Dah nak dekat sebulan Dania kerja kat F.O.S ni jadi apa yang menariknya di sini?. Masa ni Dania sibuk nak punch card nak balik. Sementara menunggu tu saya ambil la gambar dalam ni.
Harga kat F.O.S ni bagi saya berpatutan la.
Ini bahagian wanita. Ada juga size untuk yang berbadan besar. Dania kata jaket ni cantik.
Kebanyakkan pakaian F.O.S akan buat harga kombo macam yang ni. Sehelai seluar ni berharga RM49.50 (kalau beli 2 helai).
Graphic Tee Oldskool ni yang mendapat permintaan ramai. Selalu design akan bertukar. Harga sehelai jatuh pada RM19.67. Dania pun ada beberapa helai yang ni.
Harga pakaian kombo lagi.
Harga stokin. Berbaloi juga beli harga kombo kan?.
Nak pergi beach? Sesuai juga bermudas ni tapi seeloknya kalau lelaki tu menutup lutut la.
Baju kanak-kanak 3 untuk harga RM49. Sebelah tu 2 helai dengan harga RM59.
Navy & Navy ni memang brand di F.O.S. Harga kombo 3 untuk RM65.
Blu Sand ni pun salah satu brand yang dijual di sini.
Tarikan kat F.O.S ni ialah harga kombo yang ditawarkan. Kalau beli banyak lagi berbaloi.
Dah pernah masuk ke F.O.S? Kalau nak tengok lokasi F.O.S boleh la layari https://www.fos.com.my
XOXO,
Ezna
memang harga kat FOS sgt berpatutan!
BalasPadamYa Suzz memang berpatutan la berbanding kedai macam FOS ni.
PadamMemang suka beli baju di fos. Harga berpatutan.
BalasPadamOh Mulan pun suka beli sini ya....
Padamkalau la ada saiz untuk diri sendiri hehehe....
BalasPadamMungkin ada....dari saiz kecik sampai Plus Size. Rasanya Dania kata FOS dah mula ada saiz Plus ni.
PadamMasalahnya kadang2 nak beli satu aje
BalasPadamKalau beli sehelai harga sehelai la Wak dan mahal sikit kalau beli harga kombo.
PadamMahal sikit dari harga kombo yang lebih rendah.
PadamMA pun suka shopping kat FOS
BalasPadamSaya sukaaa kalo combo begini. Tapi tuh laah, skr ini bisa dibilang tak pernah beli baju secara offline lagi 😅. Semuanya dah online. Padahal dulu bisa dibilang tiap bulan ke mall hanya cari baju 😄
BalasPadam