Selasa, Jun 18

Malam seterusnya mengintai lembu lagi….

Tajuk mengintai lembu tapi ni nampak ikan siakap. Hehe. Hari Ahad tu kami bertiga berpuasa jadinya saya masak ikan siakap tiga rasa. Saiz ikan siakap ni besar. Hari tu saya nak beli yang kecil sikit sekali hubby pilih yang ni. Udah bercerai kepalanya sebab besar sangat. Ikan ni digoreng garing dahulu. Goreng garing ni saya letak serbuk kunyit, tepung jagung dan garam sahaja. 



Ini pula setelah dituang sos dan ditabur atas ikan dengan daun bawang, daun sup, daun ketumbar dan potongan bulat bawang Holland dan buah tomato. 


Telur dadar dengan isinya buah tomato, bawang merah, daun sup, daun bawang, cili merah, cili api dan diperasakan dengan garam dan lada putih. 


Malam pula setelah hubby selesai bersolat jemaah di surau berdekatan, kami ke tempat lembu lagi sekali sebab nak tengok lagi lembu kami. Mana tahu tag telah ditukar pulak ke.....ini pun sebab dalam group surau ada bagitau sesiapa yang berhajat nak tengok lembu masing-masing. Kalau nak tengok masa Hari Raya Aidiladha dah agak susah sebab orang pasti ramai dan sibuk kan?. Sebelum pergi hubby kata kalau takde orang kita patah balik sebab lembu-lembu ni ditambat bersebelahan dengan kawasan perkuburan. 

Akhirnya....lembu yang sama juga rupanya. 


Lembu kat sini dalam 30 ekor. 


Ambik banyak sikit gambar lembu ni. Dania kata mata dia macam pakai celak. Ummi lembu tengok ummi la. Entah ya entah idak. 


Lagi lembu. Tiba-tiba saya panggil Momo. Hehe...


Ada juga lembu yang duduk berehat. Lembu No. 13 agak curious sebab mungkin ada orang yang lalu lalang depan ni. Ramai juga kat sini sebab tengah ada taklimat. Penuh motor kat sini. 


Ini tempat nak mengapak daging agaknya ni. 


Lepas tu hubby ajak minum malam pulak dekat mamak kat Putrajaya. To be exact dekat Q Bistro. Makanan ni kami share bertiga. Ada je yang tak habis. Kita tapau. 


Kat Q Bistro ni memanjang je ramai orang. Syok betul tokei dia kira duit ya....


Lepas tu balik rumah. Sempat pulak layan movie Madame Web dekat Netflix sekejap. Eh best la pulak tapi esoknya nak bangkit awal nak solat subuh dan solat sunat Aidiladha jam 8 pagi. Saya nak gi awal dengan Dania sebab kalau gi lambat kena solat kat bahagian atas tak ada carpet. Hehe. Kat bawah selalin bercarpet, ada aircond best sikit. Kat atas kawasan luas jadi agak panas juga...lantai kayu lamina jadi bila nak sujud keras sikit. 

Penyudahnya....selamat malam dunia.....Madame Web sambung nanti la...





XOXO,
Ezna


 

20 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Wak. Selesai dah Hari Isnin baru ni. Alhamdulilah.

      Padam
  2. Alhamdulillah tahniah Ezna berkorban juga 👍
    Tambat tepi kubur mesti selamat lembu² tu .. di tmpt saya lembu² diletak dlm kawasan surau, berpagar dan berkunci.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah PH. Moga ada rezeki lagi tahun depan. Insya Allah. Rasanya ada yang berkawal tu. Kami nak gi tengok kena pastikan ramai orang. Nasib baik ramai tapi area lembu ni tak la sebab mereka tengah dengar taklimat. Seram sebab dekat sebelah perkuburan ni....kalau siang ok lagi. Ni malam.....

      Padam
  3. Tak apa la kepala dah putus pun.. nnti lepas tuang kuah tu bukan perasan pun hahahaha.. alhamdulillah sedap juadah berbuka.. bagus pi tgk lembu sblm di qurban kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah sekurang-kurangnya kita tengok la lembu kita yang mana. Haha kepala terpaksa dipenggal tu....Terlebih saiz dari pinggan. Alhamdulilah....kami berbuka 2 lauk je tapi alhamdulilah kenyang.

      Padam
  4. Banyak tu sampai 30 ekor. Mungkin kawasan tepi kubur tu luas untuk dijadikan tempat tambatan dan sembelihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasan dia memang luas cumanya jalan nak masuk tu kecik sikit.

      Padam
  5. Alhamdulillah. Selesai sudah tuntutan agama.
    Moga Allah terima segala amalan kita.

    BalasPadam
  6. Salam aidiladha.. Wow.. Meriah yer perkakas masak siakap tu.. Smpai tak nampak rupa ikan dah.. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya...masak sendiri sampai tenggelam ikan siakap ni.....

      Padam
  7. salam eidul adha ezz! i baru BW pagi ni :) dh masuk opis ni wpun opis sunyi jer ni. i ada meeting 2.30 pm ari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa you balas ni....I hantar Dania ke Fakulti pun sunyi. Kereta pun kurang. Macam ramai tak ada kelas je.

      Padam
  8. kepala ikan tercabut boleh makan lg. kalau isi berterabur... haaa... jenuh nak kaup dlm minyak...😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha betul jugak tu Anies.....sebenarnya kepala ikan tu suami akak cabutkan sebab nak masukkan dalam pinggan tu. Sabo je lah. Dia dicabut bukan 'tercabut'.

      Padam
  9. 30 ekor ..banyaknyaa ..semua lembu-lembu tu untuk di korban kan ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya begitulah CCL sebab ni anjuran Masjid dan surau2 di bawah Masjid tersebut. Surau rumah sis ada 6 ekor sahaja. Campur lagi surau yang lain....terus jadi angka 30 ekor. 1 shot sekali dan setiap lembu ada petugas masing2 jadi pantas la. Dalam 11 pagi dah settle boleh ambik daging dah.

      Padam
  10. Alhamdulillah.
    Banyak lembu korban, in syaa Allah banyaklah penerimanya.

    BalasPadam
  11. Besar2 sapinya 😍😍😍😍. Semoga diterima Allah semua kurban2 kita ya kak ❤️. Saya idul kurban kemarin tak ada yg special, macam hari biasa. Saya tak berani lihat kurban kambing saya, Krn selalu tak tega. Jadi memang dari awal hubby beli, langsung kasih ke staff mesjid. Kami tak nak lihat lagi, apalagi saat dikurban 😅. Memang tak kuat . Sudah ikhlas saja yg penting 🤭

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...