Selepas ke RisSmart Butchery, hubby punya idea kami minum petang kat sini.
Kat mana?
Saudagar Nanas....
Ada kawasan berpayung berwarna-warni.
Kami duduk kat meja dan kerusi tinggi tepi sekali. Permandangan cantik la dari sini.
Dania ambik nanas ni. Kalau ummi la campur sekali dengan serbuk asam.
Beli satu slice kek nanas cheese ni. Ummi dan ayah makan sekali dah tak nak sebab rasa cheese dia kuat la. Dania la yang suka jadi Dania la yang menghabiskannya.
Kopi ni special sebab kopi nanas.
Beli juga bahulu gulung nanas.
Kat bawah ni pokok-pokok nanas bermacam jenis.
Kami duduk ni tepi burung kakak tua ni....Bising la burung ni....macam mak nenek je....membebel.
Kadang-kadang burung ni syok sendiri....gelak, lepas tu ajuk orang bercakap, angguk-angguk kepala tu ikut rentak muzik kot.
Tepi burung ni juga ada pokok yang dibiarkan tumpang / tumbuh kat pokok lain. Sihat pulak nampaknya pokok ni.
Ada juga tempat makan kat sini yang macam ni.
Dari arah depan. Cantik juga kan kalau makan kat sini. Lawa la kalau ambik gambar.
Ni pula tempat makan kat tingkat atas. Pun ada.
Kat tempat nanas ni juga diletakkan orang orang untuk menakutkan haiwan apakah?.
Hijau nampak daun nanas ni.
Balik rumah ada plastik sangkut kat pagar. Adik hantar ole ole dari Kota Kinabalu, Sabah dan Langkawi. Ada juga butang baju melayu untuk hubby yang diperbuat daripada mutiara. Ni sebab adik saya kena out station tugasan kat dua tempat ni. Terima kasih daun keladi....😍
Saudagar Nanas Agrofarm ni terletak di:
Lot 3000, Kg Sg. Merab luar
43000 Kajang
Selangor.
XOXO,
Ezna
Sedap nya makan nanas... Mesti manis nanas tu
BalasPadamYa betul nanas tu manis.
PadamPernah pergi Saudagar Nanas ni masa lepas PKP dulu. Ramai ya amat orang, sampai takde tempat duduk. Setakat tengok² pemandangan je, then balik je huhu.... Nak try nasi goreng nenas dia sebenarnya :)
BalasPadamIshhh time tu tengah ramai kot. Sekarang ni kan PH tempat duduk dia dah banyak dah. Oh nasi goreng nanas. Nanti kita lak nak mencubanya.
Padamwah semua menu berdasarkan nanas ye...
BalasPadamYa betul. Kopi pun kopi nanas. Boleh la cuba kalau datang sini.
Padamteringin nak gi jugak..in sya Allah..one fine day
BalasPadamSilakan....kalau lajak ke sini singgah la....
PadamRasa nak pi plak..nampak menarik tempat ni..tunggu suami pindah sini nanti la baru bleh selalu jalan-jalan
BalasPadamOh SA nanti pindah sini ya....ok tunggu SA pindah dulu.
PadamAishhhh nenas 😍😍😍😍😍. Saya sukaaaa, apalagi kalo dpt yg manis.
BalasPadamApakah rasa kopi nenas yaaa? Kalo kopi durian saya dah sering coba. Di medan atau jogja ada soalnya.
menarik ni! ada rezeki nnti nak juga laa ke sini👍👍👍
BalasPadam