Rabu, Jun 5

Jom Petik Jagung di Fakulti Pertanian

Tahun lepas bulan Julai 2023, saya ada memetik jagung kat dalam Ladang 15 ni. Nak petik jagung ni orang luar pun boleh masuk ya. Pada 30 Mei 2024 (Khamis), lecturer Dania, Dr. Shazrul Ekhmar ada promote sesiapa yang berminat nak petik jagung. Harga satu tongkol jagung ialah RM2. Masa ni betul-betul lepas kelas. Saya dah pick up Dania dan bawa kereta dah dekat nak keluar Fakulti ni sekali Dania cerita pasal Dr. promote ni....apa lagi saya buat U Turn la sebelum gate keluar fakulti. 

Masa ni dalam pukul 11 pagi camtu. Dengan takde topi semua. Ye lah tak plan pun sebab tak tahu pun hari ni ada petik petik jagung ni. Saya pegang bakul kecik tu. Jommmm petikkkkk.....



Cuaca baik dan panas juga ni. Dania di sebalik jagung yang meninggi. Teringat projek jagung tak?. Haha. Dania dia sensitif sikit bab nak menjaga tumbuhan ni. 


Masa ni saya nak buat video dah ni. Rumput kat bawah ni jarang-jarang. Dania tak berapa nak masuk dalam ni sebab kasut Dania warna beige tapi saya kat masuk je sebab tanah tak lecak dan kering je. 


Dah nak penuh dah bakul. Ambik pun tak banyak tapi disebabkan jagung tu besar jadi nampak la banyak. 


Kalau nak pilih, pilih la yang rerambutnya yang kering dan bentuk buah yang besar. 


Apa yang saya perhatikan, tanaman jagung tahun ni tak sebanyak tahun lepas. Tanaman kat sini ditanam oleh pegawai pertanian kat Fakulti ni. 


Alhamdulilah....selesai dah memetik. Satu kepuasan tu petik sendiri. 


Sempat lagi bergambar tu dan pegang plet besi tulis Jom Petik @ Agri. 


Dari tempat kami parking kereta. Suka hati kita nak petik jagung yang mana. Nak batas barisan hadapan ke, tengah ke belakang ke.....janji yang dipetik tu jagung. 


Bergambar la dengan traktor ni dengan tulisan We 💗 UPM. 


Lepas tu balik la. Tak nak berlama kat sini sebab hari pun dah nak menjelang tengahari. Matahari pun makin naik. Lagi panas la nanti. Ada juga saya berkongsi dengan orang lain juga jagung ni dan saya nak buat juga cucur jagung untuk?......nantikan post selepas ni la....

Aktiviti petik jagung ni macam dibuat sehari je sebab keesokannya pada 31 Mei 2024 (Jumaat) dah tak nampak kanopi biru dan ladang nampak sunyi je. 





XOXO,
Ezna



 

8 ulasan:

  1. Seronoknya...SA bab petik2 ni SA suka...

    BalasPadam
  2. wah..seronoknya but panas lit lit la pulak kan

    BalasPadam
  3. Boleh ronda2 naik traktor tu tak?

    BalasPadam
  4. syok tu petik jagung...bole masak bubur jagung:)

    BalasPadam
  5. Jadi teringin buat sup jagung 😄. Dah lama tak buat. Memang best kalo bisa beli langsung dari faculty seperti ini. Kualitas nya terjamin dan harga pun sesuai lah 👍. Bisa petik sendiri pula ❤️

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...