Khamis, Jun 27

Open Warung?

Ni hari Sabtu yang petangnya kami ke kenduri kahwin. Malamnya kami ke Open Warung. Nak kata open house bukan juga sebab buat kat warung. Parking kereta berdekatan dengan surau. 



Warung Dato buat makan-makan kat warung dia. Kami pergi lepas maghrib. Mula jam 5 petang lagi tapi disebabkan kami dah pergi kenduri jadinya kenyang lagi kalau nak pergi petang kan?. Majlis ni tamat jam 11 malam. 



Kami pilih meja paling hujung. Senang nak keluar nanti. 


Suasana kat Warung Dato. 


Dania ambik kuay tiaw ni. Bila rasa....eh eh sedap. Saya terus ambik kuay tiaw. 


Mulanya saya ambik nasi ni. Nasi saya ambik sikit je. Lauk pauk kemain banyak sebab nak merasa. Saya ambik ni 2 set sebab hubby menjaga tempat. Kesian pulak nanti nak beratur panjang dah ambik masa sebab hubby nak terus ke surau bila azan Isya' nanti. 

Masa tengah ambik ni 2 tangan, ada adik tu cakap nak tolong. Kalau tengok baju melayu macam sedondon dengan baju tokey Warung Dato ni. Dia kata nak tolong hantar. Dihantarnya 1 pinggan ni sampai ke meja. Alhamdulilah. Kita niat nak ambikkan untuk hubby kemudian ada bantuan pulak. Hubby kata tu anak tokey tu. Terima kasih ya. Lagi satu agaknya dengan tangan saya pegang handphone lagi. Dia nampak saya terkial-kial nak pegang 2 pinggan plastik ni tu yang dia offer. Saya sibuk nak ambik gambar je. 😅


Dania pulak ambik mini cakoi ni. Eh sedap pulak tapi tak ulang ambik yang ni. Dania ulang ambik kuay tiaw tu sebab sedap sangat. 


Keseluruhan memang sedap la masakannya. Katanya yang masak semua ni isteri kepada tokey Warung Dato ni. Masa Open Warung hari raya aidilfitri ada buat juga. Kali ni mungkin sempena aidiladha pun buat lagi. Saya duduk semeja pulak dengan bakal bisan tokey Warung Dato ni. Saya kata lepas anak dah kahwin nanti lagi kerap la datang sini ya....anaknya bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak Warung Dato ni. Entah-entah yang tolong hantarkan pinggan ke meja saya. Kalau yang ni rajin la orangnya ya. 😊

Alhamdulilah kenyang untuk malam ni. 





XOXO,
Ezna

7 ulasan:

  1. alhamdulillah. rezeki mkn2 tu :) i pun suka kuetiaw tuuuu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...rezeki..kuey tiow ni kalau dapat yg sedap tu..mmg sedapppp...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. kenyang perut suka hati..

    bagus anak tokey tu.. baik hati tlg bwkkan pinggan..

    BalasPadam
  4. Tokeynya bergelar Dato ye Ezna?
    Bagus anaknya pun humble je...
    Teringin pulak tengok cakoi tu 🤭

    BalasPadam
  5. Murah rezeki tokey Warung Dato ni.. sebelum ni baca masa Aidil Fitri, ini Aidil Adha pula.

    BalasPadam
  6. Baguuus tempatnya yaaa. Saya pun sukaa kalo lihat tampilan kwetiau nya. Macam best. Dan basah. Dari dulu saya lebih suka kuliner noodles yg basah daripada kering

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah food fest dan berjumpa ramai kawan-kawan

Lepas ambik Dania, kami nak ke Bangunan Canselori sebab nak tukar kad siswa RHB Dania yang takde gambar dan program pengajian pun dah bertuk...