Jumaat, Ogos 9

Barang yang ditunggu telah tiba tetapi....

Barang yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tapi a bit confuse pasal warnanya. 


Rupanya order yang lain, dapatnya yang lain. Tengok kiri sekali tu pink yang darker sikit nama dia Petal Pink. Saya dapat ni warna Pink (light sangat warnanya). 


Warna saya dapat warna yang belah kiri No 1 dan 2 tu. Warna ni nak dekat warna beige dah. Kalau tengok gambar macam nak dekat putih pun ya jugak. Warna dia soft sangat. 


Dah tau bukan saya punya tapi customer yang lain. Ok saya siap lipat jadi kecik camni dan siap-siap masukkan dalam plastik dia balik. Sebenarnya agak menyusahkan juga kan sebab nanti kena la pos balik kan. 

Kejap je la LC Le Pliage Green Pink Long Handle Size M ni dengan saya. Saya sepatutnya dapat LC Le Pliage Green Petal Pink Long Handle Size M.


Jadi, saya siap-siap selotep balik elok2 kat tempat yang saya dah koyakkan tu kat plastik kurier. Guna balik plastik yang dia hantar tu. Alamat baru tampal atas alamat lama. Hantar kat Poslaju Drive Thru ni je senang. 


Akhirnya saya dah whatsapp semua bukti dan terus dapat refund RM10. Patutnya harganya RM7.55 ajer. 

Nak tak nak kena hantar juga sebab bukan kita yang punya tapi frust la jugak kan dapat item yang salah. Kena accept juga tiada manusia yang sempurna. Manusia juga sering melakukan kesilapan termasuklah kita. 

Actually saya nak hadiahkan beg ni untuk Dania. Dania pernah berkenan dengan beg ni. Kalau beli kat retail kat Malaysia takde warna pink ni. Hanya ada kat luar negara. Jadi beli kat website Malaysia yang boleh dipercayai dan harganya murah lebih kurang 50% atau lebih dari retail store Longchamp di Malaysia. Kalau pakai pink kat Malaysia ni kira rare la jugak. Tunggu dapat result final exam baru saya hadiahkan 😊. Lepas tu saya pulak berkenan dengan LC warna ni....alahai....nak kena beli lagi satu ke camne?

Le Pliage Green series ni diperbuat daripada fabrik kanvas yang dikitar semula. Tu yang ada nama 'Green' kat bag ni. Kat telinga bag ni ada warna hijau untuk menandakan ia adalah fabrik kitar semula. 





XOXO,
Ezna
 

21 ulasan:

  1. Berkenan pulak saya tengok design beg ni. Nampak simple dan eksklusif.

    Baru-baru ni saya terima item defect dari SofeaRose. Geram jugaklah sebab jenama terkenal tapi QC tak teliti. Geram sebab leceh saya nak pos semula kena keluar jauh. Tapi itulah, marah tak menyelesaikan masalah. Alhamdullah lepas tu pihak SR refund postage RM10, walaupun resit pos RM7.50. Terubat sikit rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya geram tu memang geram Ujie. Tapinya staff yang ni mengandung la pulak. Tapi mengandung pun bukan tiket untuk melakukan kesilapan. Kena check betul2 la kan. Kita yang jenuh nak kena hantar balik. Walaupun saya dekat je Poslaju ni tapi penat nak menghantar la kan. Sepatutnya tak payah pun buat kerja ni.

      Padam
  2. cantik & sweet sgt color nya.. wah, mesti Dania suka ni

    BalasPadam
  3. Linda pun pernah sekali mcm nie.. Naseb baik seller tu boleh arrange curier tu pickup balik dekat rumah... Sebab hanta rumah mak.. Mak pun tak tahu nak pos mcm mana.. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik la kurier datang kan. Idak linda pulak nak kena gi umah mak dan hantar pulak barang silap tu. Satu hal la pulak.

      Padam
  4. Lawa-lawa bags LC kan..saya memang berkenan dari dulu..tapi nak beli tak terbeli-beli hihi...

    Bab nak kena return barang yang salah dapat tu lecehnya (bagi saya lah)....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang leceh la sepatutnya tak berlaku pun sebab dah menyusahkan kita sebab salah seller. Bukan salah kita pun.

      Padam
  5. leceh kan bila salah color ..kita order lain dpt lain...kita ada 2 koleksi LC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang lecehnya Amy. Nak kena hantar balik. Hmmm....

      Padam
  6. Leceh kena pulangkan order yg salah hantar. Buang masa dan tenaga kita je nak post balik. Baru tau ada LC Green. Kena support sustainable merchandise 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sustainable merchandise ni. Leceh bab nak hantar balik. Nak tak nak kena hantar juga sebab ni customer yang lain punya.

      Padam
  7. Semua benda2 yg pink i sukaaaa🤩🥰😂😂

    BalasPadam
  8. Cuya punya kes, beli mesin pemotong gergaji tapi satu apa pon takleh potong.
    Tak pasal2 kena amik video sbagai bukti utk refund,kena packing balik la nak hantar

    Banyak kerja .. dahlah barang tak murah.
    Adoi ai memang menyusahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menyusahkan Cuya sebabnya bukan salah kita. Adehhhh pemotong gergaji tu tak berfungsi la tu....tumpul kot mata gergaji tu...

      Padam
  9. Wife saya belum berani nak beli handbag online hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke? Maybe dia suka pegang dulu baru beli....

      Padam
  10. nasib dia bayar balik harga post. tp ammi tak pernah lagi beli bag online.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu pun akak ada tanya....harga pos macam mana? Bukan salah kita....kita yg kena pos pulak tu....

      Padam
  11. Saya jadi ingat mama mertua, dia penyuka LC juga. Banyaaak aneka bag LC mama. Sayangnya saya bukan penyuka tas. Jadi waktu mama meninggal, semua bag dibagi, tp saya tak nak ambil LC 🤣. Yg saya ambil hanya dompetnya saja. Sisanya diambil kakak ipar saya. Krn dia suka pakai Macam2 tas.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...