Alhamdulilah hari pertama mula kerja jam 2 petang sampai ke malam.
Buka je pintu automatik ni F.O.S belah kanan tu je. Lepas tu nak drop off pun depan pintu ni je. Dekat la.
Bergambar dulu hari first ni. Nampak tenang la kan.
Berbanding hari first tahun 2022 dulu...😅. Muka cuak habis.
Masa ni tunggu nak dapatkan punch card.
Tatacara berpakaian pula, tudung warna gelap, inner baju pun warna gelap. Kalau pakai cardigan kena warna gelap-gelap juga. Seluar warna coklat gelap, hijau, kelabu, biru kehitaman dan hitam. Nak highlight kan pakaian kat F.O.S jadi yang kerjanya kena tone down la.
Lepas tu saya tinggalkan Dania kat F.O.S dan terus menuju ke tempat lain. Saje nak jalan2 dalam mall ni.
Dalam sejam kot berjalan....akhirnya tibalah masa nak balik. Jenguk Dania dulu. Tau tau tengah melipat baju kanak-kanak. Dania bertugas kat baju kanak-kanak pulak. Dulu kerja masa lepas SPM bertugas kat bahagian wanita.
Ok lah Dania ummi balik dululah. Jumpa malam nanti.
Bekal dan snek pun dah ada....
Bagus juga kalau anak bekerja ni sebabnya boleh la improve communication skills, skill bekerja dalam satu pasukan, negotiation skills dan banyak lagi.
Dania masuk balik untuk degree kat UPM pada 14 Oktober 2024 jadi habiskan masa bercuti dengan buat kerja part time. Panjang juga la masanya.
XOXO,
Ezna
semoga yang baik2 je buat dania
BalasPadamTerima kasih Linda.
Padamwah...keja part time..cuti sem ke? all the best dania..
BalasPadambetul..boleh cari pengalaman jugaks
Ah ah tengah bercuti ni MA sebelum masuk balik pada 14 Oktober 2024. Habis final exam dah :)
PadamNanti buat tutorial lipat baju mcm kat kedai boleh tak Dania? Aunty lipat baju cincai2 je hehe.
BalasPadamNanti la sis suruh Dania melipat dan ambik videonya. Ye lah kan....kat kedai ni ada teknik dia....ok Aunty Karni....nanti Dania cuba buat tutorial ya...
PadamGood luck & happy working dear..=D
BalasPadamTerima kasih :)
PadamBaguss Dania...boleh tambah2 duit poker Kan..
BalasPadamTerima kasih mama Dania :)
PadamAll the best dania.best tu dpt gaji nanti🤩🤩🤩
BalasPadamTerima kasih Suzz....
PadamBetuuuul tuh. Bisa mengajarkan anak juga mandiri dan bagaimana mencari uang. Sayangnya di sini tak banyak lowongannutk pekerja part time kak. Makanya saat cuti sekolah atau kuliah anak2 sini lebih sering berjualan sendiri . Krn memang tak banyak tadi. Lebih suka ambil karyawan tetap toko2 di sini
BalasPadamOh kat sana tak banyak peluang ya?. Kalau di IOI City Mall ni banyak juga cuma kena jalan sikit la tengok iklan kat luar tokonya. Oh suka ambil karyawan tetap ya.....
PadamAmmi dulu tiap kali cuti sem kerja kat Pizza Hut. Tp masa final year diploma PH taknak ambik part time staff jadi ammi ikut je mak arwah kawan baik ammi kerja jadi tukang basuh mangkuk kat kantin kilang. Maknya tukang masak, ammi basuh pinggan
BalasPadamKerja juga ammi ya....ok lah tu. Pengalaman pun ada. Bagus Ammi....
Padamkeje PT ni bagus. dpt bantu cantikkan lagi resume kita time nak apply kerja sebenar...all the best dania👍
BalasPadamTq Kak Anies kata Dania. Ya sekurang-kurangnya ada juga pengalaman kerja kan....
Padam