Isnin, Ogos 12

Dania pernah semeja dengan pemanah Olimpik Paris 2024

Saya tengah clearkan blog post dulu sebelum saya ternampak gambar ni. Dania masa ni tengah tulis esei untuk pertandingan menulis esei Princess. Oh....Dania masa ni 8 tahun dah mula masuk pertandingan menulis esei in English. Ni untuk majalah di bawah Voila. Event ni diadakan di Paradigm Mall, Petaling Jaya. 

Ada 5 orang je yang masuk pertandingan menulis esei ni. Baju biru 3 orang ni semua adik-beradik dan saya kenal ibunya. Ya ibunya yang pernah jahitkan baju dress Dania. Hujung deret Dania yang baju biru tu lah Ariana Nur Dania yang mewakili Malaysia dalam sukan olimpik Paris 2024 dalam acara memanah. 

Seorang lagi pemanah yang mewakili Malaysia iaitu Syaqiera Mashayikh pula pelajar UPM. Kalau mewakili Malaysia ni pasti merit UPM dia tinggi ni. 


Ariana Nur Dania ni sedang beraksi dalam acara memanah. Berumur 19 tahun tapi dah mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Family dia ikut sekali ke Paris. Kalau tak silap saya family Shikin ni dulu pernah menjadi jiran Wardina Safiyyah sebab masa pergi rumah Wardina pun kenal Shikin ni. 

Credit : Bernama

Ni masa birthday Dania yang kelima. Buat kat Apartment kami di Puchong Jaya. 
Baju Dania ni Shikin...ibu kepada Ariana yang jahitkan. 
 

Kat pinggang tu diletakkan sekuntum bunga ros warna putih untuk menaikkan seri. 


Seronok Dania masa ni dengan belon warna ungu dan merah jambu. Photograper masa ni Zubye (Eyes of Grace). Kiranya Shikin yang buat dress Dania ni kawan baik Zubye. Memang saya suka sangat hasil bidikan Zubye. Gambar dia sangat cantik dan ada penceritaan. 


Siapakah?. Mama Zharfan aka Suzz dengan Zharfan. Bayangkan dah berapa tahun ni Suzz?. Kalau Dania 5 tahun, Zharfan masa ni mesti 4 tahun. Zharfan pun baru je habis asasi. Kejap je masa berlalu kan?. Masa ni Suzi datang masa birthday Dania dengan Zharfan. Comel je Zharfan kan?. 


Ini lagi satu baju yang Shikin jahitkan. Kain ni saya beli asing dan saya minta Shikin jahitkan mengikut fesyen yang saya nak. Jadilah satu dress bertingkat potongan A untuk Dania. Border tu letak lace. 


Kiranya Dania pernah la semeja dengan pemanah olimpik masa kecik kan. Hehe...





XOXO,
Ezna



11 ulasan:

  1. wah...kenangan sgt kan...siapa sangka.
    zharfan..tecik sgt tu

    BalasPadam
  2. Ok boleh claim hihihii... Okla semeja segambar..kita ni bayang2 pun tak pernah jumpa hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....jadilah ya.....lagi pun ibu pemanah olimpik ni yang jahitkan baju Dania masa kecik.

      Mana tahu pernah jumpa cuma tak ingat je.

      Padam
  3. wah kenangan time kecik2 dh semeja ye dania dgn pemanah olimpik tu....gmbr2 dr Zubye tu mmg cantik..nk2 die suka amik gmbr yg baby2..suka tgk

    BalasPadam
  4. lama dah rupanya akak kenal MZ

    BalasPadam
  5. Oh dah lamaaa juga kakak kenal kak Suzie yaaa.

    Dania lucuuu sangat saat kecil, gemaaas 😍❤️. Memang betul baguuuus hasil2 foto nya. Pandaaaai fotografer ambil momen. 😍👍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...