg kuih surau dia makan sikit rasa sedap bawak balik rumah bg Ummi rasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah......sama dengan Angah ya Kak Dania ni....Moga anak2 semua jadi anak yang menjadi penyejuk hati ibu dan ayah.

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang nyum nyum pun. Harga pun berpatutatn.

      Padam
  3. Ooo ni mcm kek chiffon sbb lembut fluffy gitu

    BalasPadam
  4. nampak sedap je kek tu...bestnya...

    BalasPadam
  5. Menarik juga .. langsung ingat sponge cake. ❤️

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...