Rabu, Oktober 3

Misteri di hari kedua bercuti ......

Pagi2 ni pergi breakfast dulu tepi pool. Best je makan pagi tepi kolam ni. Saje pilih meja tepi kolam. Kolam ni pula 24 jam ye. 


Ini sangat rare bila burung merak ni dilepas bebas. 


Siap masuk dalam coffee house lagi. Ada seorang kawan saya tanya Avillion PD ni ada petting zoo kan? Saya kata ada. Paling rare merak masuk coffee house lagi 😃😃😃


Lepas makan bersiar-siar sekitar Avillion ni. Ni dek untuk berehat sesambil menikmati permandangan laut yang luas terbentang. 


Pool ni khas untuk orang dewasa je ye. Pool kami mandi tu kanak2 pun boleh join. Maybe pool ni lagi dalam kot. 


Haa ni petting zoo. Ada arnab dan kura2. Rasanya saya nampak ayam belanda jugak. 


Saje nak ambik gambar kat sini. Dek depan tu untuk pertunjukkan cak lempung. Entah bila pertunjukkannya saya kurang pasti. 


Ni parking sebelah Avillion Port Dickson. Nampak kat sini macam normal je kan....


Cuba saya zoom dekat atas bukit ni. Nampak seram kan rumah ni. Nama rumah ni rumah Zaitun. Bila surf internet kepunyaan pemilik syarikat Zaitun tu....gunakan tanpa was was. Ingat lagi tak? Seram sangat bila terpaksa lalu malam hari nak pergi ke tempat parking. Dania kata tak payah ambik gambar la ummi. Takut nampak benda lain. Memang rumah ni rumah tinggal. Kawasan rumah ni yang dijadikan parking oleh pihak Avillion. 


Ada kolam ikan juga depan hotel. 


Dania dan ayah...


Ruang menunggu di lobi. 


Haa ni pool yang kami berendam hari sebelumnya. 


Dania dengan nak basuh tangan guna tempayan tradisional. 


Dek ni best kalau nak tengok permandangan. 


Ambik gambar bunga teratai warna merah jambu pulak. Bunga teratai saya kat rumah warna ungu. 


Basuh kaki kat air perigi pulak. Bukan perigi yang dalam tu. Cetek ajer perigi ni. 

Boleh nampak deretan water chalet melalui tingkap bilik Duplex Queen saya ni. 


Ni lah percutian simple kami tiga beranak. Misteri rumah Zaitun tu pun tak terungkai. Try la datang ke sini....tengok ada rasa seram ke tak?...

4 ulasan:

  1. pernah stay kat sini tapi tak perasan pulak rumah ni.. biar la sy taktahu dari tahu. huhuu seram pulak rasanya hahaha

    BalasPadam
  2. Sy pernah jugak ke avillion. Parking dekat kawasan rumah tinggal tu. Alhamdulillah xde gangguan apa-apa.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..saya baru balik bercuti dari avillion.jadi x banyak sgt aktiviti kan sbb pkpp dan covid skrg ni..jadi kami anak beranak pkir nk keluar la bila dh malam..bila malam kami keluar dan balik kami parking kt parking..saya x perasan pulak rumah tu xda org..sy ingt ada penghuni..lebih kurang pkul 11 kami balik..pastu bila kami terun lif tingkat 1 (tinkat 1 kan nk msok water chalet)bila dh keluar dari lif,isteri saya ada terbau sesuatu (bau kapur barus)dia cakap sepanjang jalan nk blik water chalet tu makin lama makin bau kuat..utk makluman sy xda bau apa-apa lansung..dan anak sy 2 org pun xda meragam apa (selalu budak2 kan senang nampak benda tu)..cuma isteri sy ada bau tu..bila kami dh sampai water chalet,rasa lega..(nota:isteri saya cerita pasal dia bau tu bila hari kami check out dari avillion)ok dh sampai water chalet,dalam pukul 12-1 am mcm tu la sy dh ttup lampu semua cuma tinggal lampu koridor ja..ada la terdengar bunyi benda jatuh..bkn skali..byk kali..pastu ada dengar mcm burung..sy x pasti sama ada burung atau apa..lepas pada tu,isteri sy cakap lampu koridor sat menyala sat dak..dan pintu blik air sy x rapat kan..anak sy yg sulung umur 4 tahun dia cakap awt papa main pintu..sy dh pelik..dia pun ckap bukan2 malam tu..mmg mlm tu sy x tdo..lepas subuh baru bleh lelap..tu la pengalaman sy..x pasti mmg dia dok kt avillion atau dia ikut kami dari rumah ksong tu..seramm.tu kisah sy..sy bkn reka cerita ni..klu sy reka pun xda faedah kt sy..pengalaman dan sy xkan p dh avillion..hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seramnya pengalaman. Saya ambik gambar tu waktu siang je. Malam masa nak pergi ke kawasan parking tu nasib baik dengan ada lagi 1 group so beramai-ramai la ke tempat parking. Masa balik pun ikut group family lain juga jadi kami takde la takut sangat tapi ada satu group family tu lalu kawasan rumah tu dok sebut sebut 'ghostbuster' 'ghostbuster'. Dia buat main2. Saya rasa rumah tinggal tu ada misteri lah. Kalau kita parking dekat2 dengan rumah tu pun seram....

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...