Lepas solat di Masjid SS2, kami ke Seksyen 14, Petaling Jaya. Masuk dalam food court berdekatan dengan pasar Seksyen 14 tu.
Dah lama tak makan Nasi Ayam Melaka ni.
Dania pula makan Nasi Ayam Ipoh. Walaupun kat Nasi Ayam Melaka tu ada jugak Nasi Ayam tetapi speciality kedai Nasi Ayam Melaka tu ialah Nasi goreng ayam. Kalau nak nasi ayam yang sedap kena order kat Nasi Ayam Ipoh. Bagus dah lama mereka berniaga dan takde la pulak hasad dengki ni. Bagus dan boleh dipuji. Kadang kalau berniaga yang sama ni kan faham-faham la. Nak nak berdekatan pulak.
Ni nasi goreng ayam Melaka....banyak portion dia. Tak habis kita tapau kan je. Sama je macam nasi ayam sebab ada ayam dan sup serta sos dia.
Close up nasi goreng ayam Melaka ni. Dia ada campur sekali hati ayam dalam ni. Sedap dan cukup rasa. Dah lama dah sebenarnya saya makan kat sini since bertunang dengan encik hubby dulu tahun 2003. Hubby la yang bawa makan kat sini.
Tempatnya dalam bangunan tertutup dan tak banyak beza pun dari dulu.
Order juga sate. Pemiliknya masih orang lama yang hubby kenal la.
Lepas makan, nak pergi ke satu mall yang kami tak pernah pergi lagi.
XOXO,
Ezna






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.