Isnin, Jun 24

Berbaloi ke beli bangle Oro Italia ? | Habib Jewels

Alkisahnya ni gelang tangan Dania. Jenis Oro Italia yang dibeli di Habib Jewels. Design ni memang cantik la bagi saya. Lepas tu Dania kata tangannya dah makin mengecil dan gelang ni pula senang ajer boleh ditanggalkan tanpa membuka kat tempat buka tu. Just lorotkan dari tangan ajer. 

Nak dijadikan cerita, saya beli gelang yang arwah mama saya pakai (baru terjumpa. Ada adik yang simpan). Kebetulan ngam pulak saiznya. Bab ni nanti saya cerita kemudian. Nak cukupkan modal salah satunya saya kena jual la gelang Dania. Gelang yang saya pakai pula saya bagi kat Dania sebab nanti saya dapat gelang arwah mama. 



Sayang juga nak jualnya tapi sayang lagi kalau nak jual gelang arwah mama. Harta pusaka ni nak kena bahagi diantara adik-beradik. Kat bawah ni setelah emas diceraikan daripada emas memanjang (bahagian dalam) . Apa yang mengejutkan saya....emas di bahagian dalam ni emas yang memanjang ni....emasnya mutu 750. Emas bebola tu semuanya emas mutu 916. 

Persoalannya....saya bayar harga gelang ni emas 916. Memang ada tulis di resit tu emas 916 + upah. Kalau siapa yang beli Habib tahulah Habib ada juga harga upahnya. Takde pulak tulis emas 750. 

Berat gelang Dania : 7.42g
Berat emas 750 : 1.53g (setelah ditimbang di kedai emas yang saya nak jual ni) 

Harga emas semasa masa buyback 916 : RM317/g
Harga emas semasa masa buyback 750 : RM167/g

Kiranya dah rugi RM167 x 1.53g =  RM255.51
yang sepatutnya kalau emas ni 916...kiraannya RM317 x 1.53g = RM485.01 ini yang saya patut dapat.

Kenapa tak jual di Habib je?. Harganya lagi la murah kalau jual kat Habib tu unless you nak trade in di sana. Tukar emas Habib yang baru. 

Kena kuatkan diri tengok gelang jadi macam ni ya.....


Kemudian saya jual juga sebelah subang saya tapi ni emasnya mutu 375 dengan ada sebentuk berlian. Kecik ajer berliannya. Dah tinggal sebelah sebab sebelah lagi hilang. Pun dari Habib jugak tapi memang ada tulis emas mutu 375 di resit. 


Jadi....berbaloi ke beli design Oro Italia dari Habib Jewels?. Bagi saya tak berbaloi la kan semestinya la. Claim 916 tapi ada part yang 750 jugak. Emas 750 tu pun dikira untuk berat keseluruhan....unless ada stated situ berapa g emas 916, berapa g emas 750. Kalau macam ni terbuka la kan bukan hidden. 

Actually ramai juga pelanggan yang menjual Oro Italia di kedai emas ni terkena juga la. Ada emas 750 jugak dalam gelang mereka. Beli pun dekat Habib jugak la. Menurut kata seorang pekerja kat kedai emas ni. 

Bukan tak boleh kalau nak beli di Ha*** ni tapi design Oro Italia yang kena ambik perhatian sikit. Design yang lain kat Ha*** ni tak ada masalah. Oro Italia ni kemungkinan besar ada campur juga emas 750. 😥. Tapi........ini tapi kan......kedai emas yang saya jual ni yang bagitahu.  


Apa pendapat anda?. 

Tapi ada kawan saya juga yang beritahu beliau jual Oro Italia kat satu kedai emas ni diambil mutunya 916. Takde pulak kata diambil mutu 750. Sekarang ni saya pulak yang confuse. Betul ke emas saya ni 750?. Adakah kedai emas yang saya jual ni ambil emas saya yang 916 ni kepada 750?. Haaa ini lagi satu persoalannya. 

Jadi mana satu yang betul dan mana satu yang ambil kesempatan?. 😲





XOXO,
Ezna

14 ulasan:

  1. tapi kan ezz...memang ada kedai emas yg sengaja downgrade mutu emas...i pernah few times jual gelang oro habib kat kedai emas kat my area (sri anggun), dia tak upgrade pun, memang dikira 916...so i rasa kedai yg u jual tu amik kesempatan tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Suzz musykil ni siapa yang betul, siapa yang tak betul. Pelanggan la yang kena tempiasnya.....in fact I ada pergi juga emas sri anggun nak tanya-tanya....

      Padam
  2. ala rugi la.. ms beli byr hrga 916.. jual balik bkn 100% 916.. huhu

    BalasPadam
  3. maaf laa nak komen lebih2 sy ni mmg laa x tau sgt fasal emas. tahu pakai je hhahaha... cuma tu laa check betul2 takut pihak kedai amik kesempatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Anies....masalahnya kita orang biasa hanya bawa ke kedai emas untuk check. Kita mana la tahun emas jenis apa. Kita tahu pun apa yang ditulis di resit ajer.

      Padam
  4. Scary..Sbb tu x berani nk beli bangle sbb kes2 gini la...Semoga dpt settled dgn baik.Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah....so lepas ni kena elakkan la beli bangle jenis macam ni. Beli design yang lama juga yang selamat rasanya tapi provided that kita gi kedai emas yang kita biasa gi lah.

      Padam
  5. saya folow tik tok, ramai juga yang terkena dengan gelang memanjang tu isinya 750 sebab 750 keras berbanding 916. cuma tak pastila design oro italia habib atau tidak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Yan?. Lepas ni nak kena berhati-hati juga kalau nak beli Emas ni. Ya lagi banyak benda yang dicampur...emas lagi kuat.

      Padam
  6. emm.. MA pun x pandai bab emas2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah MA. Lepas ni nak kena berhati2 dan cari design selain daripada design macam ni baru selamat....

      Padam
  7. Saya memang tak pakai perhiasan selain cincin nikah kak, jadi tak paham perhiasan emas ini. Saga suka gold, tapi dalam bentuk gold bar murni. Kalo perhiasan memang tak pakai. Ada, tapi tuhlaah, tersimpan saja 😅🤣.

    Harus hati2 kalo beli perhiasan begini yaa. Terkadang toko banyak juga yg susah dipercaya

    BalasPadam
  8. ooo baru tau tentang hal ini. tq share Ezna.
    Kena take note lah eh pasal gelang yang ada tali dalamnya dan masa jual balik kena tanya betul-betul.
    Cuma apa yang saya perhatikan design emas di Habib Jewel lebih elegant 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...