Ahad, Ogos 11

Azizulhasni Awang disqualified

Beria la saya tunggu depan TV jam 10.55 malam 10 Ogos 2024 sebab nak tengok Heat 1 ada hero kita Dato' Azizulhasni Awang dalam acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024. Mula-mula acara wanita dulu sebelum acara keirin lelaki. Beliau la yang rakyat Malaysia mengharapkan dapat menghadiahkan sebutir pingat. 

Credit : Google

Disqualified sebab Dato Azizulhasni dah melebihi pacer yang bawa motor bahagian hadapan. Para pelumba boleh berlumba jika pacer ni dah pergi ke tepi. Dikatakan juga just before pacer tu nak ke bawah....Dato' Azizul mula memecut tapi ada satu pelumba yang macam nak melanggar Dato' Azizul yang menyebabkan Dato' Azizul memecut laju ke depan. Tetapi.....padahnya sebab dah melebihi pacer la pulak. Terus perlumbaan ditamatkan. Kat nama senarai pelumba tu sebelah nama pelumba kita diletakkan DSQ (Disqualified). 

Dah la Dato' Azizulhasni kata ini merupakan sukan olimpik terakhirnya. Saya rasa mestilah Dato' Azizulhasni rasa terkilan sebab kena tamatkan kariernya dengan penutupnya insiden seperti ni kan?. Kita nak yang happy ending la kalau boleh. 

Dalam IG Dato’ Azizulhasni pula ada menyatakan yang beliau telah dihimpit dengan agresif oleh pelumba dari France. Nama pelumba tu Rayan Helal. Pacer pula rupanya dekat lap terakhir kelajuan yang sepatutnya normal tapi dibawa agak slow sebelum turun ke bawah. Adakah ini salah satu taktik? Rayan Helal menghimpit Dato’ Azizulhasni akan menyebabkan Dato’ melajukan kayuhannya dan sudah tentu akan melebihi pacer yang berkelajuan agak rendah. Kalau pacer tu laju sikit dah tentu masa Dato’ memecut pacer tu dah ke bawah. Faham ke point yang ni?.

Apa yang kita boleh jadikan iktibar kat sini?

1. Kita harapkan manusia akhirnya kita akan kecewa. 
Kita dok mengharapkan pingat dari Dato;' tetapi akhirnya kita yang kecewa sebab insiden ni kan...

2. Orang yang berpengalaman pun boleh melakukan kesilapan. 
Sepatutnya orang berpengalaman seperti Dato' Azizul ni patut boleh mengelakkan perkara ini terjadi kerana beliau memang dah arif tentang peraturan perlumbaan keirin. 

3. Kita sebagai manusia akan diuji.
Manusia tak lepas dari ujian jadi kita akan diuji dengan kesakitan, kebahagiaan, kesedihan dan macam-macam lagi. Allah nak mengangkat darjat kita. 

4. Tiada manusia yang sempurna. 
Walau talented macam mana pun kita....kita tetap manusia yang banyak melakukan kesilapan. 

5. Kita merancang, Allah yang menentukan. Perancangan Allah yang lebih baik. 
John Beasley coach berbasikal Dato' Azizulhasni ada menyuruh beliau untuk simpan tenaga untuk keirin sebab sebelum tu ada berlawan dalam pusingan repechage. Akhirnya dalam keirin pun disqualified walaupun target beliau untuk acara keirin ni.

6. Berlaku ketidakadilan dalam peraturan yang dibuat oleh manusia. 
Akan ada ketikanya kita dinafikan hak kita. Dalam kes ni kalau negara berkulit putih yang appeal akan di dengar tapi kalau negara Asia haknya diketepikan. Berlaku ketidakadilan di sini mengikut warna kulit. 

Tulis macam ni memang la senang kan tapi perlaksanaan tu yang susah sikit kan…

Apa pun yang berlaku telah pun berlaku.....terima kasih Dato’ Azizulhasni Awang!. Syok bila dengar Mat Salleh ulas nama jadi Aweng. Sebelum ni Dato’ dah banyak mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Sukan Olimpik Tokyo 2020, Dato' Azizulhasni Awang menyumbangkan pingat Perak. Belum lagi siri kejohanan dunia dan memenangi beberapa pingat. Termasuklah Sukan Asia, Kejohanan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia Tenggara.

Bagi saya hebat tu seorang Dato' Azizulhasni Awang!. 

Disebabkan insiden ni jangan disalahkan beliau. Kena ingat juga berapa banyak dah beliau mengharumkan nama negara. Kadang manusia ni lebih ingat satu kesalahan yang dibuat sampai melupakan kebaikan yang orang tu buat. Ye tak?. Jangan jadi keyboard warrior yang kutuk orang memang syok tapi bila kena kat batang hidung sendiri….baru tau.

Tapi…bila jejak IG Rayan Helal….dah ada dah rasanya netizen Malaysia yang komen. Laju hampa buat kerja noh. 😎. Dah di limit dah comment kat situ oleh Rayan Helal 😅. 







XOXO,
Ezna





22 ulasan:

  1. Owh.. Kisah DSQ nya begini... Linda tak tengok pun live olimpik... Sekadar tahu keputusan je...
    Tapi, katanya masih ada wakil Malaysia utk acara keirin nie... Insya-Allah, ada pingat untuk Malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada wakil Malaysia lagi seorang lagi Muhammad Shah Firdaus Sahrom. Dalam repechage Firdaus potong Rayan Helal yang himpit Dato' Azizulhasni Awang dan akhirnya keputusan menyingkirkan Rayan Helal France ni sebab Rayan ni menghalang pelumba lain. Dah biasa buat kerja si Rayan Helal ni ya....menghimpit...menghalang....haa padan muka dibatalkan kemenangan No. 2 dia tu.

      Padam
  2. Tapi hati saya tetap mengatakan beliau iaitu Dato Azizul telah dijatuhkan satu conspirasi hahahaa.. Kecewa jugak lah kan.. kita sebagai rakyat malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya saya pun rasa ada 'sesuatu' juga.

      Padam
    2. Kaann... Mcm dah di plan at least singkir kan satu pesaing hebat .

      Padam
    3. Mereka takut Dato' Azizulhasni sebenarnya. Tu je. Bila takut...baik kita buat taktik supaya Dato' tak boleh teruskan perlumbaan. Tapi.....allah tahu yang terbaik untuk hambaNYA....

      Padam
  3. Tadi baca posting FB beliau.
    Memang rasa sedikit kecewa dengan situasi yang berlaku, tapi betullah point no.5 tu.

    Apapun, beliau dah cukup berjasa buat negara. Kalah atau menang itu pasti ada, tak perlu salahkan beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul jangan salahkan beliau. Kalau tengok pungutan pingat dari dulu memang banyak sangat yang disumbangkan. Emas, Perak dan Gangsa. Complete. Cumanya penutup karier agak tak best sikit tapi semua ni dah ditentukan oleh Allah. Pasti ada kemanisannya....

      Padam
  4. Senang cerita ..ia bukan rezeki dapat memang tetapi rezeki untuk sabar dan reda atas ujian yang menimpa...saya anngap ini merupakan satu taktikal supaya Datuk Azizulhasni tidak berjaya melepasi pusingan tersebut..Mereka tahu Azizul hasni mampu memang dan cara terbaik halang dia daripada menang dengan teknik taktikal yang macam kurang best bagi acara Keirin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar dan redha tu yang payah nak buat tapi boleh cuba....Ya saya percaya ada satu cubaan untuk menghalang. Tapi....memang selepas tu kemenangan pelumba France....Rayan Helal dibatalkan kerana 'menghalang' pelumba lain dan saya rasa dia nak buat taktik yang sama dengan apa yang dia buat kat Dato Azizulhasni sendiri.

      Padam
  5. Qadak qadar...pahit tp kena redho jer😔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz....cerita-cerita yang selebihnya tu sebagai penyebab je sebab memang takdirnya akan jadi macam ni.

      Padam
  6. Asam garam dalam dunia sukan. Semoga Malaysia akan menghasilkan lebih banyak atlet yang hebat macam Dato' Azuzulhasni

    BalasPadam
  7. byk pndpt mengatakan Olimpik France ni mmg 'taknak bagi certain Asian' menang.. sbb obvious sgt himpit agresif & pacer slow drpd kelajjjuan yg biasa.. tp tu lah berat juga nak redho dgn takdir Allah T__T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya melalui pembacaan memang banyak juga kontroversi kat Sukan Olimpik kali ni kat Paris 2024 ni.

      Padam
  8. Saya berfikir tentu untung sekali buat azizul, mungkin juga jantung dia masih belum sembuh sepenuhnya untuk berlumba. Takut kalau dia push harder, nanti ada masalah yang lebih teruk berlaku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini pun saya ada terfikir juga. Mungkin inilah hikmahnya.

      Padam
  9. kesian dia kan..semalam baca tapi x tau cerita, pagi ni dgr radio baru tau.. nie baca lagi faham la.. tq tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya MA tapi tu lah dah memang tertulis macam ni kan....betul la kata Suzi Qada' dan Qadar.

      Padam
  10. Saya tak mengikuti sampai detil ttg olympic. Yg saya baca hanya dah berapa dapat medali. Tp saat perlombaannya memang saya tak baca dan lihat.

    Ada dengar memang yg ttg dato' Azizul Hasni ini. Baru paham cerita sebenarnya seperti apa.

    Apapun, semoga next pertandingan banyak negara asia tenggara yg bisa meraih lebih banyak medal yaa.

    Cuma memang tak bisa kita harapkan kalo sukan ini bakal fair. lihat saja Rusia dan negara delusi satu itu. Rusia dilarang main, tp negara delusi tuh boleh main. Tak fair memang.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...