Kali ni saya berpeluang untuk menonton filem aksi perang kepolisan bertajuk Takluk : Lahad Datu. Filem nak menaikkan semangat patriotik di bulan kemerdekaan.
Mulanya pick up popcorn dan air mineral. Siap beli online jadi senang la.
Banner besar filem ni....
Belum dapat masuk lagi sebab kami kat Hall 2. Beli tayangan jam 11 pagi.
Beli couple seat jadi luas la saya rasa. Sebelah pun tak ada orang. Ada sepasang couple seat deret saya duduk ni. Dania off day hari ni. Yayyyy.....
Ruang hadapan pun luas.
Credit : GSC
Takluk : Lahad Datu
Filem aksi perang kepolisan ini diterajui oleh :
Syafiq Kyle sebagai DSP Zambri
Fikry Ibrahim sebagai Inspektor Saiful
Azizah Mahzan sebagai Zainab (ibu Inspektor Saiful)
Anding sebagai DSP Maznan
Eman Manan sebagai Raja Iskandar
Josiah Hogan sebagai SAC Kamal
Riezman Khuzaimi sebagai DSP Datuk Mizan
Adam Corrie sebagai SAC Azizi
Ia diinspirasikan berdasarkan kisah pencerobohan di Lahad Datu. Ia mengisahkan Raja Iskandar tu claim kawasan Kampung Batu Jugar (Kalau peristiwa pencerobohan dulu di Kampung Tanduo) sebab katanya kepunyaan nenek moyangnya. Dia mengenakan syarat iaitu pampasan sebanyak 800 juta dan Batu Jugar diserahkan kepadanya. Raja Iskandar juga membawa ramai pengikut-pengikutnya ke sini. Pihak polis iaitu DSP Datuk Mizan dan SAC Kamal ada mengadakan rundingan damai dengan Raja Iskandar. Rundingan damai tidak berjaya sehingga mencetuskan pertempuran diantara dua belah pihak.
Ada highlight juga beberapa family anggota polis ini sebelum mereka memulakan misi. Ada diselitkan juga elemen kekeluargaan. Bila berpisah untuk menyelesaikan sesuatu misi tu tak pasti samada selamat pulang atau pulang dengan jasad yang sudah kaku.
Ada juga scene Inspektor Saiful kena bertugas dalam misi ini, ketika Inspektor Saiful tiada...ibunya pergi ke Kampung Air dan dijadikan tebusan oleh pihak militan. Pertempuran di Kampung Air tu memang agak mengerikan kerana ada insiden memenggal kepala menggunakan parang. 😕. Nampak real kepala yang terputus tu....
Keseluruhan filem ini ia boleh ditonton dengan klasifikasi filem P16. Hanya 16 tahun ke atas sahaja boleh menonton ya.
Saya berikan 3/5 untuk filem ini kerana bila ada anggota yang meninggal tu tidak terasa di hati kerana tidak menunjukkan keakraban anggota polis ni diantara satu sama lain. Berbanding filem Malbatt : Misi Bakara. Bila ada anggota yang meninggal....kita akan turut merasai kesedihannya kerana keakraban mereka. Paskal pun sama bila Joshua kena bom dan meninggal, rakan sepasukannya Arman menangis bersungguh-sungguh kan. Maknanya mereka betul-betul sedih dengan pemergian anggota kumpulan mereka. Atau dari filem Top Gun : Maverick bila rakan Maverick meninggal iaitu partnernya Goose....kita pun akan turut bersedih juga. Dalam filem Takluk : Lahad Datu ni macam tak sampai ke hati kesedihannya. Mungkin kena juga dengan pemilihan lagu yang lebih menyentuh hati ke.....
Ada satu scene DSP Zambri suruh isterinya letak telefon kat perut isterinya sebab nak berbicara dengan anak dalam kandungan. Mulanya disebut Hai anak Abah tapi selepas itu perkataan 'Ayah' pulak yang digunakan. Selalunya kita akan bahasakan diri kita Baba ke kemudian tak logik pula tukar kepada panggilan Daddy pulak....kalau Baba...Baba je la kan. Mungkin tak perasan ke masa nak edit filem ni?
Part terinspirasi tu bila DSP Zambri (Syafiq Kyle) ada bagi ucapan sebelum mereka memulakan misi bertempur tu. Haaa part ni terasa sangat dan rasa bersemangat je. Rasa patriotik pun ada.
Anda dah tonton?. Takluk : Lahad Datu akan berada di pawagam bermula 22 Ogos 2024. Saya menonton masa tayangan pengenalan agaknya iaitu pada 21 Ogos 2024.
XOXO,
Ezna
Wah, menarik! Suka genre filem macam ni. Insha Allah nak pergi tonton la.
BalasPadamSilalah tonton Carneyz nanti buat review.
PadamMenarik filem aksi gini, tak bosan. Lagi pulak berdasarkan kisah benar sejarah negara kita, bagus ditonton.
BalasPadamSaya pernah baca novel berinspirasikan tragedi di Lahad Datu ni, pun menarik.
linda tak pernah pulak ternampk novel nie..nak kena cari juga nie
PadamTapinya memang penaklukan tu je yang sama, nama pelakon dan nama tempat diubah untuk menjaga hati mereka yang terlibat. Rupanya takde pun nama Raja Iskandar yang terlibat. Ini hanya rekaan semata-mata.
Padamthanks for the review ezz...i baru tahu filem ni rating P16, so i hanya boleh gi tgk dgn zharfan ajer laaa....errr part penggal kepala tu seram lah ezz...anyway i minat shafiq kyle so memang plan nak gi tgk cuma kena cari masa
BalasPadamYa Suzz P16 jadi you date dengan Zharfan je yang boleh....anak2 you yang lain belum cukup 16 tahun. Part penggal tu macam real. Haha I tutup mata sikit....Syafiq Kyle berlakon ok dalam filem ni.
Padamada syafiq kyle....lama tk tgk wyg...last bln 5 aritu tgk sheriff
BalasPadamAh ah ada Syafiq Kyle. Mimi lana je takde....eh.....
Padamkena tengok jugak nie nanti...insya-Allah
BalasPadamYa silakan.....
PadamAkak dh tgk dh, bestnya... sy mmg plan nk bawak anak-anak tgk nnt
BalasPadamTapi kena anak2 16 tahun ke atas ya sebab klasifikasi P16.
PadamSalam hai . Kategori P16 masih blh ditonton oleh kanak-kanak as long ada peneman yg dewasa. Saya sendiri baru shj tonton filem ini dgn anak umur 11 thn tanpa ada sekatan. P18 shj yg tidak boleh. Cuma tiket utk kanak-kanak tiada dijual. Kene beli harga dewasa. Make sure anak tidak trauma dengan aksi filem tersebut.
PadamSemogaaaa saja film ini masuk Netflix nanti. Saya senaaang karena malbatt dah ada di Netflix kak. Saya nak nonton weekend nanti. Yg lahad datu ini penasaran jugaaa. Apalagi based on kisah nyata
BalasPadamOh ya dah ada di Netflix boleh tonton ya Fanny. Selamat menonton!
Padamramai kata sonok tgk movie lahad datu nih., thanks krn review jujur., hehe
BalasPadamYa nak kena jujur juga kan. Itu pendapat saya. Pendapat Wak mungkin berbeza.
Padam