Isnin, Ogos 5

Pahit & manis part time selama 4 hari

Ni malam hari first bekerja ni. Sempat lagi snap sebelum ambik. Hehe

Crew T-Shirt warna beige dipadankan dengan inner coklat. Tudung chiffon warna hitam dan seluar cotton warna hijau.


Lepas tu singgah Mr. Kabab & Biryani Presint Diplomatik, Putrajaya. Nak minum malam. 


Nak try makan Pani Puri ni. Tengah ni kuahnya. You alls dah pernah try?. 


Close up isi dalam Pani Puri ni. Tengah dia memang berlubang. 


Masa makan dia...unik sebabnya ada rasa masam, masin, manis dan pedas dalam satu suapan. Kulit luar dia rangup. Cara makan, masukkan kuah ke dalam Pani Puri ni dan makan. Saya makan dengan gigit sikit kulit dia tapi jangan semua sebab nanti tumpah la kuah dia. Lepas tu makan semua sekali. 

Curious saya apa la bahan-bahan dalam ni jadi saya google resipi dia.  

Kuah Hijau

Bahan-bahan (Kisar):
- Daun ketumbar
- Cili api
- Jintan putih
- Jintan manis
- Garam halus
- Gula
- Air

Kuah Putih

Bahan-bahan (Gaul):
- Mayonis
- Daun ketumbar
- Air

Air Asam

Bahan-bahan (Masak sehingga sedikit pekat):
- Asam jawa
- Gula pasir / gula perang
- Air
Inti

Bahan-bahan (Gaul)

- Kentang lenyek
- Daun ketumbar
- Bawang
- Serbuk cili
- Garam halus
- Serbuk jintan manis dan jintan putih
Penyediaan Pani Puri

Bahan-bahan:

- Pani puri
Cara-cara:
1. Goreng pani puri dengan api perlahan.
2. Balik balikkan sehingga menjadi bulat kemudian terus angkat. (Ini akan mengambil masa yang sangat singkat jadi perlu cepat).
3. Pecahkan sedikit bahagian atas pani puri dan masukkan inti.
4. Tuang sedikit kuah hijau, kuah putih dan air asam kedalam.
5. Siap!


Credit : Facebook My Resipi


Muka letih tapi masih boleh tersenyum. Katanya penat sebab first day kan dan kena banyak berdiri je. Nampak cam muka lonjong sebab tak tukar setting ambik gambar. 😅. Dapat juga lanyard 'Shop Assistant' F.O.S.
 

Ni hari kedua menghantar Dania ke tempat kerja. Muka fresh. Siap dah makan tengahari kat rumah. Bekal tetap bawa untuk makan malam sebab syif petang ni sampai malam. 


Hari kedua ni mengenakan cardigan hitam dengan Crew T-Shirt lengan pendek warna hitam dengan seluar cargo. Tudung fabrik jersey warna kelabu. Ada kawan saya berkenan macam mana Dania buat drape tudung tu. Saya kata kalau pakai tudung jersey ni boleh buat drape berlayer macam ni. 

Ada seorang pekerja lelaki tengok seluar cargo Dania ni dan kata macam sebijik seluar cargo yang dijual kat F.O.S. Dania kata bukan jenama F.O.S tapi jenama lain. Saya beli tu jenama Forest. Hmmm...ingatkan lelaki tak memerhati. Rupanya ada yang memerhati 😅. Dania kata esoknya tak boleh la repeat seluar cargo ni. 😂

Hari kedua pula sakit tangan pulak sebab stok barang baru sampai jadi kena angkat dan lipat pula pakaian. 


Lepas tu Dania kata dah lama tak makan Llao Llao ni. Jadi singgah la beli. 


Hari ketiga dengan Crew T-Shirt warna hitam dengan cardigan warna hijau dipadankan dengan tudung warna hijau. Seluar warna hitam. 


Hari keempat dengan Crew T-Shirt warna kelabu dipadankan dengan inner warna coklat. Seluar cargo warna hitam dan tudung warna biru denim. Crew T-Shirt warna hitam dan kelabu pakai yang 2 tahun lepas punya masa kerja lepas SPM. Kena beli tapi harga dia RM5 la sehelai. 


Ini pula seleksi bekal untuk Dania.

Hari pertama :
Sambal tumis ikan bilis, buah tomato dan telur goreng. 


Hari kedua :
Ikan masak cuka dengan kangkung goreng belacan. Letak sikit kicap kat nasi. 

Dania kata bila buka tupperware makan dalam stor harum semerbak bau kangkung goreng belacan ni 😆. Ummi letak sikit je tapi bau dia semerbak. 


Hari ketiga : 
Fettuccine dengan udang buttermilk dan buah epal dan atas fettuccine tu letak daun salad diracik halus. 

 

Hari keempat :
Burger ayam dengan mayonis, mozarella cheese, daun salad, sos cili dan tomato ceri. Salad yang digunakan tu salad red leaf. Ada dua warna pada daun tu hijau dan warna gelap keunguan. Dalam gambar ni warna dia nampak hitam tapi sebenarnya keunguan tapi gelap. 


So far ok lah 4 hari bekerja ni. Bila mula bekerja ni macam-macam la lenguh sana sini tapi bila dah biasa ok lah. Boleh berjimat juga bawa bekal ni. Debit card pun top up juga just in case nak beli apa-apa. Dania....just enjoy je la waktu bekerja ni. Dania cerita ada gak yang bertanya-tanya bercerita dengan Dania. Budak yang perasan seluar kargo Dania tu la 😅. Ok lah tu dah mula berbual. 





XOXO,
Ezna

22 ulasan:

  1. alahai... besar dah anak omak ye kak. mula mula hantar kindie, sekolah rendah, sekolah menengah, IPT... eh,.. dah hantar kerja.

    BalasPadam
  2. Budak tu tegur seluar Dania sbg mukadimah perkenalan kot hihi. Takpe Dania, alah bisa tegal biasa. Aunty masa belajar dulu pun keja part-time dekat food court Jusco (nama AEON dulu), memang lenguh pinggang kena berdiri sepanjang masa. Nak bagi lupa rasa lenguh tu kalau tak sibuk buat order makanan, saya berdiri sambil baca nota kelas hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajinnya Aunty Karni siap baca nota lagi ya....awal2 tu macam ni la. Lama-lama bila dah terbiasa ok je. Sama la masa lepas SPM kerja tu. Awal2 macam2 lenguh sana sini. Lama2 dah terbiasa.

      TQ di atas perkongsiannya.

      Padam
  3. ada kawan boleh buat berbual okey la tu kan..tak la bosan sangat .sedap nampak sambal tumis tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal tumis tu Dania suka tapi yg ni terbuat terpedas sikit. Berapi pulak tu. Haha.

      Padam
  4. wahh complete gambar ni utk 4 hari ;) nampak dania ok jer keje kat situ tu kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz....saje nanti habis je 2 bulan kerja I nak buat reels. Boleh la compare setiap hari dan ceritanya. Hehe.

      Padam
  5. Balasan
    1. Ya betul UG. Pengalaman tu mengajar juga kan.

      Padam
  6. wahhh kudos Dania dah 4 hari kerja! sedap2nya bekal dania!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena bawa bekal la sebab kalau setiap hari nak membeli faham-faham la kan Ana.

      Padam
  7. Alhamdulillah... Seronok, siap ada bekal.. Memang jimat nie....

    BalasPadam
  8. time cuti nanti bleh g massage. urut2 sikit kaki tu. sbb lama.berdiri, kan?

    BalasPadam
  9. Dah besor.. Dah mula berjinak alam pekerjaan.. Mak nya mmg monitor habis.. Bawa bekal ke tmpt kerja mmg terbaik.. Lenguh lenguh tu biasa la kalau jadi shop promoter. Ada yg dah menegur tu... mak nyer kena siap nak terima menantu tak lama lagi hihiii :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huiii anak perempuan memang kena kawal. Nak nak zaman la ni. Lenguh lenguh tu memang terasa la baru2 lagi. Dah biasa ok la tu. sementara tu ummi dia kena la dengar bab lenguh2 tu. Hehe.....Hishhh terima menantu tu bior habis belajar dulu. Hehehe...

      Padam
  10. Hahahahah cara utk berkenalan lah tuh 🤭😄. Baguuus juga Dania bawa bekal sendiri kan, jadi bisa hemat memang.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...